
Untungnya anak jati negeri Burung Kenyalang ni..
Baru-baru ini kerajaan Sarawak ada menawarkan Program ‘Sarawak Free Laptop‘ di mana komputer riba diberikan kepada pelajar yang layak bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Ia menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
Di bawah program ini, setiap anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang berada pada tahun pertama pengajian Diploma atau Ijazah (sepenuh masa), serta berpendapatan per kapita keluarga sebanyak RM1,500 dan ke bawah, layak untuk mendapatkan komputer riba percuma.
Dalam satu hantaran Facebook, MacBook percuma itu boleh tebus melalui aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) di mana-mana cawangan Switch terpilih di Sarawak.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menebus MacBook di Switch.
Jadi, pelajar IPTA, IPTS yang layak boleh pilih untuk mendapatkan sama ada MacBook Air atau MacBook Pro jangan lepaskan peluang ni! Ini peluang korang untuk tambah gear study dengan teknologi terbaik dengan percuma!
BACA LAGI : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.