Perjalanan yang penuh ujian, peluh dan air mata akhirnya membuahkan hasil apabila pelakon Amar Baharin dan sahabatnya, penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu tempatan) khamis..
Bukan dengan menaiki kapal terbang, tapi dengan berbasikal merentasi pelbagai negara!
Yes, you read that right – BERBASIKAL.
Misi Penuh Cabaran
Misi penuh cabaran yang menyaksikan mereka berkayuh dari pekan terakhir di Al Henakiyah sejauh 115 kilometer itu menjadi detik penuh emosi dan kesyukuran buat kedua-duanya.
Qobin meluahkan rasa syukur kepada Allah atas kejayaan mereka mengharungi perjalanan yang sebahagian besarnya menggunakan basikal, selain kenderaan darat dan udara.
Ads
Amar pula menyifatkan pengembaraan itu sebagai perjalanan ‘epik’ buat dirinya yang amat mencabar mental serta fizikal termasuklah terpaksa mengharungi cuaca panas dengan suhu mencecah 50 darjah Celsius.
“Perasaan saya amat terharu, tergamam dan tak sangka boleh sampai ke Madinah dengan mengembara melalui jalan darat menggunakan basikal sebagai kenderaan utama. Kami berdua tak sabar untuk ke Masjid Nabawi untuk ziarah Makam Rasulullah,” katanya
Impian Luar Biasa
Menurutnya, pengembaraan itu bukan untuk mencipta nama atau rekod peribadi, sebaliknya memenuhi impian yang telah lama terpendam untuk menjejakkan kaki ke bumi Madinah dengan cara luar biasa. Amar pula mengakui terharu dan tergamam dengan pencapaian tersebut yang disifatkannya sebagai pengalaman luar biasa.
Ads
Untuk tambahan, Perjalanan mereka yang bermula dari Padang Besar, Perlis pada 27 April lalu dengan pelepasan istimewa oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah merentasi Thailand, Iran, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi, mengambil masa keseluruhan selama 33 hari.
Bukan semua orang mampu buat apa yang Amar & Qobin buat. Tapi semua orang boleh ambil semangat mereka sebagai inspirasi. Kalau mereka boleh redah gurun dan panas terik demi sampai ke rumah Nabi, kita pun boleh redah dugaan hidup demi jadi insan yang lebih baik.
'Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia'. Inilah buku yang baru dilancarkan oleh penulisnya, Kean Wong.
Memaparkan wajah kanak-kanak pada lambang bulan dan bintang, wajah wanita di hadapan selain harimau yang memijak buaya, gambar hadapan kulit buku ini didakwa menyamai lambang jata negara (simbol kedaulatan negara) yang digunakan pakai di passport Malaysia sebagai bukti kewarganegaraan individu memegangnya.
Buat anak muda, dalam erti kata mudah, jata negara adalah lambang kedaulatan dan satu negara merdeka.
Sebaik buku ini dilancarkan oleh penulisnya, wujud respon mempersoalkan mengenai maksud di sebalik buku ini dilancarkan.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta KDN menyiasat penulis, penyunting dan penerbit buku terbabit jika wujud motif biadab serta menghina lambang rasmi negara (sumber Berita Harian).
Bukan hanya Dr Asyraf Wajdi, tetapi bantahan turut disuarakan oleh Pemuda Negara Wilayah Persekutuan Adi Ikmal Isa yang meminta Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas penulis dan penerbit buku “Rebirth” yang mengubah suai Jata Negara pada muka hadapan buku berkenaan (sumber MalaysiaGazatte).
Hal yang sama disuarakan oleh Dr Ahmad Sanusi yang mengulas isu ini di laman fbnya yang bertanya adakah ini penghinaan pada jata negara?
Asyraf Wajdi berkata, imej dipaparkan pada buku itu menggambarkan ada pihak tidak peduli dengan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) (Pindaan) 2016.
"Nampaknya akta yang baru dipinda dengan meningkatkan hukuman 20 kali ganda belum cukup menggerunkan sesetengah pihak sehingga sanggup secara terbuka membuat penghinaan terhadap lambang rasmi negara, melalui penerbitan buku sebegini," katanya.
Ini hukuman menanti kalau hina Jata Negara
Akta itu memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan penggunaan lambang negara termasuk jata negara secara tidak wajar.
Bacalah perkongsian dari Dr Ahmad Sanusi mengenai buku ini.
Penghinaan Pada Jata Negara?
=========
1. Kalau dahulu timbul isu Jalur Gemilang dikibarkan terbalik, hari ini timbul pula aduan yang mengadu tentang isu Jata Negara seakan dipermainkan. Dalam sebuah buku yang disunting oleh Kean Wong, muka hadapan buku tersebut seakan mempamerkan Jata Negara yang telah diubah.
2. Gambar yang mirip Jata Negara itu menyelitkan watak seorang kanak-kanak yang berbogel pada bulan dan bintang. Pada hakikatnya, menurut Jabatan Penerangan Negara, bulan dan bintang pada Jata Negara ini adalah simbolik kepada Agama Islam. Malaysia mengangkat Agama Islam sebagai Agama Persekutuan buat negara ini.
3. Gambar tersebut turut mengubah Cogan Negara yang dinukilkan dalam Bahasa Melayu dan Jawi. Ruang Cogan telah diubah menjadi gambar buaya merah. Begitu juga gambar harimau disisinya dipamerkan dengan penampilan yang berbeza.
