Baru-baru ini kerajaan Sarawak ada menawarkan Program ‘Sarawak Free Laptop‘ di mana komputer riba diberikan kepada pelajar yang layak bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Sumber Gambar: Facebook Switch
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak. Ia menyokong pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).
Di bawah program ini, setiap anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang berada pada tahun pertama pengajian Diploma atau Ijazah (sepenuh masa), serta berpendapatan per kapita keluarga sebanyak RM1,500 dan ke bawah, layak untuk mendapatkan komputer riba percuma.
Tebus MacBook percuma di Switch di bawah Program ‘Sarawak Free Laptop’
Kunjungi mana-mana cawangan Switch terlibat di Sarawak
Ikuti arahan untuk lengkapkan proses penebusan
Ambil komputer riba PERCUMA anda — memang semudah itu!
Jadi, pelajar IPTA, IPTS yang layak boleh pilih untuk mendapatkan sama ada MacBook Air atau MacBook Pro jangan lepaskan peluang ni! Ini peluang korang untuk tambah gear study dengan teknologi terbaik dengan percuma!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya mengesahkan desas-desus yang diperkatakan oleh peminatnya dan memaklumkan dirinya kini sedang hamil dengan cahaya mata sulung bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka pada Januari 2025 dan sebagai bakal ibu buat kali pertama, selebriti berusia 32 tahun itu menzahirkan rasa syukurnya di atas anugerah ini.
Nabila Razali.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” ujarnya.
Menarik untuk dikongsikan, Nabila mengaku kini lebih mudah penat berbanding dirinya yang lincah sebelum berbadan dua. Pengalaman baharu ini memerlukan Nabila untuk lebih banyak berehat demi menjaga kesihatan diri serta bayi yang dikandung.
“Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. Tapi saya masih komited dalam bidang seni terutamanya beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Saya cuba untuk buat dengan sehabis baik.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna,” kongsinya.
Sambil itu, Nabila juga berharap agar semua pihak terutama peminatnya untuk mendoakan agar perjalanan kehamilannya akan dipermudahkan sehingga tarikh bersalin kelak.
Sebagai info, Nabila dan Nik Iruwan bergelar suami isteri pada 19 November 2023.
Demam k-drama nampaknya masih belum reda kerana impaknya sangat besar kepada penonton sehinggakan mereka tampil kreatif dengan menghasilkan video-video yang menarik perhatian netizen.
Terbaru, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai _xuxilucas telah memuat naik video montaj drama Korea yang diedit menjadi seperti montaj drama Melayu di negara kita. Individu tersebut telah menukar tajuk drama dan menggunakan nama-nama daripada barisan pelakon dan penyanyi tanah air.
Hasilnya memang menakjubkan dan menghiburkan. Serius nampak real. Hiks!
Kecoh di media sosial apabila seorang penguna Facebook disyaki menyebarkan berita mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor.
Hal ini berpunca daripada pasangan selebriti, Neelofa dan suaminya, Haris yang menaikkan kemarahan netizen Malaysia kerana didapati berkali-kali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Terbaru mengenai isu rentas negeri di Nilai untuk membeli karpet, namun Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan terhadap pasangan ini.
Susulan keputusan itu, netizen kini seakan cuba ‘bersangka baik’ dan mengatakan bahawa Nilai kini sudah terletak di Selangor dan bukannya Negeri Sembilan. Malah di Twitter, ada yang berkongsikan tangkap layar lokasi Nilai sudah ditukarkan dari Negeri Sembilan ke Selangor.
Tapi ini sebenarnya 5 fakta tentang Nilai yang korang kena tahu
1) Kenali sejarah Nilai
Memetik petikan daripada portal Majlis Bandaraya Seremban, berikut di bawah adalah catatan sejarah ringkas bagaimana Nilai ‘bermula’.
Serba Ringkas Asal Usul Pembukaan
Nilai mempunyai asal-usul dan sejarahnya yang tersendiri. Mengikut sejarahnya, Nilai dahulunya diletakkan di bawah luak Sungai Ujong yang ditadbir oleh waris di Darat yang ditadbir atau waris di Air. Di bawah Dato’ Johan daripada waris di Darat terdapat tiga Dato’ Lingkungan yang mengetuai tiga corak suku Batu hampar yang tertumpu di beberapa buah kampung.
2) Tertubuh Majlis Perbandaran Sendiri
Untuk pengetahuan korang, Nilai asalnya berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Seremban yang ditubuhkan pada 1 Janurari 1979. Penubuhan Majlis Daerah Seremban itu adalah daripada fasa penyusunan semula enam penguasa tempatan di Negeri Sembilan seperti yang termaktub di bawa Seksyen 3 (A) dan 3 (B), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Enam penguasa tempatan itu merangkumi Majlis Tempatan Pajam (1957), Majlis Tempatan Mantin (1958), Majlis Tempatan Lembaha Bandaran Rantau (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959), Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959) dan Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959).
Bagaimanapun pada 2 Februari 2002, bandar Nilai (yang asalnya di bawah Majlis Daerah Seremban) secara rasminya telah dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Nilai (MPN). Maka dengan tertubuhnya MPN ini, sebanyak lapan buah mukim di sekitar perbandaran ini ditadbir di bawah pentabiran MPN iaitu Setul, Labu, Rantau, Lenggeng, Pantai, sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.
Kawasan Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai ditadbir penuh di bawah MPN manakala sebahagian Ampangan, Rasah dan Seremban pula dibahagikan bersama Majlis Bandaraya Seremban.
3) Lokasi paling strategik di Negeri Sembilan
Sesiapa yang menetap di Nilai adalah sangat beruntung kerana lokasinya dikatakan begitu strategik berbanding mana-mana daerah atau perbandaran di Negeri Sembilan. Jika lihat lokasinya dalam Google Maps di bawah ini, kedudukan geografi Nilai sangat ‘beruntung’ kerana dikelilingi oleh pelbagai mercu tanda utama seperti ibu kota, pantai, pusat pentadbiran negara, ibu negeri dan kawasan alam semulajadi.
Kalau korang nak tahu jarak Nilai ke ibu negara, Kuala Lumpur: jaraknya sekitar 49 kilometer & mengambil masa kira-kira 48 minit jika melalui Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban. Dekat je rupanya.
4) Banyak Tempat Menarik
Banyak tempat menarik yang ada di Bandar Baru Nilai. Kalau korang nak borong kain yang dekat dengan pusat bandar, korang boleh ke Nilai Square. Kat situ banyak kedai-kedai kain berjenama yang dijual dengan harga cukup berpatutan. Selain tu kalau nak makan-makan sedap, ada banyak kedai makan menarik di bandar ini.
Negeri yang terkenal dengan adat perpatih ini pastinya menyajikan pelbagai pengalaman baru untuk diterokai jika anda berkunjung ke sana. Kalau berkesempatan untuk singgah ke Negeri Sembilan, pastikan anda wajib mencuba menu istimewa mereka iaitu masak lemak cili api!
5) Nilai 3, Tempat beli langsir untuk hari raya
Tidak sahlah kalau datang bertandang ke Nilai tapi tak singgah di Nilai 3. Korang mesti tahu kan, Nilai 3 merupakan ‘lubuk’ jualan permaidani, langsir, kain, barang rumah, pinggan mangkuk dan perhiasan yang menjadi ‘igauan’ para emak-emak dan isteri-isteri kita.
Puluhan deretan kedai-kedai yang menjual segala keperluan rumah di sini, termasuklah beberapa jenama besar pengeluar kain ‘gergasi’. Jadi kalau nak kahwin ke, nak beraya ke, tak perlu susah-susah nak ke ibu kota yang sesak tu. Boleh je pergi ke Nilai 3.
“Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan, dan bukan terletak di Selangor,” Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman
Daripada itu, dakwaan yang tular dalam media sosial itu boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. Pemilik akaun dikenali sebagai ‘N9 RADAR’ itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
So kesimpulannya, memang Nilai di Negeri Sembilan okay bukan Selangor.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.