Berita

Amad Mara Ke Final TTMM , Siti Nurhaliza Titip Pesanan Buat Anak Saudara

Share

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sempat menitipkan kata-kata semangat buat anak saudaranya, Ahmad Daiyan atau mesra dipanggil Amad, selepas berjaya melangkah ke pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad lalu.

Menurut Siti, nyanyian Amad sudah cukup baik namun beliau mengingatkan bahawa aspek

persembahan pentas juga menjadi elemen penting dalam menambat hati penonton serta juri.


“Walaupun nyanyian Amad bagus, persembahan pentas adalah antara tarikan untuk setiap persembahan yang hebat.

Kena usaha lebih lagi untuk final (minggu akhir). Terima kasih semua juri yang menegur dan guru yang mengajar,” katanya menerusi hantaran di Instastory.

Dalam masa sama, biduanita negara itu turut mengucapkan tahniah buat Amad selain menasihati agar anak saudaranya itu terus belajar daripada kesilapan dan tidak cepat berpuas hati dengan kejayaan yang diperoleh.

“Alhamdulillah tahniah Amad, belajar daripada kesilapan dan jangan terlalu selesa,” pesannya.


Untuk info, persembahan Amad menerusi lagu
Apokalips telah berjaya meraih tempat kedua minggu lalu sekaligus melayakkan dirinya ke pusingan akhir TTMM.

Di final nanti, Amad bakal berentap bersama lima lagi peserta hebat iaitu

Thalita, Auddra, Marsya, Ammar dan seorang lagi finalis.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath