Walaupun sudah tiga tahun, namun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair ini bukan hanya dirasai oleh Bunga Cinta Lestari (BCL) sekeluarga dan teman rapat mereka. Malahan, para peminat mereka berdua baik dari Indonesia mahupun Malaysia masih merasai kehilangan tersebut.
Baru-baru ini, sempena ulang tahun kelahiran ke-43 Allahyarham Ashraf Sinclair. Anak kepada penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Allahyarham Ashraf Sinclair , Noah Aidan, 12, memimpin bacaan Yasin buat bapanya.
Suasana pilu seisi keluarga di pusara dikongsikan BCL menerusi hantaran di laman sosial Instagram. Cukup hanya tiga emoji hati berserta empat keping foto menyatakan kerinduan yang sarat terhadap suaminya.
Menerusi hantaran sebelum itu, BCL mengucapkan selamat hari lahir buat buat hatinya
Ads
“HEY YOU, HAPPY BIRTHDAY ❤️ WE MISS YOU.. AND LOVE YOU, ALWAYS.”
Turut hadir menziarahi ialah ibu bapa Ashraf. Ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman tidak pernah lupa menitipkan doa buat permata hatinya.
“Assalamualaikum. Al-Fatihah untuk Allahyarham Ashraf. Umi dan Daddy berada di sini pada hari lahir Ashraf.
“Noah memimpin bacaan surah Yasin untukmu bersama ahli keluarga di Jakarta. Umi tidak pernah lupa mendoakan agar Ashraf dikurniakan syurga, aamiin. Allahummaghfir lahu warhamhu wa’aafihi wa ‘fu’anhu,” titipnya.
Ads
Dalam pada itu, adik Ashraf, pengacara Aishah Sinclair turut menziarahi pusara sempena ulang tahun kelahiran abangnya.
“Saya berharap dapat menempah penerbangan pulang lebih lewat supaya kami dapat mengikuti bacaan Yasin di pusara.Saya rasa kali ini peluang untuk Umi dan Daddy kerana ia adalah kunjungan pertama mereka sejak Ashraf pergi. Jadi inilah gambar dari perjalanan terakhir kami.
“Jika anda membaca hantaran ini, bacakan al-Fatihah atau doakan untuk abang saya, Ashraf Daniel Mohamed Sinclair pada hari lahirnya,” titip Aishah.
Ads
Untuk info, pemergian mengejut Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 18 Februari 2020 ketika baharu berusia 40 tahun akibat akibat serangan jantung. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Ashraf Sinclair dan semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman. Amin.
Untung BCL dan Arwah dikurniakan anak soleh seperti Noah ini
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun bakal majikan ingin mengambil pekerja yang mahir dan berpengalaman, tapi first impression tu tetap penting. Kalau penampilan resume korang pun tak menarik dan main buat saja, pasti mereka dah tahu korang ni orangnya macam mana.
Jadi, untuk nak senang dan nampak resume lebih berketerampilan serta menyakinkan, korang boleh tiru resume Elon Musk ini.
Resume pengasas bersama Tesla Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk menjadi trend selepas banyak digunakan sebagai rujukan dan panduan pencari kerja di seluruh dunia.
Tapi bagaimana kejayaan demi kejayaan yang beliau berjaya kecapi sehingga tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya dunia ini boleh dimuatkan hanya dalam satu halaman resume sahaja?
Butiran resume yang betul dan lengkap. Yes ini yang paling penting!
Resume 2020 Berbeza Dengan Resume 2016
Ini sebab mengapa resume Elon Musk patut jadi contoh kepada pencari kerja seluruh dunia.
Biarpun hanya satu halaman, resume Elon Musk yang dihasilkan oleh pihak Novoresume dengan konsep less is more ini boleh dijadikan contoh untuk pencari kerja atas beberapa sebab utama antaranya lengkap dengan maklumat yang diperlukan majikan dan mudah untuk dibaca – bentuk infografik.
Mudah kan? Tak perlulah korang nak blur lagi kalau ada yang baru first time nak buat resume. Guna dan ikut sahaja format Elon Musk ni.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak dua menjak ni, ramai pula kaum Adam yang menegur wanita tentang cara mereka memakai hijab. Bukan nak menghentam, tetapi rasanya tak salah kan kalau ada yang turut menasihati.
Sekadar memberi perhatian dan ambil berat, lelaki ini berkongsi pendapat agar semua wanita lebih mengutamakan pandangan Allah dan bukannya ingin nampak cantik di mata manusia semata-mata.
Jom kita baca luahan hati Muhammad Shafri di laman facebooknya.
Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung bawal, tudung shawl atau apa sahaja jenis tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.
Gambar hiasan
Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain. Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.
Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya ‘bentuk aurat’ kepada bukan mahram.
Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, “Tepuk dada tanyalah selera”.
Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian. Wahai perempuan,
Kalian nak nampak cantik pada pandangan manusia atau nak nampak cantik pada pandangan Maha Pencipta? Nak raih pandangan manusia atau nak raih pandangan Allah? Bernilai sangat ke pujian manusia yang belum tentu ikhlas pada mata kamu itu?
Berhentilah dambakan perhatian dan pujian daripada manusia. Lagi-lagi daripada seorang lelaki. Kerana hidup ini yang kita mahu adalah redha Allah, bukannya perhatian dan pujian manusia.
Sedarlah bahawa kalian adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dan di dunia ini wanita solehah tidak pernah lenyap kerana wanita solehah itu adalah kalian yang tinggi cintanya kepada Allah dan Rasulullah.
Jika tulisan saya tentang nikah, jodoh boleh viral. Saya berharap tulisan ini juga boleh viral. Silalah kongsikan tulisan ini kepada semua. Tag adik-beradik dan kawan-kawan. Semoga Allah hadirkan keikhlasan dalam kita mentaati perintah-Nya.
#TheMuhammadShafri
Instagram.com/themuhammadshafri
Gambar Sekadar Hiasan
Credit Pictures : Tun
Ada betulnya juga apa yang dikongsi oleh brother ni. Tak salahkan sebagai seorang umat Islam, kita saling ingat mengingatkan? Semoga kita semua kekal istiqamah. InsyaAllah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasti ramai yang sudah tidak sabar menantikan filem terbaharu arahan Michael Bay, Ambulance yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air tidak lama lagi.
Dibintangi oleh Jake Gyllenhaal, Yahya Abdul-Mateen II, Eiza González, Garret Dillahunt dan A Martinez, filem ini menceritakan tentang dua bersaudara yang merompak bank akhirnya berlaku kejadian kacau-bilau apabila rancangan melarikan diri mereka menyebabkan mereka tanpa sengaja merampas sebuah ambulan.
Sumber: United International Pictures
Will dan Danny harus melarikan diri daripada penguatkuasaan undang-undang yang melakukan pencarian besar-besaran di seluruh bandar. Mereka perlu memastikan tebusan mereka hidup dan cuba untuk tidak membunuh satu sama lain.
Ambulance bakal menemui penonton bermula 24 Mac 2022 di seluruh pawagam tanah air dan berita baik buat pencinta filem, kami ingin berikan korang peluang untuk menonton filem ini terlebih dahulu menerusi tayangan perdana yang akan dianjurkan.
Sumber: United International Pictures
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Kami akan memberikan dua tiket kepada pemenang bertuah untuk menonton tayangan perdana Ambulance dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 22 Mac 2022 Masa: 8.30 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!