
Dalam suasana penuh keberkatan Ramadan, aktres jelita, Toh Puan Syamim Freida berkongsi detik bermakna yang pastinya menjadi kenangan terindah dalam hidupnya.
Menerusi hantaran di Instagram Story, bekas peserta Dewi Remaja itu meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan al-Quran pada malam ke-27 Ramadan, iaitu satu malam yang cukup istimewa buat umat Islam.
Lebih menyentuh hati, detik tersebut turut jatuh pada tarikh ulang tahun perkahwinannya yang ke-10.
“Pada malam ke-27 Ramadan, saya berjaya khatam al-Quran dan ia jatuh pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10,” coretnya.
Menurut Syamim, momen tersebut disifatkan sebagai satu nikmat besar yang tidak ternilai buat dirinya dan suami tercinta.
“Alhamdulillah atas setiap nikmat setiap ujian dan setiap detik yang membawa kami ke sini,” katanya.
Dalam kesempatan sama, Syamim turut menitipkan doa agar hubungan yang dibina selama sedekad itu terus dilindungi dan diberkati.
“Semoga Allah terus membimbing kami, melindungi cinta kami dan mengisi kehidupan kami dengan keberkatan,” katanya.
Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.