
Hashtag #sepanjanghayyataira sedang trending ketika ini gara-gara gandingan pelakon baharu, Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim menerusi drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Naskhah yang disiarkan di slot Akasia TV3 itu menjadi perhatian ramai dek keserasian yang ditonjolkan.
Biarpun gandingan mereka hanya menggantikan pelakon asal yang menarik diri di saat-saat akhir, namun itu bukan menjadi halangan untuk memberikan yang terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN: Raih 10 Ribu Followers Setiap Minggu Di IG, Aniq Suhair Dinobat Paling Popular

Buktinya gandingan serasi menjadi tuah kepada drama tersebut, biarpun mereka masih setahun jagung dalam dunia lakonan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Aniq Suhair, si jejaka kacak yang mengisi kerusi lakonan sebagai Hayyat.
Di sini REMAJA senaraikan 10 fakta menarik mengenainya.
- Nama penuh Aniq Suhair adalah Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh. Dia dilahirkan pada 21 Disember 2000 dan bakal menginjak usia 22 tahun.
- Aniq merupakan anak sulung daripada empat adik beradik.

- Jejaka tinggi lampai ini memulakan langkah di dalam bidang seni apabila dia menyertai pertandingan Hero Remaja 2020 anjuran majalah Remaja dan disiarkan di saluran Astro Ria.
- Berjaya menjadi antara 12 finalis akhir Hero Remaja 2020, kehadiran Aniq di sesi uji bakat adalah tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya.
- Aniq aktif dalam sukan Taekwondo dan pernah menjadi juara dalam pertandingan sukan tersebut. Bahkan, ketika sesi uji bakat Hero Remaja, Aniq telah mempersembahkan seni bela diri tersebut sebagai salah satu bakat yang dimilikinya.

- Tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir Hero Remaja 2020, Aniq tersingkir pada peringkat episod ketujuh pertandingan.
- Ketika episod tersebut, Aniq tersingkir bersama rakan seperjuangan iaitu pelakon dan penyampai radio Hotfm, Imran Aqil.
- Biarpun tidak berjaya ke peringkat akhir pertandingan Hero Remaja 2020. Aniq walau bagaimanapun telah dinobat sebagai Hero Remaja Favorite 2020 berdasarkan jumlah undian tertinggi yang diraih hasil undian para peminat.

- Aniq mengakui dirinya seorang yang pemalu.
- Walaupun masih muda, Aniq kini merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah francais restoran Subway yang terletak di Q Avenue, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


Di karpet merah Critics Choice Movie Awards 2015 dalam persalinan Antonio Berardi.
Okay, Miley mungkin tak menyarungkan Cheongsam tradisional but the effort does count, kan? Dia memilih jaket dan skirt daripada Pucci.
Grace Kelly menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globes pada tahun 1956.
Mudanya! Emma Watson di karpet merah tayangan filem Wimbledon pada tahun 2004.
Jennifer Anniston sering mencetuskan trend fesyen melalui watak Rachel di dalam siri FRIENDS.
Nicole Kidman beraksi di dalam filem Australia arahan Baz Luhrman. Nicole merupakan salah seorang pelakon Hollywood yang sering memilih sarungan Cheongsam.
Okay fine, ini bukanlah Cheongsam biasa yang kita selalu tengok. Namun, rekaan dress Zuhair Murad untuk karpet merah Grammy’s 2012 ini diilhamkan daripada gaya oriental untuk disarungkan oleh Taylor Swift.






