Berbekalkan populariti, sopan dalam pertuturan dan wajah yang tampan; mana-mana gadis yang mengenali pelakon, Aniq Suhair tentunya boleh mudah ‘cair’ dengan pakej yang dia miliki.

Tidak hairanlah apabila Aniq, 24 kini sedang hangat digosipkan dengan seorang gadis yang masih dirahsiakan identitinya. Setelah hampir satu tahun setengah mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan, rupa-rupanya hati Aniq sudah berbunga!

Aniq Suhair Sedang Kenali Hati Gadis Seindustri, Sudah Sedia Berkahwin Jika Ada Jodoh
Aniq Suhair.

“Kami baru saling mengenali untuk lima ke enam bulan. Nantilah kalau sampai masa, kalau ada jodoh, kalau sudah rasmi (perhubungan) saya akan beritahu.

“Saya bukanlah ingin berahsia, cuma saya takut benda itu tak jadi kalau saya kongsikan terlalu awal. Buat masa ini, biarlah (identiti gadis tersebut) dibiarkan rahsia dahulu. Apabila sudah rasmi nanti, saya beritahu,” kata bekas finalis pencarian Hero Remaja 2020 itu ketika ditemui baru-baru ini.

Khabarnya juga, gadis berkenaan juga merupakan rakan seindustri Aniq namun belum pernah berkesempatan untuk berlakon bersama dalam satu set penggambaran.

Ads

Apabila diajukan pertanyaan sama ada Aniq kini bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekiranya sudah tiba jodoh yang tepat, Aniq sekadar menganggukkan kepala dan berkata sudah bersedia.

“InsyaAllah kalau ada jodoh, mengapa tidak (ke fasa yang lebih serius). Tidak tahu rezeki Allah macam mana tapi (buat masa ini) kami berkawan macam biasa.

“Keluarga saya pun tidak tahu lagi (mengenai kewujudan si dia). Cuma buat masa ini, saya positif dengan kehadirannya (dalam hidup Aniq),” ulasnya lagi.

Ads

Dalam pada itu, Aniq kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melakukan comeback sebagai pelakon dengan energi baharu.

Ads

Terbaru, Aniq muncul dalam sebuah siri mini di bawah terbitan VIU Malaysia berjudul 100 Days To Ask Your Crush Out di samping dua pelakon lain, Harissa Adlynn Halim dan Aiman Tino.

Welcome back, Aniq!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads