Anak jati Petaling Jaya, Yeoh Li Tian, 25, mencipta sejarah luar biasa apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya meraih gelaran Grandmaster (GM) dalam sukan catur iaitu satu pencapaian tertinggi yang diiktiraf oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE).
Lebih membanggakan, bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik ini menerima gelaran berprestij itu selepas meraih norma ketiganya dan melepasi penarafan 2500 dalam ranking FIDE susulan kemenangannya di Kejohanan Jemputan Catur GM-IM 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Dengan pengiktirafan tersebut, Li Tian secara rasmi menyertai kelompok elit kurang daripada 2,000 Grandmaster di seluruh dunia, ia satu pencapaian seumur hidup dalam dunia catur yang sememangnya tidak mudah untuk digapai.
Tiada zaman kanak-kanak?
Untuk sampai ke tahap ini, Li Tian akui laluan yang ditempuh bukan biasa-biasa. Bermula seawal usia tiga tahun, dunia catur sudah menjadi sebahagian besar hidupnya.
Ads
“Saya selalu beritahu orang bahawa saya tiada zaman kanak-kanak dan itu mungkin pengorbanan terbesar saya.
“Sejak kecil, termasuk ketika masih di bangku sekolah rendah, rutin harian saya hanyalah pergi ke sekolah, pulang, siapkan kerja rumah dan terus beri tumpuan penuh kepada catur,” katanya.
Ads
Li Tian yang pernah menyambung pengajian dalam bidang Matematik di Imperial College London kini melanjutkan pengajian sarjananya di Universiti Malaya.
Cipta momen bermakna di bumi sendiri
Meskipun pernah hampir menggapai kejayaan ini ketika Sukan SEA 2022 di Hanoi, Li Tian akhirnya berjaya melengkapkan norma terakhirnya di tanah air sendiri dan ia ternyata detik yang cukup bermakna buatnya.
Ads
“Perasaan saya bercampur antara lega dan terharu kerana akhirnya berjaya melengkapkan norma terakhir di tanah air sendiri.
Momen ini amat istimewa dan saya berharap ia mampu menjadi pencetus semangat buat lebih ramai pemain catur tempatan untuk terus melangkah jauh dalam arena ini,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sambutan Hari Belia Negara yang diadakan pada setiap 15 Mei telah menjadi platform penting bagi kerajaan menyatakan penghargaan terhadap sumbangan besar golongan belia dalam memacu pembangunan negara.
Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Facebook, beliau menegaskan bahawa generasi muda kini semakin matang, berilmu, dan memiliki daya fikir yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran yang semakin kompleks.
“Atas kesedaran inilah, Kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia”
Kredit foto: AwaniKredit foto: SUHAKAM
“Ini termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, ekonomi hijau, dan ekonomi digital agar anak muda kita bukan sahaja mampu bersaing, tetapi turut bersedia memimpin perubahan masa hadapan,” katanya menerusi perkongsian tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinannya terhadap potensi belia sebagai pencorak masa depan negara.
“Saya yakin bahawa belia hari ini adalah pencorak masa depan”
Kredit foto: Youth Readers AIESEC in Malaysia
“Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan penuh semangat kerana masa depan negara ini amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kalian,” tulisnya dengan penuh harapan.
Sementara itu, sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini mengangkat tema ‘Yakin Boleh’ telah dipenuhi dengan pelbagai pengisian menarik di seluruh negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di kala Covid-19 melanda dunia, sistem pendidikan antara yang terjejas dengan pergerakan pelajar yang terbatas dan pembelajaran harus dilakukan secara maya. Namun faktor ini bukanlah pematah semangat untuk berjaya.
Baru-baru ini, Nasrin Nadhirah binti Suhaidi yang merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2, Machang, Kelantan telah berjaya mengharumkan nama negara dalam Festival Seni Sekolah Tinggi Antarabangsa 2021 yang berlangsung di Tokyo, Jepun pada 4 hingga 15 Ogos yang lalu.
Menerusi karyanya yang dinamakan “Antara Kimono dan Kebaya”, pelukis berbakat besar ini dianugerahkan pingat emas dan juga sijil merit sekaligus mengalahkan para peserta dari 64 buah negara lain.
Bidang seni sudah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.
Dalam sebuah video yang disiarkan oleh Balai Seni Negara, gadis anggun berhijab ini berkata, “Saya mula melukis sejak kecil lagi. Ayah saya memiliki studio seni dan ibu berkongsi yang ayah selalu membawa saya bersamanya. Bermula dari situ sedikit demi sedikit ayah nampak minat saya dalam bidang tersebut dan dia mula mengajar saya segala-galanya dari mengenal bahan dan bagaimana untuk memiliki pemikiran sebagai seorang anak seni. Ayah berpesan yang kita tak perlu menjadi hebat tetapi rasai pengalaman yang dilalui.”
Walaupun begitu, langkah gadis ini dalam pertandingan bukanlah sentiasa cemerlang. Menurutnya dia memasuki banyak pertandingan ketika di bangku sekolah rendah namun sentiasa gagal. Walaupun begitu dia tidak pernah patah semangat. Dia juga berterima kasih kepada gurunya, Cikgu Anita yang sentiasa percaya dengan bakat yang dimilikinya serta berpesan agar tidak mensia-siakan bakat yang ada.
Lukisan Antara Kimono dan Kebaya ini menceritakan tentang jalinan dua budaya. Menerusi lukisan ini dapat dilihat elemen-elemen menarik Jepun dan Malaysia yang digabungkan dengan cara yang cukup menarik.
“Seni yang saya hasilkan iaitu Antara Kimono dan Kebaya merupakan satu ekspresi yang menyerlahkan perhubungan dua budaya antara Malaysia dan Jepun,” ujarnya mengenai lukisan yang dihasilkan. Untuk pengetahun pembaca, bapa kepada Nasrin Nadhirah merupakan seorang pensyarah kanan dan pelukis yang disegani, Suhaidi Razi. Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Semoga adik Nasrin Nadhirah terus cemerlang dalam bidang seni dan menjadi antara artis seni tersohor negara suatu hari nanti.
Selepas kejayaan pemain boling muda negara, Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh meraih pingat emas dalam Kejohanan Remaja Asia Ke-21 2022, gandingan pemain wanita Anis Hannani Romzi dan Adania Mohd Redzwan pula mencatatkan kemenangan di tempat kedua dalam acara berpasangan wanita.
Pasangan atlet kebangsaan ini memberikan tentangan sengit kepada pasangan dari Singapura, Shirlene Wong Xue Lin dan Lim Shi En sebelum mencatatkan 2,424 jatuhan pin secara keseluruhan. Gandingan Singapura itu berjaya menafikan kemenangan pasangan negara selepas mencatatkan 2,466 jatuhan pin untuk meraih pingat emas.
Pingat gangsa pula diraih oleh pasangan dari Taiwan, Huang Hsin Tsen dan Tsai Zhu Han yang membuat 2,343 jatuhan pin.
Walau bagaimanapun, bagi acara berpasangan lelaki, Airel Amri Suhaimi dan Shaqeem Izwan Teh terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas mencatatkan 2,599 jatuhan pin.
Tahniah diucapkan kepada semua atlet remaja yang menjadi wakil negara di kejohanan boling Asia. Semoga kemenangan dan pingat yang diraih dapat menyuntik lagi semangat untuk mereka berusaha dengan lebih gigih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...