Anak muda kelahiran Kuantan, Pahang ini sememangnya ‘bukan kaleng-kaleng’ apabila membuktikan kecemerlangan akademik mampu membuka peluang hingga ke peringkat antarabangsa.
Mana tidaknya, Danial Hakim Shamsul Hikma kini sedang mengikuti latihan industri tahun akhir selama enam bulan di Airbus SAS, Perancis, sebuah syarikat penerbangan bertaraf dunia yang menjadi impian ramai pelajar kejuruteraan.
Pencapaian tersebut sekali gus menjadi satu kebanggaan bukan sahaja buat keluarga dan institusi pengajiannya, malah turut menginspirasikan ramai anak muda lain untuk terus mengejar cita-cita dalam bidang diminati.
Minat Mendalam Dalam Bidang Aeronautik
Menurut Danial Hakim, pemilihan Airbus sebagai lokasi latihan industri selari dengan minat mendalamnya terhadap bidang aeronautik selain mahu meraih pengalaman secara langsung dalam industri sebenar.
“Peluang ini bukan sahaja satu pencapaian besar buat saya, malah menjadi platform untuk terus mencabar diri dan menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang yang diminati,” katanya.
Ads
Bermula Dari MRSM Kuantan
Berdasarkan perkongsian Facebook MARA Frankfurt, Danial Hakim merupakan penerima tajaan di bawah Program Pembangunan Bakat Muda (YTP MARA).
Beliau memulakan perjalanan akademiknya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan sebelum menyambung pengajian dalam bidang Foundation in Engineering di Universiti Kuala Lumpur Malaysian French Institute (UniKL MFI).
Di situlah asas kecemerlangan akademiknya mula dibentuk sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang kejuruteraan di peringkat antarabangsa.
Ads
Sambung Pengajian Di Perancis
Langkah Danial Hakim diteruskan ke Perancis apabila mengikuti pengajian Diploma Universiti Teknologi (DUT) Génie Mécanique et Productique di IUT d’Aix-Marseille dari tahun 2021 hingga 2023.
Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Génie Industriel di Université de Technologie de Belfort-Montbéliard bagi tempoh 2023 hingga 2026.
Dengan pengkhususan dalam Quality & Performance Industrielle serta Logistique & Organisation Industrielle, Danial Hakim terus mengasah kepakaran bagi mempersiapkan diri untuk bersaing di peringkat global.
Kejayaan Danial Hakim jelas membuktikan usaha, disiplin dan minat yang mendalam dalam sesuatu bidang mampu membawa seseorang melangkah jauh hingga ke pentas dunia.
Dalam masa sama, pencapaian tersebut turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi untuk terus berani mencabar diri serta merebut peluang di peringkat antarabangsa.
Untuk rekod, YTP MARA merupakan program penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat khusus untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masih tidak terlambat rasanya untuk korang mengumpul kenangan manis di tahun 2023 ini. Bersempena cuti panjang akhir tahun ini apa kata korang cuba lakukan percutian ‘caravan camping’ di tepian pantai, memang syok!
Nak tahu apa yang best, jemput baca perkongsian daripada Nur Adeela Mokhtar ini dulu. Boleh terus catat tempat menarik yang patut anda singgah. Tambahan lagi jika korang travel ke Songkla Thailand yang jaraknya cuma 1 jam dari Bandar Hatyai.
Caravan Camping Di Sakhom Songkla, Thailand
Wanita ini kongsi satu tempat yang sangat lah cantik dan murah. Anda boleh cuba dapatkan pengalaman sendiri tidur dalam caravan luxury ni depan pantai.
Okay, harga 1 malam 3500 bath convert to RM lebih kurang RM450 per night.
Caravan ini muat untuk 3-4 orang di dalamnya. Muslim owner, jadi anda jangan risau.
Bab harga pula termasuk sekali sarapan. Kira bangun pagi, boleh lah makan makan tepi pantai.
Dari bandar Hatyai lebih kurang 1jam untuk sampai ke sini. Jadi kalau anda bercuti di Hatyai, boleh plan 1 malam stay sini.
Ada street food berdekatan sini. Around 15 minit. Anda waze saja Sakom Lotus. Sini 90% makanan halal dan murah gila makanan kat sini.
Kebanyakan orang di sini fasih cakap melayu. Sebab asal dari Pattani. Jadi bahasanya kita boleh faham.
Owh ya, aktiviti kat sini surfing percuma. Kalau anda pandai main surf, boleh lah sebab percuma sahaja.
Kalau nak mandi pantai pun boleh. Kemudian anda boleh bbq juga. Bbq pit pun percuma sahaja.
Kepuasan Tempat Di Sini
– Staff super friendly boleh cakap Melayu.
– Kawasan memang bersih dan tandas open space.
– Toilet dalam caravan pun ada.
