Baru-baru ini, penyanyi yang sedang meningkat naik, Annie dari ALLDAY PROJECT tampil menyuarakan permintaan secara terbuka kepada para peminat agar tidak lagi menghubunginya menerusi alamat e-mel universiti miliknya, selepas maklumat tersebut diketahui umum susulan kepulangannya menyambung pengajian di Universiti Columbia.
Menerusi satu siaran langsung berjudul ‘Study With Me’, Annie atau nama sebenarnya Moon Seo-yoon (24) dilihat menyiapkan tugasan kuliah sambil berinteraksi secara santai bersama peminat. Dalam siaran tersebut, beliau mengambil kesempatan untuk menjelaskan situasi sebenar yang sedang dihadapinya.
Menurut Annie, walaupun beliau memahami betapa mudahnya maklumat seperti ID sekolah boleh ditemui di internet, kemasukan e-mel daripada peminat ke alamat e-mel kampus sebenarnya boleh menimbulkan kesukaran dalam urusan akademiknya.
Ads
Pada masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa e-mel universiti tersebut digunakan khusus untuk menerima maklumat penting daripada profesor serta pihak pentadbiran kampus. Selain itu, lambakan mesej yang tidak berkaitan dengan pengajian menyebabkan beliau sukar menapis e-mel yang benar-benar penting terutama untuk urusan akademik.
Walau bagaimanapun, Annie bagaimanapun menegaskan bahawa semua mesej yang diterimanya dipenuhi dengan sokongan serta kata-kata yang baik daripada peminat. Namun, beliau menjelaskan bahawa mesej tersebut akan lebih mudah dibaca sekiranya dihantar melalui ‘Dayoff’, platform peminat rasmi ALLDAY PROJECT, atau saluran komunikasi lain yang lebih sesuai.
Ads
Susulan itu, dalam nada berhati-hati, Annie sekali lagi berharap para peminat dapat memahami situasinya dan menghormati permintaannya dengan tidak lagi menghantar mesej ke alamat e-mel universiti berkenaan.
Ads
Di samping itu, Annie turut menyentuh mengenai kemungkinan bertemu peminat di kawasan kampus. Katanya, beliau tidak keberatan untuk membalas sapaan secara bersemuka dengan mesra, namun memohon pengertian sekiranya terdapat waktu di mana beliau tidak berada dalam keadaan terbaik.
Sebelum mengakhiri perbualan dengan nada berseloroh, Annie menyarankan peminat agar belajar bersungguh-sungguh dan memohon masuk ke Universiti Columbia sekiranya ingin bertemunya. Malah, beliau sempat bergurau bahawa akan berkongsi nota kuliah sekiranya ada peminat yang berjaya diterima masuk ke universiti tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaannya bintang popular dari Hollywood, Bollywood dan juga Korea Selatan begitu dikenali serata dunia. Namun kini muncul pula gelombang dari dunia seni Thailand yang dilihat sudah mula ‘mengeksport’ bakat-bakat mereka agar terkenal serata dunia.
Antara salah seorang yang kini menjadi perhatian ialah pelakon, penyanyi dan model, Bright Vachrawit. Merupakan anak kacukan berdarah Thai dan Amerika Syarikat, jejaka berusia 26 tahun ini dibesarkan di Thailand oleh ibunya apabila kedua orang tuanya bercerai.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Memulakan kariernya dalam dunia seni seawal usia 15 tahun, namun begitu bintangnya benar-benar bersinar apabila membintangi drama 2gather The Series dan Still 2gather yang merupakan siri paling banyak ditonton di saluran LINE TV di Thailand.
Selain dua drama bersiri tersebut, Bright juga terpilih untuk berlakon dalam siri remake versi Thai bagi drama Boys Over Flower yang dipopularkan oleh kumpulan F4 sebelum ini.
Kemudian dia sekali lagi mencipta fenomena apabila digandingkan bersama pelakon wanita popular Thailand, Davika Hoorne dalam siri Astrophile yang menerima lebih 30 juta jumlah tontonan.
Walaupun sibuk dengan dunia seni, jejaka berusia 26 tahun ini tidak mengabaikan pendidikan. Dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dari Bangkok University pada penghujung tahun lalu. Menariknya majlis konvokesyennya dihadiri oleh lebih 2’000 peminat!
Lumrah kehidupan selebriti, fesyen tidak boleh dipisahkan. Dengan ketinggian dan rupa paras kacak yang dimilikinya, Bright menjadi pilihan banyak jenama fesyen antarabangsa. Apatah lagi kehadiranya dalam majlis fesyen telah memberikan jenama tersebut nilai media yang gah bernilai jutaan dolar.
Kredit foto: Instagram Bright Vachirawit
Jenama seperti Prada, Chanel dan Louis Vuitton bekerjasama dengannya bagi menaikkan lagi imej mereka di rantau Asia Tenggara. Tahun lalu, Bright telah menjadi duta global Burberry dan dia merupakan selebriti Asia Pasifik Selatan pertama seumpamanya yang dipilih untuk menggalas tugas itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masyarakat selalu memandang enteng mengenai kerjaya seorang selebriti, seorang model mahupun influencer di media sosial.
Anggapan mereka, golongan ini ingin jalan mudah untuk mendaki carta populariti. Bertambah likes, followers dan menghiasi paparan iklan serta katalog, bermakna mereka sudah gah dan ibarat anak emas yang “tak boleh disentuh”.
Telahan itu nyata meleset apabila salah seorang model Malaysia yang semakin mendapat nama iaitu Rita Nadira telah membuktikan kejayaannya dalam kerjaya modelling memerlukan pengorbanan. Tambahan pula apabila pada masa yang sama, dia juga bergelar pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Sepanjang Rita mengambil jurusan Seni Persembahan (Teater) di kampus Puncak Perdana, pengalaman paling Rita ingati adalah kelas persembahan dari semester 1 hingga semester 5. Rita juga masih ingat showcase terakhir kami kerana perlu terlibat untuk sesi latihan dari pagi hingga lewat malam selama 2 bulan.
“Teater Muzikal MARA itu adalah arahan salah seorang pensyarah kegemaran Rita iaitu Encik Shahrul Musa dan sebagai pembawa watak Cikgu Nora, Rita perlu jayakan 5 persembahan tarian dan bukan mudah ya untuk mengingat semua steps.
”Mujur ada choreographer (Encik Khairul) dan kawan yang menolong semasa latihan,” katanya yang sibuk dengan pelbagai pertunjukan fesyen koleksi Raya sepanjang bulan Mac dan April ini.
Bukan saja sibuk di pentas peragaan, Rita Nadira juga merupakan antara model paling ‘laku’ ditempah untuk menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen untuk jenama pakaian serta majalah tempatan.
Tak berat ke beban tu, Rita?
“Bagi Rita, kerja sebagai model tak mengganggu pun komitmen belajar. Jika tiada kelas, barulah Rita menerima job. Kalau ada kelas, Rita akan memilih untuk ke kampus berbanding ke studio penggambaran kerana ibu Rita sendiri selalu pesan agar utamakan pelajaran. Kemudian barulah fikirkan soal kerja. Jadi semua gambar kempen yang korang lihat selama ini dilakukan sewaktu Rita ada freetime,” kata adik kepada Rita Suraya ini yang juga merupakan seorang model.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak terlalu aktif menjayakan penggambaran semasa semester terakhir kerana sibuk dengan final.
“Lama juga Rita tak bekerja, lebih kurang 5 ke 6 bulan gara-gara tak sempat untuk membahagikan masa. Kelas dan latihan berlangsung dari pagi hingga 11 malam. Solike I said, studies always comes first.
”Akhirnya Rita boleh masukkan gelaran graduan Teater ke dalam resume selepas ini (ketawa).”
Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran di platform TikTok miliknya, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo.
“Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’,” coretnya ringkas.
Dalam pada itu, Amelia turut meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada aktor popular, Sharnaaz Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum mencuri perhatian dunia apabila membuat permintaan rasmi untuk menambah konsert BTS di Mexico susulan permintaan tiket luar biasa daripada peminat.