Penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee baru-baru ini mendedahkan berat badannya kini hanya 46 kilogram berbanding 60 kilogram sebelum ini dan penurunan mendadak ini disedari ketika beliau mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas mengalami keracunan makanan.
Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile (34), proses penurunan berat badan ini bukanlah berlaku secara tidak sengaja sepenuhnya. Sejak tahun lalu, pelantun lagu ‘Donde’ itu memang berusaha mengamalkan diet sehingga penampilannya menjadi topik bualan ramai yang menyangka dirinya menghidap penyakit serius.
“Saya pun sebenarnya terkejut. Masa itu saya kena keracunan makanan, jadi pergilah timbang di klinik untuk mereka ambil data. Terkejut bila lihat berat sudah turun kepada 46 kilogram”
“Ramai tanya, kenapa kurus sangat dan sama ada saya sakit. Ada juga yang masih kaitkan dengan cerita-cerita lama. Jawapan saya mudah, saya memang sedang berdiet. Saya tak mahu ulas lagi benda lepas,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Andi menjelaskan titik perubahan ia bermula selepas tamat penggambaran drama berjudul ‘Boleh Saya Bantu 2’. Ketika itu, beratnya naik mendadak, perut buncit dan dagu berlapis sehingga membuatkan dirinya cepat penat.
Namun disebabkan mengalami situasi seperti itu mendorongnya untuk mengubah gaya hidup dan pemakanan.
Berbeza dengan trend diet popular pada masa kini, Andi juga menafikan diri beliau mengamalkan Intermittent Fasting (IF). Sebaliknya, hanya mengawal kuantiti makanan yang diambil dan kini makan dalam jumlah kecil, ibarat saiz hidangan kanak-kanak.
Ads
“Dulu saya makan lima ke enam kali sehari, sekarang hanya dua kali saja dan dalam kuantiti kecil,” jelasnya lagi.
Kredit foto: Yoitube Andi Bernadee
Anak seni kelahiran Sabah itu turut menolak dakwaan bahawa penurunan beratnya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang atau amalan mistik.
“Bukan sebab dadah, atau amalan mistik, jangan kaitkan dengan benda itu,” tegas Andi.
Ads
Walaupun beliau gembira dapat kembali memakai baju-baju lama, Andi mengakui berat di bawah 50 kilogram adalah terlalu rendah untuknya dan kini sedang berusaha menambah berat agar sedikit berisi.
“Kalau boleh saya nak berat dalam 50 kilogram lebih, janji tak sampai 60. Sekarang saya pun kerap makan lewat malam untuk naikkan berat,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Andi Bernadee bakal bergandingan dengan Nabila Razali dalam siri Tonton Original berjudul ‘Me.N.U’ yang terdiri daripada 10 episod dan akan mula ditayangkan pada 11 September ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pihak pengurusan acara konsert Walkerworld Tour 2024 tampil membuat permohonan maaf berhubung isu membabitkan penyanyi Indonesia, Putri Ariani yang didakwa tidak bersikap profesional dalam satu sidang media diadakan baru-baru ini.
Pengarah Megatix, Ridzuan Mohammad mengakui kesal dengan insiden tidak diingini yang berlaku hingga tular di media sosial baru-baru ini dan dia tampil menjelaskan punca kekeliruan serta kepincangan komunikasi yang berlaku sewaktu sidang media tersebut.
“Menyedari insiden tidak disengajakan ini mengguris hati rakan media, Megatix dan saya selaku Pengarah Megatix dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan media kerana sedar ia adalah khilaf kami”
“Untuk makluman rakan media, semasa insiden saya tiada di situasi tersebut kerana keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu serta tidak sedar akan salah faham yang berlaku antara pihak media dengan Putri Ariani”
Jelasnya, pihak Megatix menyedari kesalah fahaman tersebut setelah melihat laporan media bahawa Puteri Ariani didakwa telah mengabaikan dan tidak mengendahkan kehadiran rakan media
Menurutnya lagi, pihaknya juga telah mengenal pasti pihak dan punca insiden tidak diingini itu berlaku. Namun, dia tidak mahu terus memanjangkan isu dan mengeruhkan keadaan dan kami bersepakat untuk memperbaikinya secara dalaman.
Dalam pada itu, Ridzuan berkata, atas kesilapan komunikasi penganjur yang dilantik, insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Putri Ariani.
“Sejujurnya, kami mahu memperbetulkan tanggapan negatif dilemparkan terhadap Putri Ariani kerana menyinggung rakan media Malaysia yang telah menunggu hampir dua jam dan juga tidak muncul semula selepas itu”
“Seperti rakan media sedia maklum Putri Ariani seorang insan istimewa disayangi ramai peminat muzik di berdiri atas bakat suara luar biasanya, dan dari segi personaliti dia seorang yang positif, periang dan baik hati”
Jelasnya lagi, Putri Ariani juga sangat menghormati pihak media dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap sesi temu bual. Dia turut khawatir akan kecaman daripada netizen bakal memberi kesan terhadap emosi Putri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan.
Sehubungan itu, Ridzuan menambah, bagi memperbaiki keadaan dan memastikan hubungan baik antara kedua-dua pihak, Megatix mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.
Sekadar info, Puteri Ariani akan berkongsi pentas melakukan persembahan di konsert Walkerworld Tour 2024 pada 22 Jun ini bersama DJ Electronic Dance Music (EDM), Alan Walker. Selain Putri Ariani, konsert itu akan turut diiringi dengan persembahan artis jemputan lain seperti Robin Packalen dan Sofiloud.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kontroversi yang melanda filem Sonic The Hedgehog awal tahun lalu apabila trailer pertamanya mendapat reaksi negatif dan mmenyebabkan tarikh tayangannya ditunda, kini filem yang dinant-nanti ini bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.
Filem yang diarahkan oleh Jeff Fowler ini berkisarkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan mahkhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Sonic kemudiannya bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk menentang Dr. Robotnik.
Berita baik untuk korang yang ingin menyaksikan filem adaptasi daripada permainan video Sonic ini, Remaja nak berikan dua tiket percuma ke tayangan perdana Sonic The Hedgehog.
Tarikh: 12 Februari 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: MBO Atria Big Screen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Begitulah komitednya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini sedang berkhidmat dalam situasi berisiko tinggi seperti wabak Covid-19 semasa.
Sebelum ini, tarikh 25 Mac amat sinonim dengan peringatan Hari Polis di mana kita mengenang jasa wira terdahulu dan sekarang yang berkorban untuk keamanan Malaysia.
Berlainan pada tahun ini, anggota PDRM meneruskan pengorbanan mereka – literally – semasa hari istimewa ini.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menerusi akaun Facebook beliau, kesediaan anggota meletakkan diri dalam situasi berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak adalah satu amanah yang perlu dipikul.
“Sesungguhnya inilah jihad kita, demi agama, bangsa dan negara.
“Meskipun terpaksa berdepan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri, walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya,” kata beliau.
Beliau turut meminta agar setiap anggota PDRM terus bersemangat melaksanakan PKP agar rantaian penularan COVID-19 berjaya diputuskan.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah, peringatan Hari Polis tidak disambut kerana ancaman COVID-19.
“Walaupun program yang direncanakan tidak dapat dilaksanakan, saya mengajak seluruh warga pasukan untuk pasakkan tekad dan membulatkan iltizam bagi mengelakkan berlakunya gelombang ketiga, yang berupaya membawa implikasi yang lebih serius kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.”
Terima kasih PDRM!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!