Selain caravan diaorang juga ada glamping tent. Jadi kalau nak merasa tidur tent boleh booking yang tent.
Menurut wanita ini lagi, bestnya di sini disebabkan dapat pengalaman tidur dalam caravan harga mampu milik plus pemandangannya sangat indah. Keseluruhan boleh bagi 9/10 untuk staycation kat sini.
Selamat bercuti, gais!
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari LIBUR
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam kita telah menyaksikan sejarah tercipta apabila Malaysia menerima Perdana Menteri Malaysia ke-10. Namun bak kata pepatah di sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita hebat di sisinya.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70, kini bergelar first lady of Malaysia yang dikagumi ramai. Kerana apa? Perjuangannya yang tidak kenal erti penat dan lelah. Umum mengetahui selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1998, beliau menjadi ketua yang mengepalai pergerakan Reformasi.
Bukan calang-calang orangnya, Jom kita kenali serba sedikit tentang diri beliau;-
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilahirkan pada 3 Disember 1952 di Hospital Kandang Kerbau, Singapura yang kini dikenali sebagai KK Women’s and Children’s Hospital.
Merupakan anak kedua dari lima adik beradik. Bapa beliau, Allahyarham Datuk Dr Wan Ismail Wan Mahmood merupakan seorang pegawai kerajaan manakala ibunya pula, Allahyarhamah Datin Mariah Khamiss merupakan suri rumah tangga.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St Nicholas, Alor Setar, Kedah dan kemudiannya menyambung pengajian di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan (TKC). Datin Seri Rosmah Mansor merupakan senior beliau di TKC.
Bersama bekas-bekas pelajar TKC yang lain dalam majlis meraikan persatuan murid tua (OGA).
Cemerlang dalam peperiksaan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Kemudiannya menyambung pengajian ke luar negara pada 1973. Beliau menjadi pelajar dalam bidang perubatan di Royal College of Surgeons, Ireland.
Berjaya memperolehi ijazah dalam bidang obstetric dan ginekologi, beliau juga dinobatkan sebagai antara pelajar terbaik sekaligus dianugerahkan Pingat Emas MacNoughton-Jones pada 1977.
Datuk Seri Wan Azizah bergelar seorang pakar oftalmologi di Hospital Besar Kuala Lumpur dan di Hospital Universiti, Universiti Malaya. Walaupun begitu beliau tidak lagi berkhidmat setelah suaminya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993.
Beliau merupakan wanita pertama Malaysia bergelar Timbalan Perdana Menteri pada Mei 2018 sehingga Februari 2020 apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan sebelum dijatuhkan oleh gerakan yang digelar ‘Langkah Sheraton’.
Pada pilihan raya umum ke-15 yang lalu, beliau telah bergelar Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur apabila berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti undi 9817.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam petang semalam masih mengejutkan sejagat masyarakat bukan hanya di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa.
Insiden yang melibatkan pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) dalam penerbangan dari Pulau Langkawi ke Subang itu cukup menyayat hati apabila ia bukan sahaja meragut nyawa enam penumpang dan dua kru pesawat. Malahan, dua orang awam juga menjadi mangsa insiden apabila ia terhempas ke bumi.
Tambah menyedihkan apabila satu-persatu foto dan video yang dirakam oleh orang ramai telah menyinggah ke ruangan media sosial sehinggakan ada yang melanggar etika sensitiviti. Antaranya termasuklah imej-imej mayat rentung terbakar yang berhampiran tempat kejadian kini tular.
Melihat keadaan sedemikian, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telahpun menegur perbuatan tersebut. Menurut, adalah haram sekiranya seseorang menyebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam sesuatu tragedi. Ini kerana ia akan melukakan hati keluarganya serta meranapkan maruah seseorang.
“Sabda Nabi SAW yang bermaksud; ‘Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.’ Riwayat Muslim (2564),” kongsinya.
Selain itu, Dr Zulkifli juga menasihati warganet adalah lebih baik sekiranya kita mendoakan mangsa-mangsa dikurniakan syahid akhirat kerana kematian itu berpunca daripada kemalangan.
“Moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan),” katanya.
Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang
Sementara itu, dari sisi undang-undang pula, perkongsian gambar dan rakaman video mangsa nahas yang boleh menyinggung perasaan keluarga mangsa dan melanggar prinsip etika asas boleh dikenakan tindakan!
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan media sebentar tadi, “Sebarang perkongsian melibatkan gambar atau video mangsa tragedi dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”
Dalam masa-masa sekarang ini, usahlah kita lupakan faktor sensitiviti dan perasaan empati hanya disebabkan keghairahan mengejar jumlah ‘likes’ di media sosial.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kekurangan penglihatan sejak lahir ternyata bukan penghalang buat Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 28, untuk terus mengejar impian dalam bidang akademik.
Lebih membanggakan, Johan Tilawah al-Quran...