10 Perkara Yang Akan Dilalui Pelajar UiTM Shah Alam Semasa Konvo

2026

 

Kalau nak cerita tentang pengalaman konvokesyen di universiti seluruh Malaysia, memang sampai ke esok pun tak sudah. Setiap universiti mempunyai cara, identiti dan rencana masing-masing. Semuanya berlainan walaupun ada part yang sama.

Namun jika korang adalah pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), pastinya sudah bermacam-macam story konvokesyen yang korang dengar.

Bila tengok grup senior dengan robe masing-masing berterbang sakan, mulalah kita rasa nak konvo juga!

Sebagai senior korang (eceh), REMAJA senaraikan 10 perkara yang pasti dilalui oleh pelajar UiTM di kampus Shah Alam iaitu kampus utama universiti tersebut.

IG: photographing_you

01

Kekerapan

Konvokesyen UiTM dilakukan sekerap 2 tahun sekali iaitu pada bulan April dan Oktober. Mungkin kerana jumlah pelajar yang ramai di sana.

Ada baiknya juga. Kalau pelajar tak lulus dalam subjek tertentu, besar kemungkinan dia masih boleh grad dalam tahun yang sama.

 

02

Dewan

Dulu, pelajar UiTM Shah Alam akan ‘berkonvo’ di Dewan Seri Budiman.

Namun bermula tahun 2011, konvokesyen UiTM berubah tempat ke Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Patutlah background gambar konvokesyen kita berlainan dengan gambar parents kita.

DATC dapat memuatkan hampir 5,000 orang pada satu-satu masa. Ada yang cakap DATC nampak macam spaceship yang baru landing. Ada juga yang cakap macam makmal Tony Stark. Macam-macamlah.

Dewan Seri Budiman.

 

Dewan Agong Tuanku Canselor.

03

Robe

Selalunya, pelajar UiTM akan mengambil robe mengikut pengajian Diploma, Degree dan Masters. Maknanya, korang akan bercampur-campur fakulti.

Ada universiti di Malaysia yang menyusun jadual pengambilan robe mengikut fakulti, jadi mudah sikit untuk mereka rancang bila nak jumpa semula dengan BFF.

IG: wsp.co

04

Pre Convo Shoots

Biasalah zaman sekarang, pre convo photo shoots ibarat perkara wajib untuk pelajar. Dah serupa pre wedding photo shoot.

Di UiTM Shah Alam, pelajar akan menjadikan fountain di hadapan pintu masuk UiTM sebagai kawasan wajib untuk bergambar. Selain daripada itu, mereka memang pandai mencari ‘ceruk-ceruk’ di sekitar kampus untuk mengambil gambar bersama.

Antara lokasi favourite adalah di rooftop bangunan, lereng bukit dan macam-macam lagi lah, ikut kreativiti. Macam Sufian Suhaimi, dia memilih Masjid Shah Alam.

05

Parking Ibu-Bapa

Demi mengelak kesesakan lalu lintas semasa hari konvokesyen, jemputan ibu-bapa diminta memarkir kenderaan di padang latihan kawad. Kemudian, bas shuttle akan membawa mereka ke dewan.

 

06

Live Band

Di kebanyakan acara konvokesyen UiTM seluruh Malaysia, pasti ada persembahan live dari pelajar untuk hiburan jemputan. Kalau lagu yang mereka nyanyikan best dan current, maka jemputan akan enjoy-lah kan.

Tapi kalau mereka memilih lagu yang – err – berapa nak best, faham-faham lah sendiri. Korang mesti akan terfikir, “Bilalah nak habis ni..”

IG: wsp.co

 

07

Makan Tengah Hari

Sebut tentang nak habis, selepas tamat konvokesyen, pelajar selalu akan memperkenalkan rakan segraduan mereka kepada ibu-bapa masing-masing.

Masa itulah, ibu-bapa baru mengenali siapalah orang yang selalu mengajak anak mereka lepak, bercuti dan ber-dating. Eh!

Lepas tamat sesi acah-acah ramah mesra itu, make sure korang segera cari tempat makan. Kalau lambat, memang melepaslah nak makan di tempat favourite kerana kebanyakan kedai makan pasti full dengan pelajar UiTM dan keluarga mereka.

Seksyen 7 tu dah umpama orang nak pergi stadium tengok final Piala Malaysia dah.

IG: lily_izham

08

UiTM Di Hatiku

Sebelum melangkah keluar dewan, pelajar akan diminta untuk menyanyikan lagu rasmi UiTM iaitu UiTM Di Hatiku. Mungkin ini merupakan kali terakhir pelajar menyanyikan lagu tersebut secara berjemaah.

Pada waktu itu, mereka akan merasa emosional terutamanya apabila tiba bahagian klimaks lagu tersebut. Sebak, kadangkala bergenang air mata jugalah. Make sure korang control sebak okay, don’t ruin your mascara girls!

Bagi pelajar lelaki pula, tak macho lah menangis depan orang. Nak menangis, masuk toilet lepas konvo dan meraunglah habis-habisan. Hehe.

 

09

Menangis Kali Kedua

Yang ni tak selalu sangat berlaku tapi penulis pernah melihat ia terjadi.

Ada pelajar yang terlebih emosi pada hari konvokesyen mereka. Apabila dekan atau wakil pensyarah menyampaikan ucapan mereka, selalunya mereka akan menyelit sedikit pengalaman ibu bapa yang membesarkan pelajar sehingga mereka berjaya sekarang.

Masa part ini, ada pelajar yang akan menjurai-jurai air mata menangis. Adoi.

 

10

Ini Bukan Kali Terakhir

Mungkin ini adalah kali terakhir sebahagian besar pelajar UiTM Shah Alam akan bergelar pelajar. Iyalah, semua dah komited nak cari duit sendiri pula selepas ini.

Namun yang pasti, ini bukanlah kali terakhir mereka akan berjumpa dengan kawan masing-masing. Group korang akan stay being friends sampai bila-bila. Percayalah.

 

 * * * * *

Anyway, ada tak poin yang kami tertinggal?

 

IG: aiedashakira