Pelakon dan pengacara jelita, Amelia Henderson tampil mengulas hubungannya yang didakwa putus ditengah jalan bersama aktor Aedy Asyraf.
Menurut Amelia, alasan sebenar disebalik pengakhiran hubungan cintanya bersama Aedy hanya diketahui oleh rakan-rakan terdekat kerana mahu menjaga privasi kehidupannya.
“Saya rasa mungkin saya tak boleh jawab soalan ini sebab ia terlalu private. Tapi saya faham sebab saya dah umumkan hubungan saya dengan Aedy kepada semua orang jadi mesti orang nak tahu kenapa.
“Bagi saya, janji orang sekeliling saya tahu kebenaran apa yang berlaku itu sudah cukup untuk saya. Sebab saya okey dengan jadikan relationship saya public dan bagi semua orang nampak pasal kisah percintaan saya.
“Sebab saya fikir hubungan ini akan kekal sehingga hujung hayat saya, tapi saya salah. Tapi tak apa sebab saya tak boleh buat apa-apa pun,” katanya.
Ads
Sementara itu apabila disoal mengenai kebarangkalian hubungan cintanya bersama Aedy berputik kembali seperti sebelum ini, Amelia menegaskan bahawa dia tidak akan kembali semula bersama.
Dalam pada itu, Amelia turut berkongsi pengajaran yang dipelajari sepanjang hubungannya bersama pelakon Project Anchor SPM itu.
“Pengajaran saya belajar dalam relationship ini macam mana kita sayang seseorang atau nak membantu seseorang dalam hidup dia kadang-kadang kita perlu lepaskan supaya seseorang tersebut boleh growth in the healthy way walaupun kita tak bersama.
“Mungkin saya akan lebih berhati-hati untuk masa yang akan datang, saya ingat saya dah cukup berhati-hati dah selama ini. Tapi semestinya dalam kehidupan ini untuk saya pun mesti akan ada cara untuk kita improve diri sendiri.
“Kalau boleh saya nak elak topik fasal ini dah sebab saya nak move on. Jadi, kami cuma nak move on dan be happy now,” ujarnya panjang.
Imbas semula pada Mac tahun lalu, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, pada akhir Julai 2023, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.
Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.
Terdahulu, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam naskhah berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Ramai yang telah menjadi mangsa scam, tidak kiralah daripada peniaga online mahu pun dari individu yang tidak bertanggungjawab. Apa yang kami nak ingatkan, sekarang ni pun banyak kes job seeker yang ditipu oleh company scam. Bukan saja ditipu daripada segi tawaran kerja, malah ada juga yang melibatkan kewangan.
Seram kan?
Oleh sebab itu sebelum korang nak terima mana-mana tawaran bekerja, semak terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut.
Silap-silap diri sendiri yang rugi nanti.
Nah, sebelum korang tertipu, jom kita rujuk tanda-tanda sama ada company tu scam atau tak seperti yang telah dikongsi oleh maukerja.my ini.
1. Kena bayaran semasa cari kerja
“Nak cari kerja ke? Dah beli borang permohanan kerja? Satu borang RM20 je. Lagi banyak korang beli, lagi tinggi peluang untuk korang dapat kerja tau”
“Sebelum kita mulakan interview ni, awak kena bayar RM30 untuk proses interview ni ya”
Ya, jangan terkejut sekiranya korang berhadapan dengan situasi seperti ini. Semua benda pun nak minta bayaran, memang sah syarikat tu nak kenakan korang je.
2. Permintaan pelik dan mencurigakan
Selain daripada meminta wang, ada juga company scam yang suka minta maklumat yang sama sekali tidak masuk akal. Contohnya, korang diminta untuk memberi gambar yang agak kurang sopan. Sah-sah la mengarutkan!
3. Tempat dan masa interview yang mencurigakan
Biasanya, waktu interview mestilah diaturkan ketika waktu kerja. Tapi, kalau ada yang suruh datang pada waktu malam, memang nampak sangat ada yang tak kena. Jangan cepat percaya okay?
