Anak jati Petaling Jaya, Yeoh Li Tian, 25, mencipta sejarah luar biasa apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya meraih gelaran Grandmaster (GM) dalam sukan catur iaitu satu pencapaian tertinggi yang diiktiraf oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE).
Lebih membanggakan, bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik ini menerima gelaran berprestij itu selepas meraih norma ketiganya dan melepasi penarafan 2500 dalam ranking FIDE susulan kemenangannya di Kejohanan Jemputan Catur GM-IM 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Dengan pengiktirafan tersebut, Li Tian secara rasmi menyertai kelompok elit kurang daripada 2,000 Grandmaster di seluruh dunia, ia satu pencapaian seumur hidup dalam dunia catur yang sememangnya tidak mudah untuk digapai.
Tiada zaman kanak-kanak?
Untuk sampai ke tahap ini, Li Tian akui laluan yang ditempuh bukan biasa-biasa. Bermula seawal usia tiga tahun, dunia catur sudah menjadi sebahagian besar hidupnya.
Ads
“Saya selalu beritahu orang bahawa saya tiada zaman kanak-kanak dan itu mungkin pengorbanan terbesar saya.
“Sejak kecil, termasuk ketika masih di bangku sekolah rendah, rutin harian saya hanyalah pergi ke sekolah, pulang, siapkan kerja rumah dan terus beri tumpuan penuh kepada catur,” katanya.
Ads
Li Tian yang pernah menyambung pengajian dalam bidang Matematik di Imperial College London kini melanjutkan pengajian sarjananya di Universiti Malaya.
Cipta momen bermakna di bumi sendiri
Meskipun pernah hampir menggapai kejayaan ini ketika Sukan SEA 2022 di Hanoi, Li Tian akhirnya berjaya melengkapkan norma terakhirnya di tanah air sendiri dan ia ternyata detik yang cukup bermakna buatnya.
Ads
“Perasaan saya bercampur antara lega dan terharu kerana akhirnya berjaya melengkapkan norma terakhir di tanah air sendiri.
Momen ini amat istimewa dan saya berharap ia mampu menjadi pencetus semangat buat lebih ramai pemain catur tempatan untuk terus melangkah jauh dalam arena ini,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerap kali kita melihat menu “telor dadar” di kedai makan mahupun di restoran walhal ejaan yang betul ialah “telur dadar”. Hakikatnya, kata “telur” dan “telor” berbeza dari segi makna dan sebutannya.
Jika kita ingin merujuk benda bulat bujur yang biasanya berkulit keras dan berisi lembaga anak, maka perkataan itu ialah “telur”. Oleh itu, ejaan yang betul ialah “telur dadar” bukannya “telor dadar” kerana merujuk telur ayam yang diaduk sebelum digoreng.
Begitu juga halnya dengan ejaan bagi perkataan telur ayam, telur burung dan telur cicak. Berbeza pula halnya dengan “telor” yang bermaksud pelat, iaitu tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul. Biasanya kanak-kanak yang masih belum boleh bercakap dengan fasih, mengalami masalah “telor”.
Di samping itu, sebutan bagi kata “telur” dan “telor” juga berbeza dari segi bunyi vokal “e” pada suku kata pertama. Kata “telur” disebut sebagai “telur” yang menggunakan vokal “e” pepet [e] seperti dalam perkataan emak, empat, tegas, tempat, dan teruk.
Berbeza pula halnya dengan kata “telor” yang menggunakan bunyi vokal “e” taling [Ə] seperti dalam perkataan ekor, ekonomi, teko, tembak, dan tempang.
Penggunaan kata “telur” dan “telor” yang betul dapat dilihat dalam contoh di bawah:
Nasi putih dengan telur dadar merupakan menu ringkas yang digemari Rani.
Telur ayam termasuk dalam kategori barangan harga terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya di pasaran.
Ayah terhibur dengan gelagat adik yang rancak berbual walaupun masih telor.
Basri tidak memahami perkara yang cuba disampaikan oleh budak lelaki yang telor itu.
Berdasarkan penerangan di atas, diharapkan kata “telur” dan “telor” digunakan dengan betul mengikut konteks.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Dr. Rabahyah binti Tahir.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja ialah aset negara yang paling berharga untuk kemajuan sesebuah negara. Kita sentiasa menjadikan matlamat dalam semua perancangan negara tanpa meninggalkan fokus kita kepada pembangunan jati diri dalam kalangan remaja terutama yang masih berada di bangku sekolah.
Hal ini termasuklah siap siagakan remaja kita dengan kemahiran menulis yang betul. Perkara ini menjadi perhatian kerana pada suatu hari nanti mereka bakal menggantikan sumber kerja yang ada pada hari ini. Mereka akan mengambil alih semua tugasan terutama dalam pengurusan penulisan surat- menyurat.
Hari ini kita hendak membincangkan kemahiran remaja menulis dengan menggunakan golongan kata dalam medium sosial seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Tik Tok dan lain-lain. Golongan kata yang dipilih untuk dibincangkan hari ini ialah golongan kata nama khas.
Sebagai remaja yang cemerlang, setiap kata-kata atau perkataan yang ditulis menjadi perhatian oleh pembaca lebih-lebih lagi jika anda ialah remaja idola atau remaja contoh.
Oleh itu, ilmu tatabahasa yang betul mesti dikuasai untuk menjadi contoh yang baik dalam semua bidang. Kata nama khas merujuk nama sesuatu benda yang khusus. Kata nama ini terbahagi kepada nama sesuatu benda yang khusus. Kata nama khas terbahagi kepada dua jenis:
Kata nama khas hidup
Kata nama khas tidak hidup
Kata nama khas hidup pula boleh dibahagikan kepada kata nama khas hidup manusia dan bukan manusia.
Kata nama khas
Contoh
Ayat Contoh
Benda
Proton Preve
Kopi Hang Tuah
Bonia
Lux
Proton Preve telah dilancarkan penempahannya setelah selesai pemeriksaan dalam enjin.
Tempat
Seremban
Bukit Katil
Gunung Tahan,
Menara Tun Razak
Mekah
Pandemik Covid-19 telah membuka lembaran baharu untuk ke Mekah pada tahun 2021.
Haiwan
Si Tikus
Sang Rangkak
Sang Belang
Si Comel
Si Jalak.
Si Jalak telah dirawat oleh tuannya sejak pagi semalam kerana badannya terluka semasa sesi pertandingan.
Manusia
Ali
Abu
John Ravi
Perdana Menteri
Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia.
Justeru, para remaja mesti berhati-hati menggunakan kata nama khas. Kata nama khas mesti ditulis dengan tepat walaupun di tengah-tengah ayat. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada remaja dan juga pembaca di luar sana.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Puan Khannita binti Zakariah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Permulaan pungutan pingat oleh pasukan Malaysia di Sukan Paralimpik kali ini nampaknya berhasil daripada arena powerlifting di Tokyo International Forum.
Sebutir emas dan sebutir perak yang berjaya dituai; masing-masing menerusi Bonnie Bunyau Gustin dalam acara lelaki 72 kg dan terbaru pagi tadi menerusi Jong Yee Khie dalam acara lelaki 107kg.
Kejayaan berganda ini adalah ibarat hadiah istimewa sempena Hari Merdeka yang akan kita sambut esok di tanah air. Kedua-dua atlet berkaliber itu dilihat tidak gentar untuk memberikan saingan kepada atlet dari seluruh dunia lain apabila mereka memulakan saingan dengan angkatan yang cukup berat.
Semangat untuk memberikan laungan lantang kepada lawan masing-masing itulah yang ‘berharga’ sebenarnya buat peminat sukan negara. Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai wakil kecil yang tidak mampu beraksi sengit.
Kejayaan Bonnie dan Yee Khie ini juga sebenarnya adalah hasil didikan dan tunjuk ajar jurulatih kebangsaan powerlifting, saudara Jamil Adam.
Jurulatih Jamil Adam (tengah) telah bersama Jong Yee Khie and Bonnie Bunyau sejak Sukan Komanwel 2018 Gold Coast lagi. Sumber Foto : THE STAR
Kata Jamil kepada rakan media di Sinar Harian sejurus kemenangan Bonnie hujung minggu lalu, dia menyifatkan Bonnie, 22 sebagai seorang pencabar yang mempunyai masa depan yang cerah kerana mampu memberikan fokus 100 peratus semasa sesi latihan dan pertandingan.
Sejak mengesan bakat Bonnie pada usia 13 tahun, Jamil berpendapat pencapaian atlet itu pada waktu ini adalah konsisten sejak dia mula mewakili negara pada tahun 2017.
“Kini, dia sudah catat kejayaan besar. Dia dah pegang dua rekod tertingggi sekali, juara dunia dengan rekod dunia, pingat emas Paralimpik dan juga rekod Paralimpik. Oleh itu, kita sasarkan supaya dia sentiasa berada pada prestasi terbaik untuk beraksi di setiap kejohanan pada masa akan datang,” jelasnya.
Dalam pada itu, kami pasti Jamil juga gembira dengan kejayaan Jong Yee Khie yang berjaya menaiki podium sebagai pemenang pingat perak hari ini. Keinginan Jamil agar Yee Khie mendapat suntikan inspirasi daripada Bonnie telah membuahkan hasil di Tokyo.