4. Biarpun kita tidak memahami tujuan sebenar pelukis atau penulis atau penerbit yang memaparkan gambar mirip Jata Negara ini pada buku ini, namun kita mestilah mendidik rakyat agar menghormati simbol rasmi negara.
5. Jata Negara merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Dalam peruntukan undang-undang turut menyebutkan tentang larangan menggunakan Lambang Negara dengan kaedah yang tidak wajar dalam Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
6. Sekiranya pelukis atau penulis atau penerbit memang berniat untuk menghina Jata Negara, maka kumpulan seperti ini seharusnya boleh dikenakan tindakan. Mereka bukan sahaja menghina Jata Negara, bahkan mengubah simbol Agama Islam yang dipaterikan dalam lambang rasmi negara ini.
7. Ingatkan kepada warga Muslim bahawa Rasulullah memilih sahabat yang hebat yang berperanan menjaga lambang rasmi Islam. Mereka yang memegang bendera rasmi adalah mereka yang bukan calang-calang. Bendera Islam ketika dalam Badar di pegang oleh Mus’ab ibn Umayr sehinggalah beliau syahid dalam perang Uhud.
8. Malah begitu pentingnya simbol rasmi ini, Rasulullah menamakan nama-nama tertentu yang mempunyai kedudukan di sisi Rasulullah untuk mendaulatkan perjuangan dan bendera Islam. Perkara ini boleh diperhatikan dalam Perang Mu’tah dimana Rasulullah telah menamakan Zaid ibn Haritha, dan Ja’far Abu Talib dan Abdullah ibn Rawahah yang mana kesemua mereka bukan calang manusia. 9. Masyarakat mestilah dididik menghormati lambang rasmi Negara. Ia sebagai langkah membina kesetiaan dan penghormatan buat tanah air tercinta. Janganlah bersikap seperti segelintir kita yang merendahkan simbol negara, mengibarkan jalur gemilang secara terbalik bahkan merendahkan tulisan jawi yang menjadi identiti negara.
10. Kumpulan yang menghina lambang rasmi negara tidak layak dianggap sebagai warganegara. Mereka tidak menghormati perjuangan dan usaha datuk nenek dahulu dalam mendapatkan kedaulatan negara ini.
Di sebalik kesulitan dihadapi ramai pihak berikutan Perintah Sekatan Pergerakan bagi mengelak penularan wabak COVID-19, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan berita gembira buat rakyat Selangor.
Dalam satu sidang akhbar, Menteri Besar mengumumkan beberapa manfaat bagi membantu rakyat negeri Selangor khususnya.
Baca seperti dikongsikan oleh beliau sebentar tadi.
Saya telah umumkan Pakej Selangor Prihatin #COVID_19 sebanyak RM127.78 juta bagi meringankan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat.
RM200 akan diberi kepada 6,000 petugas kesihatan di kesemua hospital di Selangor.
80,000 Penjaja dan Peniaga berlesen akan menerima bantuan RM500 serta pengecualian sewa premis PBT selama sebulan.
Mahasiswa/ siswi Selangor yang mengaji di Sabah & Sarawak akan diberi RM200 bagi kelangsungan hidup.
Pembayaran Penyewa Skim Smart Sewa akan ditangguhkan selama 3 bulan.
Bayaran ansuran oleh 40,000 Peminjam HIJRAH akan ditangguhkan serta-merta selama 3 bulan.
Had peruntukkan ADUN bagi Program Mesra Rakyat dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM30,000.
Pembayaran cukai petak dan cukai tanah dilanjutkan tempohnya ke 30 Jun 2020.
Pelajar di UNISEL, KUIS dan INPENS akan menerima bantuan bekalan makanan percuma
Saya berharap Pakej Selangor Prihatin ini dapat meringankan beban kehidupan yang dihadapi oleh setiap rakyat Selangor kerana wabak #COVID_19.
Namun, saya juga mengajak semua untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan belajar dari rumah, bekerja dari rumah, beribadah di rumah serta menjaga kesihatan kita masing-masing.
Inilah balasan apabila para pelajar tidak menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh insan bernama guru selama ini.
Dua orang calon SPM yang memakai baju sekolah dengan tulisan berbaur carutan kepada guru sekolah mereka telahpun didakwa di Mahkamah Majistreet Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Biarpun masing-masing baru saja berusia 17 tahun, namun kesalahan memakai pakaian yang tertulis perkataan menghina dan berbaur lucah telah mengundang rasa tidak puas hati daripada warganet setelah foto mereka berdua tersebar di media sosial, sejak minggu lalu.
Dalam dakwaan tersebut, mereka dikatakan telah melakukan kesalahan itu di Kota Bharu pada 3 Mac lepas, dipercayai sesudah masing-masing menamatkan kertas peperiksan terakhir SPM.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM100 seorang berserta seorang penjamin.
Mereka bagaimanapun belum terlepas apabila kes bakal disebut semula pada 22 Jun hadapan bagi menunggu laporan akhlak tertuduh siap.
Dua orang remaja itu juga turut dikenakan lima saman termasuklah di atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.
Haihh, daripada seronok menamatkan zaman sekolah, lain pula ceritanya apabila seseorang itu tidak mempunyai adab dan rasa hormat terhadap orang yang telah berjasa kepadanya.