Walaupun sekarang ni susah nak dapat kerja, tapi janganlah sampai korang menerima saja segala tawaran yang datang tanpa mengambil kira sama ada syarikat tersebut scam atau tidak.
Kalau rasa ragu dengan tawaran mereka, selidik dahulu latarbelakang syarikat tersebut atau minta pandangan daripada rakan-rakan lain.
Apa-apa pun kami ingin ucapkan all the best untuk korang yang mungkin sedang mencari kerja!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Beberapa bantahan yang dijalankan oleh rakyat Malaysia di hadapan bangunan kedutaan beberapa buah lokasi sedikit sebanyak membuatkan suara mereka didengari terutamanya di media sosial.
Hari ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Mohd Hashim Abdullah berkata kepada rakan media di Malay Mail bahawa pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut.
“Selepas memperoleh beberapa aduan, SPR mengambilnya sebagai isu serius dan akan menyiasat,” kata beliau sambil menambah tidak semua rakyat di negara luar menghadapi isu tersebut.
Mengikut aduan yang diterima, antara negara terkesan termasuklah Australia, Itali, Perancis dan United Kingdom.
Bagaimanapun, mengikut rakan kami di sana, sekiranya ia diterima sekalipun, kertas undi pos itu tiba hanya SEHARI sebelum proses pengundian dijalankan di Malaysia.
Itu bermaksud, rakyat Malaysia terutamanya pelajar di luar negara terpaksa meminta bantuan ‘last minute’ kepada mana-mana rakyat Malaysia yang pulang ke negara semalam ataupun awal hari ini.
* * * * *
REMAJA melihat pengundi muda pada kali ini betul-betul ingin melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.
Pengundi dari luar negara.
Pengundi di dalam Malaysia
Tidak kiralah di kalangan rakyat di luar negara mahupun di dalam Malaysia sendiri, kami semua inginkan proses Pilihan Raya Umum yang telus dan lancar!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya, tak perlu lagi kami perkenalkan apa itu sushi.
Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia.
Penulis mengenali ramai yang menyukai sushi sehinggakan ada yang akan mengambilnya pada setiap hari.
Namun, kajian terbaru yang dikeluarkan dari sebuah hospital di California mungkin akan membuatkan korang ingin mengurangkan pengambilannya selepas ini. Sushi asasnya diperbuat daripada bahan mentah segar dan itulah yang memikat selera penggemar sushi. Selain enak, ia juga dianggap sebagai makanan yang sihat.
Ini kerana ia mengandungi kebanyakan zat yang diperlukan oleh tubuh seperti protein, vitamin dan mineral. Walaubagaimanapun, disebabkan kesegaran tersebutlah, beberapa kes yang dinamakan sebagai anisakiasis semakin menular.
Anisakiasis adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada cacing yang ada di dalam ikan dan boleh mengakibatkan rasa sakit, muntah dan cirit-birit.
Kes Anisakiasis akibat kewujudan cacing di dalam perut.
Ikan mentah berpotensi membiakkan cacing pita atau parasit di dalam badangnya. Selain itu, sushi juga berpotensi mengandui bakteria pathogen yang boleh menyebabkan jangkitan pada usus.
Tambahan pula, semakin hari, habitat untuk ikan dan haiwan marin semakin tercemar. Merkuri, gas dan bermacam-macam lagi bahan toksik terdedah kepada haiwan marin. Lantas, apabila ia diambil tanpa dimasak, tanpa ragu-ragu lagi kita boleh menghadapi keracunan.
Merkuri contohnya akan mendatangkan masalah kepada ingatan, lemah otot dan lebih teruk, ketumbuhan sekiranya ia diambil secara konsisten di dalam tubuh.
Hhm, banyak juga kelemahan pengambilan sushi.
Bukanlah maknanya korang perlu berhenti terus daripada mengambilnya. Namun, lebih baik kita kurangkan pengambilan sushi untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Seperkara lagi, pastikan korang betul-betul memilih tempat makan sushi yang bersih dan boleh dipercayai. Usah disebabkan sesebuah tempat menjual sushi pada harga yang murah, korang terus ke sana tanpa usul periksa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!