Apakah perasaan anda jika dipanggil untuk satu perjumpaan secara talian bersama rakan sekerja yang lain hanya hendak diberitahu bahawa perkhidmatan anda akan ditamatkan serta merta? Inilah yang terjadi kepada pekerja di Better.com yang merupakan sebuah syarikat gadai janji Amerika Syarikat.
Dalam satu video yang tular di laman media sosial, dilihat Ketua Pegawai Eksekutif Better.com, Vishal Garg sedang duduk di meja pejabatnya sambil mengumumkan berita tersebut dengan ekspresi wajah yang serius.
Tangkap layar sesi zoom.
“Jika anda berada dalam panggilan ini, anda tergolong dalam kumpulan tidak bertuah yang akan diberhentikan kerja. Dengan ini perkhidmatan anda ditamatkan serta merta,” ujar lelaki berusia 45 tahun itu. Vishal meneruskan ucapannya dengan menyatakan yang perubahan dalam pasaran, kecekapan dan produktiviti sebagai satu sebab kepada penamatan kerja
Ads
Pekerja yang terlibat bakal menerima surat pemecatan secara rasmi daripada bahagian sumber manusia dan juga faedah yang akan mereka terima seiring pemecatan tersebut. Menurut Vishal lagi di dalam video tersebut, “Saya tidak mahu melakukan perkara ini, kali terakhir saya lakukanya saya menangis. Kali ini saya harap untuk menjadi lebih kuat.”
Walaupun dia kelihatan sedih, seorang bekas pekerja telah meberitahu portal berita The Daily Beast bahawa pertemuan itu berlangsung selama lebih kurang tiga minit sahaja dan kesahihan kesedihan ketua pegawai eksekutif itu tidak dapat dipastikan sama ada benar-benar sedih ataupun tidak.
Selepas ucapan Vishal, mesyuarat tersebut berakhir dengan cepat, dan komputer pekerja dimatikan secara automatik, menurut sumber. Kakitangan yang tidak dapat menghadiri persidangan saat-saat akhir dibiarkan terpinga-pinga tanpa mengetahui sebab peranti mereka telah berhenti berfungsi. Manakala ada pekerja lain yang sedang bercuti tidak tahu mereka sudah tiada pekerjaan.
Terdahulu, syarikat pemberi pinjaman gadai janji yang disokong Softbank itu mengumumkan pada bulan Mei ia akan disenaraikan secara umum melalui SPAC. Minggu lepas menerima wang tunai USD$750 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut. Syarikat itu dijangka untuk mempunyai lebih daripada USD$1 bilion pada penyata kewangan mereka.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang penjual aiskrim di Gunung Bromo, wilayah Jawa Timur tular di media sosial kerana memiliki wajah yang dikatakan mirip Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan seorang pengguna TikTok @nareswara.tpuraandtravel, peniaga tersebut dilihat sibuk menyediakan aiskrim yang dipesan pembeli.
Jejaka itu juga kelihatan memakai jaket ungu dan bertopi hitam itu sesekali dilihat tersenyum ke arah kamera ketika menyedari aksinya dirakam.
“Bertuah sebulan kerana bertemu dengan ‘Putera Mateen’ di Bromo,” kata keterangan video tersebut secara berseloroh.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang bersetuju bahawa wajah pemuda tersebut mirip Putera Mateen.
“Sangat seiras!” kata seorang netizen.
“Hey, he is the better version one,” komen lagi seorang pengguna.
“On the way ke Bromo,” tulis pengguna lain.
SUMBER: TikTok Nareswara.tpuraandtravel
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terlampau kreatif, ada seller yang jual lukisan tangan di Shopee. Nampaknya, makin ramai yang berfikir luar kotak untuk menjual ‘barangan’ mereka agar laris terjual.
Jika sebelum ini ada seller yang menjual barang yang tidak dituntut dari gudang China dalam bentuk kotak misteri di Shopee.
Menurut keterangan yang disediakan, antara maklum balas daripada pembeli, ada antara mereka yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin tanah dan mungkin juga sampah jika tidak bernasib baik.
Kali ini, ada satu lagi ‘benda kreatif’ , menerusi perkongsian Facebook Mohd Adib Fortalenzo dalam group Shopee Malaysia menunjukkan ada penjual yang menjual lukisan potrait di Shopee. Menjengah ke Shopee, penjual tersebut mendapat pujian para pembelinya di bahagian product rating.
Namun, hasil dari jualan kedai ini membuatkan rata-rata netizen terhibur dengan hasil seni nya.
“Laju buat kerja…Terbaik la. Cuma tula lukisan anak tu telinga nya tak ada dah macam alien aku tengok. Saja-saja hiburkan hati ni pape pun 5 star la” pembeli
Warganet juga memuji penjual tersebut yang kreatif menawarkan perkhidmatan melukis gambar. Malah, harganya yang murah iaitu 50 sen sehingga 80 sen sahaja untuk sekeping gambar,
Tapi, korang terlambat lukisan dari seller ini telah berjaya dijual dan telah ‘sold out’. Mungkin lepas raya beliau akan beroperasi semula. Tak sabar kan nak tunggu hasil gambar penulis jadi macam mana….hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu-persatu kejadian bencana alam sedang menimpa dunia pada Januari tahun ini saja.
Bermula dengan kebakaran besar-besaran di Australia, kini penduduk di pulau Taal Filipina pula sedang berjaga-jaga dengan amaran skala lima gunung berapi di sana.
Untuk pengetahuan, pulau Taal sememangnya terkenal di kalangan pelancong kerana keindahannya, terutamanya baru-baru ini apabila ia dipilih untuk upacara perkahwinan destinasi.
Taal Volcano.
Lalu apabila amaran letusan gunung berapi dikeluarkan pada Ahad lalu, tak hairanlah apabila masih ada pasangan yang sedang mengadakan upacara perkahwinan pada waktu itu.
Satu pasangan warganegara Filipina bertindak untuk meneruskan upacara mereka walaupun gunung berapa Taal mula ‘berasap’ 20 kilometer dari lokasi mereka.
Hasilnya, jurugambar rasmi mereka iaitu Randolf Evan berjaya membidik foto epik perkahwinan berlatar belakangkan gunung berapi Taal.
Semasa ia ditangkap, pasangan tersebut dan para tetamu baru tersedar akan situasi gunung berapi Taal tetapi tetap meneruskan upacara.
“Kami teruskan juga kerana memikirkan ia masih di peringkat awal. Namun sebagai langkah berjaga-jaga, kami memeriksa media sosial untuk sebarang berita.
“Hanya apabila debu bertambah teruk, acara resepsi dihentikan serta-merta.”
Foto yang dimuat naik oleh Randolf menyaksikan debu tebal mulai naik ke udara sambil pasangan tersebut melafazkan ucapan (vow) masing-masing.
Sumber: Channel News Asia
*
Agak-agak ada tak pasangan di Malaysia yang ingin melangsungkan perkahwinan semasa bencana alam seperti banjir melanda? Err..
Untuk info lanjut mengenai keadaan semasa debu teruk di pulau Filipina itu, klik artikel di bawah.
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...