Berita

Anak Lelaki Mulan Jameela Tamat Pengajian Di Jepun, Raih Ijazah Dari Universiti Antarabangsa Tokyo

Share

Baru-baru ini, selebriti dan ahli politik jelita Indonesia, Mulan Jameela berkongsi berita gembira di media sosial apabila anak lelakinya berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti antarabangsa.

Anak Mulan, Muhammad Rafly Azis, kini bergelar graduan selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam jurusan Perniagaan Digital dan Inovasi

dari Universiti Antarabangsa Tokyo.

Kejayaan tersebut bukan saja mengundang rasa syukur dalam keluarga, malah turut diraikan oleh para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Mulan di media sosial.

Pada hari konvokesyen, Mulan tampil anggun dalam kebaya rona krim dan coklat lembut yang menyerlahkan keayuan beliau. Penampilannya mencuri perhatian dan ramai yang memuji gaya sopan dan elegannya di ruangan komen.

Menerusi hantaran di Instagram, Mulan meluahkan rasa syukur dan bangganya terhadap kejayaan anak lelaki tersayang itu.

“Akhirnya, sayangku, cintaku selamanya @raflyaziss berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science in Digital Business & Innovation).

“Tahniah, sayang… InshaAllah ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat buat kamu dan juga ramai orang,” tulisnya.

Selain ucapan tahniah, Mulan turut menitipkan pesan bermakna buat Rafly agar terus menimba ilmu dan tidak lupa memohon petunjuk daripada Allah dalam setiap langkah kehidupannya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath