Amaran Banjir Datang Lagi, Fenomena Air Pasang Besar Di Seluruh Negara Hingga Ahad

Share

Sejak dua menjak ini, ramai yang risau apabila hujan lebat turun membasahi bumi. Ada yang tidak dapat tidur lena mengenangkan banjir sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN : AWAS! Lebih 10 Juta Rakyat Malaysia Bakal Terkesan Dengan Banjir Kali Ini

Terbaharu, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan akan berlakunya air pasang besar bermula 8 hingga 11 Disember ini.

Menerusi hantaran di Facebook, pihak PHN memaklumkan keadaan tersebut boleh menyebabkan berlakunya limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

Sumber : Facebook National Hydrographic Centre

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.

“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” jelasnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung paras air pasang surut orang ramai boleh melayari ke laman sesawang PHN.

TIP BANJIR

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan kendiri seperti yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia sebelum ini:

1. Gunakan pelindung seperti kasut keselamatan

2. Minum air yang dimasak untuk elak penyakit bawaan air/makanan (kolera, tifoid, hepatitis A)

3. Lindungi makanan dari lalat. Pusat Pemindahan Sementara perlu bersih dari lalat dan juga serangga lain seperti nyamuk, lipas

4. Jika bekalan elektrik terputus, pastikan makanan dimasak tidak rosak. Elakkan makan makanan tercemar daripada banjir, suhu bilik melebihi 4 jam

5. Awas risiko renjatan elektrik. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada banjir

6. Amalkan kebersihan persekitaran

7. Jangan merokok/vape di Pusat Pemindahan Sementara kerana ramai anak kecil dan ibu mengandung

8. Toleransi/saling bantu-membantu, hormat menghormati

9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk, demam, selesema, cirit-birit, mudah dan sebagainya

10. Pastikan bekalan ubat mencukupi

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.

Stay safe guys!

BACA : Banjir Kilat Landa Lembah Klang, Tip Elak Baiki Kereta Dengan Kos Tinggi Jika ‘Air Naik’

Sumber : Facebook National Hydrographic Centre, Public Health Malaysia


IKLAN