
Baru-baru ini, pelakon jelita terkenal, Anna Jobling tampil menjawab dakwaan mengenai isu salah guna gambar melibatkan dirinya yang tular di media sosial, sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat termasuk tuduhan tidak berasas kononnya beliau telah menukar agama.
Menurut Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (26), beliau memilih untuk tidak melayan perkara yang dianggap tidak berasas itu dan mengambil pendekatan untuk menjaga ketenangan diri berbanding memberi reaksi berlebihan.
Beliau juga mengakui tidak terlalu terkejut dengan situasi tersebut memandangkan fenomena fitnah dan penyalahgunaan kandungan semakin berleluasa di media sosial, terutamanya melibatkan selebriti tempatan.

@remaja.my Anna memilih untuk tampil bersuara bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul akibat penyalahgunaan gambarnya oleh pihak tertentu✌🏻 Pada masa sama, Anna turut mengulas dakwaan berkaitan percutiannya baru-baru ini yang menjadi bualan ramai🌿✨ #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia ♬ original sound – Remaja
“Sudah lah tu, tak ada kerja ke, sumpah benda itu fitnah. Saya pun sudah block akaun tersebut, sebab saya tiada masa nak layan semua tu dan saya rasa bukan saya sahaja yang kena tetapi ada beberapa selebriti lain yang kena benda sama,” kata Anna ketika ditemui pihak media di pelancaran koleksi ‘Pulang’ Raya 2026 Tomei di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Pada masa yang sama, bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019 itu turut membuka sedikit ruang mengenai dakwaan dirinya sedang bercinta dengan seorang selebriti dari Indonesia, namun menegaskan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsikan kepada umum.
Selain itu, menurutnya kebahagiaan diri adalah keutamaan selagi tidak mengganggu sesiapa dan disokong oleh insan terdekat dalam hidup.
“Kalau saya rasa saya nak kongsi, saya akan kongsi, selain itu doakan yang terbaik untuk saya” jelasnya ringkas.
View this post on Instagram
Tambah Anna lagi, setiap perkara yang dikongsikan di media sosial dibuat atas kesedaran sendiri dan bukan bertujuan untuk mencetuskan spekulasi berlebihan, sebaliknya sekadar berkongsi momen yang dirasakan wajar untuk tatapan umum.
Dalam pada itu, pelakon filem Lembayung dan Sukma itu turut menafikan dakwaan mengatakan percutian yang dikongsikan sebelum ini membawa maksud hubungan romantik bersama individu tertentu, sebaliknya menjelaskan ia hanyalah percutian bersama rakan-rakan dan keluarga selepas jadual kerja yang padat sepanjang tahun.
Tegasnya, beliau berhak menikmati kehidupan peribadi dan kebahagiaan sendiri seperti individu lain, selagi tidak mengganggu mana-mana pihak dan masih dalam batas yang wajar.

Di samping itu, sokongan daripada keluarga dan rakan terdekat menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat, sekaligus berharap orang ramai dapat menghormati ruang peribadi beliau sebagai seorang anak seni yang juga manusia biasa.
Dalam perkembangan terkini, Anna baru sahaja selesai menjalani penggambaran di Indonesia bagi sebuah projek khas arahan pengarah tersohor, Erma Fatima yang turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Umie Aida, Puteri Sarah serta dua pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi dan Bara Valentino.
Difahamkan, projek berkenaan dijangka menemui penonton pada bulan Ramadan akan datang. Selain itu, Anna juga kini terlibat dengan beberapa projek lain termasuk pembikinan filem di Indonesia serta drama baharu di Malaysia, sekaligus membuktikan namanya terus mendapat tempat dan kepercayaan dalam industri hiburan serantau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!






















