Pengerusi Pertubuhan Pejuang Perlembagaan dan Rukun Negara, Dato' Hj Abu Backer Sidek, menyeru semua pihak terutamanya pihak sekolah supaya dapat menanamkan kecintaan kepada negara dalam kalangan pelajar sekolah.
Beliau berkata, rasa cinta kepada tanah air sangat penting bagi memastikan masyarakat berbilang kaum yang ada di negara ini dapat hidup dalam suasana harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
"Penghayatan dan pemahaman terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara harus dilakukan dalam kalangan semua pelajar tanpa mengira jenis sekolah mahupun peringkat usia.
"Pelajar hari ini terdedah dengan pelbagai kemodenan terutamanya dari segi kecanggihan teknologi maklumat yang boleh membuatkan mereka leka dan lupa kepada keistimewaan yang ada pada bangsa mereka sendiri," katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2020 yang diadakan di Sekolah Integerasi Masjid Darul Ehsan, di sini .
Tambahnya, ramai yang terlalu fanatik dengan budaya luar hingga ada yang tidak tahu asal usul Malaysia apatah lagi untuk memahami apa itu Rukun Negara.
Ads
"Justeru, Pertubuhan kami sedang mengerakkan kempen ke arah penghayatan prinsip prinsip Rukun Negara yang memberi tumpuan di pringkat sekolah, dan Universiti awam dan swasta di negara ini" katanya.
Jelasnya, terpanggil mengenai perkara itu pihaknya sedang mengatur pelbagai program bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara dan hidup dalam suasana aman, bekerjasama dan harmoni dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan unik.
Ads
"Kami sedang atur dan kami mengalu-alukan penyertaan syarikat-syarikat korporat di negara ini, untuk bersama-sama kita memartabatkan dan mengamalkan prinsip Rukun Negara ini dalam kehidupan seharian.
"Pertubuhan kami sangat serius dalam usaha ini, apatah lagi apabila kita dapati tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu mengapa Rukun Negara itu dibuat dan apakah matlamat yang ingin dicapai menerusi lima prinsip digariskan itu," katanya.
Sementara itu, sambutan yang disertai hampir 1,000 murid sekolah rendah dan menengah dan 100 orang guru itu juga turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian.
Ads
Antaranya persembahan nyanyian nasyid daripada kumpulan nasyid tersohor tanah air Hijjaz.
Selain program Bicara Santai mengenai 'Rukun Negara Teras Keharmonian Malaysia' yang melibatkan panel hebat antaranya, daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaya dan bekas Ahli Dewan Negara Prof Datuk Dr Firdaus Hj Abdullah dan pendakwah bebas Datuk Hj Mohd Zawawi Yusoh serta bekas CEO Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dato ' Abdul Manap Bin Abd Wahab.
Dalam pada itu, Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah juga menyampaikan sajak patriotik berkisar Rukun Negara.
Acara diakhiri dengan persembahan dan bacaan ikrar Rukun Negara oleh ketua pelajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disebabkan golongan vegetarian di kalangan remaja adalah kecil, tak ramai yang tahu akibat apabila mereka mengambil daging secara tidak sengaja.
Seorang pelajar di United Kingdom merupakan seorang vegetarian yang tidak pernah langsung menyentuh daging sepanjang hidupnya.
Clancy Bogue, 19 tahun, telah ke cawangan McDonald’s di Bristol pada Isnin lalu dan memesan Vegetable Deluxe Burger. Yes guys, McDonald’s di UK ada menyediakan pilihan vegetarian.
Namun apabila pelajar University of the West of England itu menjamah burger tersebut, dia baru tersedar mereka memberikannya Chicken Mayo Burger dan bukannya Vegetable Deluxe Burger.
Akibatnya, dia merasakan tekanan tanpa sedar setelah melakukan kesalahan itu dan tidak mampu untuk makan dengan baik untuk 3 hari seterusnya – hinggalah hari ini.
“Apabila membuka bun burger dan melihat intinya berwarna putih (ayam) saya terus mempunyai rasa tak sedap dalam perut dan hampir muntah. I felt like being sick and distressed,” katanya kepada media di DailyMail.
Clancy terus ke tingkat bawah cawangan itu dan ingin bercakap dengan pengurus restoran. Walaupun, cawangan McDonald’s itu telahpun mengeluarkan kenyataan maaf dan menawarkan burger baru, namun Clancy menolaknya dan ingin melakukan laporan terhadap kesalahan itu.
Untuk pengetahuan, McDonald’s UK menyediakan kotak burger dan kertas dulang berlainan warna untuk membezakan makanan biasa dan vegetarian.
Namun disebabkan oleh kesalahan pekerja sambilan, isu ini tercetus dan Clancy masih cuba untuk menahan rasa mual ketika ingin makan hingga hari ini.
