
Tindakan pelakon Sharifah Sakinah memuat naik video pendek di Instagram Story bersama seekor anak anjing telah mendapat perhatian warganet, semalam.
Terbaharu, Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf Hanya Diberi Masa 3 Minggu Untuk ‘Bisa Ngobrol’ Bahasa Indonesia

Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya. Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.
“Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka. Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam InstaStory miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen yang menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.
Lebih mengejutkan, adik kepada pelakon dan juga penyampai radio, Sharifah Shahirah itu kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan itu.
SUMBER FOTO: Instagram Sharifah Sakinah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik 2017

Selain wallet, apakah benda paling penting bagi seorang remaja yang wajib dibawa ke mana saja (hatta ke dalam bilik air)? Sudah tentunya telefon pintar yang semakin hari menjadi salah satu life essentials identiti cukup penting. Nowadays, everything is evolving around smartphonne.
Dan bila tiba tahun baru mungkin ramai ada antara kamu yang ingin memiliki telefon pintar baru yang mampu milik, sesuai dengan kewangan kamu sebagai seorang remaja. Kali ini Remaja ingin kongsikan 7 telefon pintar terbaik pada harga lelbih kurang RM1200 terbaik dikeluarkan pada tahun ini.
Ingat ya, tak semua orang mampu berbelanja sehingga RM4,000 ringgit untuk sebuah telefon pintar. Carilah telefon pintar yang mempunyai spesifikasi sesuai dengn keperluan kamu. Kalau setakat telefon pintar dengan kamera berkualiti dan 90% penggunaan kamu tertumpu kepada media sosial, lebih baik cari yang mampu milik.
ZTE Axon Mini

Bila padankan hardware dan harga yang berpatutan, inilah telefon pintar yang kamu harus berikan perhatian. ZTE Axon Mini yang merupakan siri upgrade daripada Axon 7, mempunyai skrin 5 inci (display 1920 x 1080 pixels), pemproses 1.5GHz Snapdragon 617 dan 3GB RAM. Ia juga dilengkapi teknologi fingerprint sensor dan kamera 16 megapiksel!
Honor 5X

Honor merupakan sebuah anak syarikat di bawah syarikatn utamanya, Huawei yang kini menjadi antara ‘pemian’ utama dalam dunia telekomunikasi serta telefon pintar. Honor 5X mempunyai kemasan luaran aloi alumminium yang memberikan imej elegan. Features paling menariknya ialah kemampuannya menetapkan finger sensor berbeza untuk setiap apps. Awesome!
Nokia 6

Wujud lagi ya jenama Nokia? Mungkin itu yang bermain di minda kamu. Dilengkapi dengan pautan 4G LTE, kamera 16 megapiksel dan paparan 5.5 inci full HD, ini antara telefon pintar best for value terdapat di pasaran. Skrinnya mempunyai paparan full HD yang turut disokong dengan siatem audio dual Dolby Atmos.
OPPO F5

Ini merupakan antara jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna terutamanya di kalangan remaja. Dengan harga yang berpatutan dan ketahanan yang dimilikinya maka tidak hairanlah ia kini menjadi antara jenama telefon pintar top 5 di Malaysia. OPPO F5 dikuasakan pemproses Octa-core CPU dengan 4GB RAM. Ia juga mempunyai storan dalaman 32GB dan slot microSD sehingga 256GB. Salah satu yang terbaik dalam kelasnya!
Samsung Galaxy J7 Plus

Lupakan sebentar telefon flagship Samsung seperti Galaxy S8 dan Note 8. Terus terang kami katakan, kedua-duanya adalah untuk penggunaan maksima bukanlah konvensional seperti kamu. Untuk seorang remaja kamu hanya mahukan telefon yang pantas dan stabil. Dan Samsung Galaxy J7 boleh memberikan kepuasan itu. Dengan kamera hadapan dan belakanag 13 megapiksel (f/1.7, autofocus) ia juga sesuai untuk kaki selfie!
Huawei Nova 2i

Bila sebut telefon ini Remaja pasti teringat dengan kejelitaan Hannah Delisha yang menjadi duta kepada Huawei Nova 2i. Comel gila kut! Jadi apa yang menarik dengan telefon yang dikatakan mampu mengabadikan foto pada waktu malam dengan baik ini? Dengan paparan skrin 5.9 inci Full View display ia memberikan navigasi lancar buat pengguna. Ia juga mempunyai 4 kamera! Ya, 4 kamera (2 di hadapan dan 2 di belakang).
Lenovo ZUK Edge

Mahukan kesederhanaan tapi boleh diharapkan untuk jangka masa panjang? Lenovo ZUK Edge merupakan salah satu pilihan yang boleh kamu pertimbangkan. Dengan 4GB RAM, ia mempunyai dua storan pilihan sama ada 32GB atau 64GB. Dengan paparan skrin yang cukup besar iaitu 5.5 inci ia sudah memadai untuk penggunaan harian kamu. Ia juga dilengkapi 13MP kamera belakang dengan sistem operasi Android Marsmallow.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Destinasi Menu Sihat bersama Zomato!

Jika dahulu topik makanan sihat dipandang serong dek kerana kurangnya pendedahan dan seleksi menu yang mampu memancing perhatian. Kini, generasi remaja semakin giat mengatakan ya kepada gaya hidup berkhasiat malahan bisa membuatkan ramai terliur. REMAJA bersama zomato.com himpunkan lima kafe sihat yang wajib kamu cuba bulan ini.
1. Raisin’ The Roof Bukit Damasara
Menyediakan hidangan berasaskan sayuran dengan cara masakan Barat membuatkan sesiapa sahaja sanggup bertukar arah menjadi vegetarian! Antara menu wajib cuba adalah psitachio falafel wrap yang menggabungkan sayuran bersama mint yogurt di dalam roti tortilla. Jangan lupakan juga kek gluten-free chocolate lava yang merupakan antara best seller.
2. The Raw Power House Desa Sri Hartamas
Latar belakang pemilik yang mempunyai darah Jepun dan menetap di San Francisco memungkinkan percampuran cita rasa menu yang cukup unik di sini. Mulakan eksplorasi rasa dengan menu roti yang lengkap dengan topping pelbagai seperti salmon salai. Jangan lupa juga menu salad istimewa berkonsepkan mix and match! (seperti di dalam foto).
3. HALE Menara Hap Seng Kuala Lumpur
Tidak dapat melepaskan gian terhadap fast food? Perbaiki kandungan menu anda di HALE yang menawarkan seleksi makanan ringan dengan kualiti yang jauh lebih sihat. Paling mencuri tumpuan adalah mixed red rice with green curry chicken & pineapple salsa. Terliur bukan hanya pada nama saja? Paling penting, harganya makanan di sini cukup berpatutan.
4. Chai Bar Oasis Ara Damansara
Jika ramai yang mengatakan tidak kepada menu salad buat pengalas perut, pasti kamu tidak boleh katakan tidak kepada seleksi salad segar di Chai Bar. Dengan jumlah 75 jenis bahan dan 15 jenis sos dressing sudah memadai untuk menaikkan selera. Kamu wajib untuk mencuba menu fusion seperti salad ‘California Girls’ ala Jepun dan versi ‘Bibimbap’ mereka.
5. Epic Fit Meals Co Damansara Perdana
Khas buat yang tidak berkesempatan untuk keluar, Epic Fit Meals ada menawarkan khidmat delivery sepantas 30 hingga 45 minit. Makanan sihat tidak pernah terasa semudah ini. Terdapat beberapa pilihan menu yang diilhamkan dari lokasi antarabangsa seperti Hercules (Greece), Tex Mex (Mexico, duh) dan banyak lagi. Sos yang dicipta seperti barbeku, apple salsa dan tzatziki juga cukup unik.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kalau Ada Bakat, Rupa Paras Akan Jadi Nombor Dua,” Marc Sadique Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Bersama Pelakon ‘A-List’!

Pelakon baru dan personaliti media, Marc Sadique sebelum ini pernah berkongsi kisah bahawa dia pernah menolak tawaran untuk bergelar seorang pelakon di Malaysia dan beranggapan drama tempatan mempunyai jalan cerita yang terlalu sama dan membosankan.
“Sebenarnya semasa pengikut saya meminta saya untuk jadi pelakon saya tolak. Saya tak nak jadi pelakon di Malaysia. Saya menolak kerana kebanyakkan jalan cerita hampir sama malah ada juga pelakon yang kayu”
“Akan tetapi kadang perkara yang kita tak nak itulah yang dapat”, jelasnya lagi.

Marc atau Syed Umar Sadique Syed Ab Rahman (27) berkata kepada media mStar, di awal kerjayanya sebagai pelakon, bakatnya mula terlihat ketika dia sedang melakukan siaran langsung di aplikasi Tiktok dan pada ketika itu dua penerbit terkenal Malaysia telah menghubunginya.
Walau bagaimanapun, Marc mengaku bahawa wajah kacaknya yang menjadi tarikan utama penerbit sebelum diminta menghadiri uji bakat.
“Mereka awalnya bercakap mengenai rupa saya yang sesuai jadi pelakon tapi bila bertemu mereka cakap saya boleh berlakon”
“Tapi apabila saya mampu bawa sesuatu watak dengan baik, saya rasa rupa itu nombor dua”
@marc.sadique Jangan lupa tgk saya sebagai Corrie dalam drama tiktok ‘Jangan Tinggal Abang, Dek’. Di tiktok @Karyatvofficial #JTAD ♬ bunyi asal – juruhantar – جوروهانتر
Dalam pada itu, pelakon yang baru meningkat naik itu mengakui bahawa drama pertama lakonannya berjudul Jangan Tinggal Abang Dek arahan Erma Fatimah telah menemukan dirinya dengan pelakon hebat lain seperti Adi Putra, Nabila Huda, Elly Mazlein, Adira dan ramai lagi.
Dia juga bersyukur kerana melalui drama tersebut, Marc menerima pengalaman dan nasihat yang membantu membuatkan dia lebih bersemangat meneruskan karier seni walaupun awalnya dia gemuruh digandingkan bersama pelakon lain.
Selain itu, Marc Sadique juga sempat berkongsi beberapa fakta mengenai dirinya seperti mahir bertutur tujuh (7) bahasa seperti Jepun, Perancis, dan bahasa Arab, fasih bercakap dalam dialek Sabah, Sarawak, Kelantan, boleh menghasilkan seni kaligrafi dan rupanya Marc tidak boleh makan coklat kerana badannya akan kemerah-merahan!
Alamak kesian betul ya Marc tak boleh makan coklat~ Dah lah sedap!
Sumber: mStar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

