
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, mendedahkan hasratnya untuk menceburi bidang lakonan sekiranya diberi peluang.
Menurut Ammar, dia lebih tertarik dengan genre filem aksi gangster berbanding komedi kerana mahu menampilkan sisi macho di layar perak.
Selain itu, Ammar turut berkongsi hasrat untuk menyimpan jambang seperti Sharnaaz, namun keinginannya itu tidak dipersetujui ibunya.
“Saya harap saya boleh simpan jambang, tetapi mak saya tak suka sangat,” ujarnya.
Ditanya mengenai bakat dalam bidang perniagaan seperti bapanya, Ammar secara jujur mengakui dirinya tidak begitu cenderung ke arah itu.
“Saya memang tak pandai bercakap tapi yang peliknya orang suruh jadi pengacara. Saya tak pandai menyanyi, orang suruh saya menyanyi.
“Saya tak pandai masak, orang suruh saya jadi cef. Sebenarnya saya nak jadi ahli perniagaan dan pemimpin yang boleh membawa masyarakat ke depan,
” tambahnya.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.