
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik satu video berseloroh mahu menjodohkan putera sulungnya, Ammar Ahyyan dengan pempengaruh terkenal, Cik B.
Menerusi perkongsian berdurasi 28 saat di TikTok, Cik B dilihat hadir ke kediaman keluarga Aliff Syukri dalam suasana santai. Namun, yang menjadi tumpuan adalah telatah Aliff Syukri yang secara berseloroh mencadangkan agar Cik B menjadi menantunya.
BACA LAGI: “Qadejah Memang ‘Gifted’ Tapi Saya Tak Mahu Dia Terlalu Bangga” – Datin Shahida
Walaupun hanya gurauan, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi selamba Cik B yang berseloroh ingin menurunkan berat badan terlebih dahulu sebelum dijodohkan dengan mana-mana lelaki.
Ruangan komen pula dihujani pelbagai reaksi lucu daripada warganet yang turut mengusik Ammar dan Cik B. Ramai juga yang memuji keperibadian Cik B yang semakin terserlah sebagai seorang gadis remaja yang matang dan sopan.
BACA LAGI: Datin Shahida Puji Sikap Anak DSV -“Cik B Memang Baik & Berbudi Bahasa”
“Cik B ini bagus. Walaupun kaya, tak ada pun berlagak. Rendah diri dan baik hati. Tidak tinggi suara. Bagus kalau buat jadi isteri. Tapi itulah, kalau boleh Cik B cari yang lagi kaya ya. Sebab lelaki sekarang ini ramai juga biawak,” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Datok Aliff Syukri