Sumber: DailyMail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, REMAJA menyiarkan kisah Quaden Bayles, mangsa buli berusia 9 tahun di sekolahnya. Lebih menyayat hati, rakaman video dirinya menangis dan meminta tali untuk menggantung dirinya kerana tidak tahan dibuli mendapat perhatian seluruh dunia. Quaden turut meminta seseorang mengambil nyawanya kerana dia sudah tidak tahan dibuli.
Ekoran itu, videonya dibuli mendapat perhatian dunia sehingga begitu ramai bersimpati dan meminta agar budaya buli ini dihentikan dengan segeraa. Bagi mengubat luka hatinya, satu tabung GoFundMe turut ditubuhnya oleh pelawak terkenal, Brad William yang mana jumlah kutipan sudah mencecah lebih AUD150,000. Niat mereka adalah bagi memberi kebahagiaan kepada Quayen untuk membawanya ke Disneyland dan menginap hotel di sana.
Saat Quaden menangis meminta agar nyawanya diambil akibat tidak tahan dibuli, satu dunia bersimpati terhadapnya
Dalam kisahnya mendapat perhatian dunia termasuk di kalangan selebriti ternama Hollywood, timbul satu dakwaan dibuat seorang individu bahawa ibu Quaden sebenarnya menipu orang ramai untuk tujuan duit.
Lebih memeranjatkan ada yang mendakwa usianya 18 tahun dan bukan 9 tahun. Dan jangan hairan, dia merupakan seorang pelakon dan instafamous.
18 tahun ke 9 tahun nie, tengok gaya memang bergaya betul Quaden nieAda mendakwan dirinya seorang pelakon dan instafamous
Dalam laporan Astro Awani yang disiarkan hari ini, turut menyiarkan temuramah yang dibuat pada 2015 di mana Quayen dan ibunya, Yarraka Bayles pernah muncul satu temuramah berkenaan penyakit dialaminya Studio 10 dan dicatatkan usianya ketika itu adalah 4 tahun sekaligus memberi kebenaran usianya sekarang adalah 9 tahun (rakaman video ibunya yang tular seluruh dunia membuktikan usianya 9 tahun).
Tertera hari lahirnya pada 15 Dev 2011 menandakan usianya kini adalah 9 tahun
Sejak semalam, rakaman Quaden yang menangis dipercayai akibat dibuli mendapat perhatian badan kebajikan dan selebriti seperti Chatri Sityodtong, Jillian Barberie, Brad Williams, dan Hugh Jackman.
Bukan itu sahaja, pasukan ragbi The Indigenous All Stars turut menjemput Quaden untuk mengetuai pasukan mereka dalam perlawanan National Rugby League All Stars yang berlangsung Sabtu ini.
Quaden Bayles mula mendapat perhatian umum apabila ibunya muat naik sebuah video dilaman Facebook mengenai anaknya yang dibuli.
Tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk meningkatkan kesedaran bahaya buli kepada masyarakat umum.
Jadi, korang rasa kita yang dah “dibuli” dengan video palsunya atau memang betul Quaden dibuli? Korang nilailah sendiri ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir besar yang melanda Malaysia tidak hanya memberi kesan kepada kediaman dan harta benda peribadi. Malah ia turut memusnahkan jutaan buku yang ditenggelami air.
Kira-kira dua hingga tiga juta buah bahan bacaan dilaporkan rosak di gudang Big Bad Wolf dan kedai buku BookXcess @Wolf House yang terletak di Seksyen 33, Taman Alam Indah dekat Shah Alam akibat banjir teruk yang melanda Selangor tempoh hari.
Menurut pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books iaitu Andrew Yap, jumlah kerugian masih dalam proses penilaian kerana ia akan mengambil sedikit masa untuk dipastikan.
Namun berdasarkan penilaian awal, jutaan buku sudah disahkan rosak, musnah dan tidak dapat diselamatkan. Begitu juga dengan peralatan gudang yang memakan kos yang tinggi. Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan gudang dan pembuangan bahan bacaan yang rosak ini sedang dilaksanakan.
Selain kedai buku BookXcess di Wolf House ini, setakat ini kesemua 14 cawangan BookXcess di seluruh negara serta BookXcess Online & Big Bad Wolf Books di platform Shopee masih beroperasi seperti biasa dan menerima tempahan.
Walaupun kehilangan jutaan bahan bacaan, pihak gudang Big Bad Wolf dan BookXcess difahamkan masih terbuka hati untuk menderma buku kepada masyarakat sekitar yang terjejas teruk akibat bencana banjir besar pada bulan ini.
Sayu hati kan melihat jutaan buku rosak ditenggelami air dan terpaksa dilupuskan. Bencana banjir besar ini benar-benar menguji seluruh rakyat Malaysia. Semoga apa yang berlaku memberi hikmah agar kita lebih bersyukur dengan segala kelebihan yang diperolehi selama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.