Anak Lelaki Azhar Sulaiman Wakili Pasukan Hoki Ais Malaysia Ke Luar Negara

Share

Baru-baru ini, pelakon lelaki terkenal Azhar Sulaiman telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya dengan memaklumkan bahawa anak lelakinya, Andika Rees menjadi wakil negara untuk pasukan hoki ais yang akan bertanding di Kyrgyzstan.

Menerusi video tersebut, Azhar turut menjelaskan isterinya ada membuat satu hantaran di media sosial untuk membantu masyarakat di Ukraine, tetapi anaknya pula dapat pergi ke Kyrgyzstan mewakili Malaysia untuk sukan hoki ais.

Pelakon ini sempat menitipkan pesan untuk anaknya supaya menjaga diri dengan baik, bermain betul-betul untuk Malaysia dan turut berseloroh dia tidak kisah sekiranya Andika Rees ingin berkahwin dengan orang sana.

Rata-rata warganet turut mengucapkan selamat maju jaya buat anak lelaki Azhar Sulaiman yang menjadi wakil Malaysia ke luar negara.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Andika Rees dan semoga pasukan mereka dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN