Sikap ramah dan penuh kasih sayang yang ditunjukkan oleh aktres jelita, Anzalna Nasir bersama sekumpulan anak-anak istimewa baru-baru ini membuatkan ramai warganet sebak.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ibu kepada dua cahaya mata itu dilihat melayan sekumpulan kanak-kanak yang sedang mencari baju raya di sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel.
Pada awalnya, Anzalna menyangka kanak-kanak berkenaan adalah anak-anak yatim, namun ternyata mereka adalah anak-anak OKU pekak dan bisu.
“Semasa sesi meet and greet di Jakel, saya bertemu dengan anak-anak yang pada mulanya disangka anak yatim tetapi rupanya mereka adalah Orang Kelainan Upaya (OKU) pekak dan bisu.
“Allahuakbar, tersentuh hati. Paling seronok bila tengok semua anak-anak gembira sebab dapat baju raya,” kata Anzalna dalam hantaran tersebut.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah apabila kanak-kanak tersebut memeluk erat pelakon berusia 37 tahun itu.
Rata-rata warganet yang menonton video itu tidak dapat menahan sebak dan memberikan pelbagai komen positif terhadap sikap Anzalna.
Ads
Mereka memuji keikhlasan Anzalna dalam melayan anak-anak OKU tersebut dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
“Kasih sayang dia kepada anak kelainan upaya tak palsu, nampak keikhlasan hatinya,” komen seorang warganet.
Ads
“Nak menangis dan sayu aku tengok dia peluk budak tu, anak-anak syurga semua ini. Bestnya kaya, teringin nak kaya dan buat macam ini,” ujar warganet lain.
Tidak kurang juga, ada yang memuji sikap Anzalna yang mesra dengan semua lapisan masyarakat.
“Anzalna ni baik sangat. Walaupun dia T20 tetapi dia pernah layan kami B40 baik macam video ini. Dia peluk dari hati, saya masih ingat keikhlasan layanan Anzalna,” tulis seorang pengguna media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Anzalna Nasir
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi meningkat naik, Yonnyboii tidak lama lagi bakal bergelar bapa selepas isteri tercintanya, Nik Nazira mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan isteri penyanyi lagu Sakit itu menerusi sebuah hantaran di entri Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Setelah beberapa bulan merahsiakan, kini saya mahu berkongsi kehamilan yang tinggal beberapa bulan dengan awak semua. Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan ayah kelak.
“Mohon doakan urusan kami dan anak kecil dipermudahkan (saya tahu saya kelihatan kurang berkongsi asalkan bayi selamat),” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Nik Nazira bagaimanapun masih tidak mendedahkan usia kandungan. Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti serta para peminat.
“So i’m gonna be aunty soon? Tahniah Nina!,” komen pengikutnya.
“Alhamdulillah! Tahniah Yonina!,” komen juga pengikut lain.
Sekadar informasi, YonnyBoii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan anggota kumpulan K-Pop sensasi BLACKPINK, Rosé baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya pernah menyamar sebagai warga emas bagi mengelak diri dikenali di tempat awam.
Menerusi sebuah rancangan radio Capital FM bersama pengacara Jordan North, Rosé pemilik nama sebenar Roseanne Park atau Park Chae-young berkongsi mengenai perkembangan kerjaya sambil memperlihatkan sisi humoris dirinya yang sebenar di luar pentas.
Dalam temubual yang sama, Rosé turut bercerita kisah unik tentang kehidupannya sebagai ‘global superstar’ yang terkenal dan salah satunya adalah pengalaman ketika pelantun lagu APT itu menyamar menjadi seorang nenek.
“Saya cuba menyamar jadi nenek dan saya pakai rambut palsu! Saya juga berpakaian macam orang tua. Saya tak percaya saya dedahkan ini kepada seluruh dunia tapi moment itu betul-betul gila,” katanya sambil ketawa.
Dalam pada itu, Rosé juga memperkenalkan Jordan kepada permainan minum Korea yang dipanggil APT serta menunjukkan keterujaannya bermain permainan ‘Never Have I Ever’ iaitu salah satu permainan kegemaran peminat.
Selain itu, temubual itu semakin rancak dan meriuhkan apabila penyanyi berusia 27 tahun itu mencuba hidangan tradisional British seperti kacang lembek dan cip butties. Bukan itu sahaja, Rosé malah secara berseloroh menukar namanya kepada ‘Chicken Wine’.
Sementara itu, selain gelak tawa dan jenaka sepanjang temubual yang sama, Rosé juga berkongsi gambaran mendalam tentang perjalanan kerjayanya sebagai anggota BLACKPINK, bagaimana kerjasamanya bersama penyanyi Bruno Mars terjadi, dan proses kreatif di sebalik lagu solonya berjudul APT.
Melihat di ruangan komen, ramai di antara peminat sangat gembira melihat sosok peribadi Rosé yang mudah didekati dan senang meneroka budaya dan makanan British dengan penuh bersemangat.
Sekadar info, Rosé baru sahaja muncul dengan single terbarunya yang berjudul ‘toxic till the end’ dan sehingga kini muzik video itu telah meraih 44 juta tontonan selepas ia dilancarkan di Youtube.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan disebabkan nak jadi selebriti, pelajaran dilupakan terus.
Itulah yang ditunjukkan oleh pelakon kacak, Fikry Ibrahim yang menyambut majlis konvokesyennya pada hari ini di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Dalam temuramah oleh rakan media di Media Hiburan, Fikri sifatkan proses belajar itu sebagai berterusan tanpa mengira usia.
Grad lambat tak apa, asalkan kita ikhlas belajar!
“Alhamdulillah, hari ini saya akhirnya konvo untuk ijazah sarjana muda saya dalam Pengkhususan Pengiklanan Media Massa.
“Saya pun tak sangka saya boleh konvo selepas saya mengambil keputusan extend (belajar) ketika menyertai dunia hiburan.
“Kemudian, saya sambung balik dan terpaksa lakukan beberapa perkara pada waktu yang sama. Saya perlu intern, shooting, berniaga. Sangat susah. Berkat doa mak, kawan-kawan dan usaha sendiri, berjaya juga,” jelas Fikry.
Ternyata, walaupun memasuki industri hiburan yang sibuk perlu ke sana-sini, itu bukanlah penghalang untuk Fikri habiskan pengajian.
Malah dia juga sedang bercita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana (Masters) pada tahun hadapan.
“Diploma bukan hanya untuk dapatkan kerja. Tapi ilmu yang kita dapat sama ada di universiti atau di luar universiti dapat mendewasakan kita. Sijil tu hanya sekadar bukti rasmi sudah belajar saja.
“Apa yang kita pelajari dalam kehidupan seharian juga penting. Sebab itu kita jangan berhenti bertanya dan belajar dari orang sekeliling. Kalau tak, saya rasa seorang individu itu sudah ‘mati’ sebelum usianya,” katanya lagi.