Perempuan mana je yang tak nak rambut sihat, segar dan kemas terletak?
Selalu apabila kita perhatikan kepada kaum kerabat istana, selebriti tanah air malah pramugari syarikat penerbangan sekalipun, semuanya memiliki rambut yang cantik!
Antara favourite kami tentulah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duchess of Cambridge, Kate Middleton ketika mereka menghadiri acara atau majlis tertentu. Cantik sangat.
Tapi realitinya apabila kita melihat imej diri sendiri di dalam cermin, umpama langit dan bumi!
Anak rambut pastinya akan kekal terpacak di atas kepala, umpamanya macam ada tarikan magnet yang menarik.
Apa kata korang cuba 4 tip mudah untuk dipraktikkan ini kalau ingin mengelak masalah remeh ini daripada berterusan.
01
Ads
Jangan Kerap Syampu
Ya, membasuh rambut itu rutin yang bagus. Rambut menjadi bersih dan berbau harum. Apa yang menjadi masalah adalah apabila kita terlalu kerap syampu rambut kerana ia adalah penyebab rambut hilang kelembapan.
Jika terlalu kerap, korang akan perasan rambut menjadi kering, mengembang dan susah untuk diurus. Cuba selangkan 2 ke 3 hari, sekali.
02
Elakkan Hair Dryer
Ads
Kita semua menghadapi masalah tiada masa yang cukup pada waktu pagi untuk mengeringkan rambut selepas mandi. Tambahan pula bila dah terlambat masuk ke lecture hall, dah la lecturer garang semacam!
Jadi hair dryer menjadi pilihan utama ramai perempuan (dan lelaki). Namun, hair dryer membuatkan rambut bertambah kering dan tidak membantu pun untuk mengemaskan anak rambut. Sebolehnya, usah jadikan hair dryer sebagai rutin wajib setiap hari.
03
Suka Hair Spray Eh?
Ramai perempuan yang menganggap penggunaan hair spray adalah solusi terbaik untuk memastikan rambut kekal cantik dan ‘tak bergerak’ sepanjang hari. Namun, jika korang semburkannya pada rambut dengan terlalu kerap, we have some bad news for ya.
Ads
Hair spray mengandungi alkohol yang membuatkan rambut kering. Lebih baik jika kamu menggantikan hair spray dengan produk lain seperti hair mist atau hair milk. Sekali-sekala tu tak mengapalah, jangan selalu tau.
04
Berhenti Guna Sikat Plastik
Eh, guna sikat plastik boleh buat anak rambut menjadi ‘liar’? Yes girls!
Korang tak dapat lihat dengan mata kasar tetapi sikat plastik mengalirkan tenaga elektrik statik yang membuatkan anak rambut ‘berdiri’ menegak secara automatik. Sebaiknya, tukar kepada sikat yang diperbuat daripada kayu atau logam.
Only Paolo, can take THIS and THIS! And give you, a princess.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan pelakon, model dan finalis Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling di Singapura pada minggu ini untuk acara Barbie House of Dreams amat dinanti-nantikan oleh si cantik manis itu.
Bukan sahaja berpeluang untuk menyeberang ke negara jiran for a change of environment, Anna turut dapat menikmati pengalaman menaik di pameran Barbie pertama seumpamanya di Singapura di mana sebanyak 600 anak patung dipamerkan dengan penuh menarik. Kesemuanya adalah milik salah seorang pengumpul tegar dan terbesar Barbie di Asia, Jian Yang.
Bercakap mengenai penampilan Anna pada Isnin lalu, tidak keterlaluan jika REMAJA menggambarkan pelakon Melur Untuk Firdaus ini umpama Barbie bergerak! Daripada busana biru satin rekaan Rozaimi Rosli yang disarungkan oleh Anna sehinggalah solekan wajah yang direalisasikan jurusolek kelahiran Sabah, Albin Hassan; Anna memang persis puteri Barbie pada hari itu.
Kongsi Albin yang dihubungi oleh REMAJA, gaya solekan Anna Jobling ini ditentukan daripada beberapa sumber yang diberikan oleh pembantu peribadinya. Namun Albin masih ingin menitipkan ideanya sendiri agar penampilan Anna kelihatan lebih original dan bersesuaian dengan acara serta usia mudanya.
Percaya tak, solekan ini hanya memakan masa 45 minit sahaja! Albin memilih rona merah jambu menyala bagi menaikkan lagi aura Anna sewaktu bergambar di lokasi berlatar belakangkan warna merah jambu. Sedikit warna biru pada bahagian bawah matanya dipetik daripada rona busana.
Korang nak cuba tiru solekan Anna Jobling ini? Jom lihat lima produk yang diguna pakai oleh Albin Hassan.
01
Chanel Les Beige Foundation
02
Chanel Baume Essentiel Highlighter
03
Makeup Forever Fard a Joues Blush
04
Chanel Poudre Universelle Libre Loose Powder
05
Dior Maximizer Hyaluronic Lip Plumper
Nah! Bagi solekan warna pop cerita pada kelopak mata Anna pula, Albin ‘mengahwinkan’ dua jenis pembayang mata iaitu yang bertekstur matte dan shimmer mengilau.
Jika korang perasan, teknik ini seakan sudah menjadi trademark solekan Albin untuk Anna bagi beberapa konsep sebelum ini.
Kali ini, beliau menggunakan palet mata NYX Off Tropic bagi warna matte manakala untuk menambah sedikit kilauan, Albin memilih palet Pat Mcgrath Blitz Astral Quad.
Biarpun kongsi Albin dia tidak mendapatkan idea asal sepenuhnya untuk solekan kali ini disebabkan kekangan waktu, namun REMAJA rasakan Anna Jobling kelihatan cukup regal dan elegan bersesuaian dengan tema Barbie kali ini. Yang penting katanya, Anna bijak membawa dirinya sebagai ‘Barbie bergerak’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
”.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah perkahwinan anak saudara mendiang Puteri Diana ini mendapat perhatian ramai. Bukan sahaja kerana dia seorang anak saudara kepada figura terkenal, tetapi dia juga merupakan seorang yang dikenali ramai dek statusnya yang datang dari keluarga bangsawan selain aktif dalam dunia glamor sebagai seorang model dan jurucakap kepada jenama-jenama terkenal.
Ketika hari perkahwinannya dengan Michael Lewis, majlis yang berlangsung selama tiga hari itu memperlihatkan beliau menggayakan busana-busana indah hasil rekaan duo pereka Dolce & Gabbana.
Why Dolce & Gabbana? Sebab wanita berusia 30 tahun ini merupakan jurucakap global dan juga model untuk jenama ini. Bertuah sungguh badan!
Jom kita lihat busana-busana indah rekaan Stefano Gabbana dan Domenico Dolce untuk ratu sehari ini.
.
.
.
.
.
Kenapa pula Lady Kitty Spencer tidak mengenakan Tiara The Spencer yang merupakan warisan turun temurun keluarga bangsawan Spencer?
Tiada penjelasan kukuh yang diberikan namun mengikut laporan Page Six, beberapa individu dari golongan bangsawan British membuat spekulasi yang mengatakan dia mengambil keputusan itu kerana untuk menghentikan rasa kurang selesa kematian Diana yang dekat dengan waktu perkahwinannya. Dan kemungkinan kegagalan perkahwinan ibu bapanya turut menyumbang kepada keputusan tersebut.
Sumber gambar: Instagram German Larkin, Dolce & Gabbana, Kitty Spencer
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak terluah rasanya kegembiraan apabila dapat menyambut lebaran buat julung kalinya sebagai pasangan suami isteri.
Setelah bertahun-tahun mengikat tali percintaan, akhirnya pasangan merasai kebahagiaan apabila memperkenalkan sang suami dan sang isteri masing-masing setiap kali bertemu di acara rumah terbuka.
Pasangan diraja yang satu ini bagaimanapun tidak lagi memerlukan apa-apa pengenalan. Pangeran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Amat Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam merupakan tetamu kehormat di acara santapan Hari Raya Aidilfitri mereka yang pertama sebagai pasangan suami isteri setelah diijabkabulkan pada Januari lalu.
Bertempat di Istana Nurul Iman dekat Bandar Seri Begawan, Brunei; Pangeran Muda Mateen dan Anisha Rosnah telahpun menyarungkan dua persalinan Aidilfitri yang tidak jauh bezanya daripada spektrum warna yang biasa mereka peragakan.
Persalinan pertama menampakkan Pangeran Muda Mateen segak dalam persalinan baju Melayu silver lengkap dengan samping songket benang emas. Dayang Anisha pula melengkapi suaminya dalam balutan baju kurung fabrik brocade silver senada, berhijab minimal dan menjinjing tas Lady Dior bersamanya.
Tidak lama selepas itu, mereka menyalin kepada baju raya kedua rona biru tua atau royal blue. Masih mengekalkan siluet baju kurung moden, Dayang Anisha tampil lebih kasual dengan perincian manik pada bahagian atas manakala rambutnya dibiarkan mengurai ringkas ke belakang.
Jelas, masing-masing kini lebih selesa untuk berinteraksi di khalayak ramai sebagai suami isteri setelah tiga bulan mendirikan rumah tangga.
Terdahulu, Pangeran Muda Mateen dan Dayang Anisha baru sahaja pulang dari tanah suci untuk mengerjakan ibadah Umrah pada bulan Ramadan. Ia merupakan salah satu trip terawal yang dilakukan oleh pasangan diraja itu setelah mereka mengikat tali perkahwinan pada 11 Januari 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!