Hiburan

“14 September 2025 Adalah Tarikh Yang Sangat Bermakna Buat Saya…” -Amira Othman

Share

Beberapa hari selepas selamat diijabkabulkan dengan aktor popular, Fattah Amin, penyanyi Amira Othman berkongsi luahan hatinya di Instagram yang sarat dengan rasa syukur atas perjalanan hidup yang sudah tertulis buat dirinya.

“Alhamdulillah, 14 September 2025 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya. Telah Allah tulis tentang jodoh, ajal maut dan semua urusan hidup kita.

“Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza, ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya,” tulis Amira yang kini berusia 32 tahun.

Dalam perkongsiannya, Amira turut percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup pasti hadir dengan sebab dan hikmah tersendiri.

“Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.

“Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik dan akan jadi pada waktu yang paling baik.

“Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami, semoga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua,” katanya lagi.

Untuk info, pasangan selebriti ini telah disatukan dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Sepang, Selangor pada malam Ahad lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath