Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian termasuklah untuk kita ke rumah ibadat di Malaysia.
Esok, bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bertarikh 10 Jun hingga 30 Ogos. Sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa pembukaan surau di pusat membeli-belah dan kawasan rehat dan rawat dibenarkan bermula esok.
Ads
SURAU DIBUKA SEMULA
Ini adalah hasil dari rintihan orang ramai yang menyatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan solat apabila berada di luar rumah. Jadi, buat anda yang ke pusat membeli-belah tidak perlu risau lagi kerana surau akan dibuka mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Ads
PERJALANAN RENTAS NEGERI BERMULA ESOK!
Ads
Seiring dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa pergerakan rentas negeri telah dibenarkan, maka pembukaan surau dan gerai makanan di kawasan RnR juga adalah dibenarkan. Aktiviti keagaamaan ini juga termaktub dibawah perintah SOP yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, ini merupakan khabar gembira untuk umat Islam di negara kita, dah balik kampung tu jangan buat pula lupa singgah solat di RnR yang korang berenti tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skim penipuan wang atau money scam ternyata tidak mengenal mangsa.
Jaguh pecut dunia, Usain Bolt dilaporkan menjadi mangsa terbaru dan terperangkap dalam skim penipuan firma pelaburan swasta di negara kelahirannya, Jamaica.
Mengikut laporan Bloomberg, peguam Linton P. Gordon yang mewakilinya berkata akaun simpanan Bolt yang sebelum ini menyimpan jumlah keseluruhan US$12.8 juta (sekitar RM54.5 juta) kini hanya berbaki US$12,000 (kira-kira RM51,546) sahaja! Dalam erti kata lain, Bolt dilaporkan kehilangan lebih daripada US$12.7 juta daripada simpanannya!
Sumber Gambar: Eurosport
Tambah malang lagi, akaun tersebut difahamkan merupakan sebahagian daripada simpanan wang persaraan hidup Bolt setelah dia memutuskan untuk tidak lagi bertanding sebagai pelari pecut profesional sejak tahun 2017.
“Sekiranya ini betul, maka ia adalah satu penipuan serius yang telah dilakukan terhadap anak guam kami,” kata peguam Bolt dalam surat yang dihantar kepada firma pelaburan yang berpangkalan di Kingston, Jamaica itu.
Di laman sesawang syarikat guaman itu, mereka turut meminta pelanggan melakukan pertanyaan segera kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica yang sedang menyiasat firma pelaburan berkenaan.
Sekiranya wang tersebut tidak dikembalikan dalam tempoh 10 hari, firma pelaburan itu bakal berdepan dengan dakwaan jenayah dan sivil.
Peguam Bolt telah menghantar surat berkenaan Isnin lalu iaitu pada hari sama Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica mengumumkan pelantikan juruaudit khas untuk meneliti dakwaan penipuan.
Buat masa ini, wakil dari firma belum memberi apa-apa maklum balas.
Pada hari Selasa pula, pihak berkuasa kewangan Jamaica memaklumkan ia telahpun mengambil alih pengurusan syarikat pelaburan swasta itu sementara siasatan dijalankan. Firma pelaburan itu masih boleh meneruskan beroperasi namun memerlukan kelulusan kerajaan untuk melakukan sebarang transaksi.
Foto Via Indiatimes
Kes penipuan melibatan akaun Usain Bolt ini telahpun tular di seluruh Jamaica sehinggakan Menteri Kewangan negara itu, Nigel Clarke menyifatkan kes ini sebagai sesuatu yang amat membimbangkan.
Maklumlah, Bolt merupakan figura popular yang telah membanggakan Jamaica di kejohanan antarabangsa sepanjang beliau masih aktif sebagai atlet kebangsaan.
Kita yang berada di Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam urusan jual beli agar tidak diperdaya dengan tipu muslihat penjenayah.
Sama-sama kita saling mengingati agar melindungi diri daripada apa-apa aktiviti mencurigakan yang melibatan transaksi kewangan terutamanya dalam talian.\
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum reda kisah menyayat hati kanak-kanak lelaki Maghribi berusia 5 tahun, Rayan Awram yang berjaya ditemui setelah terjatuh perigi sedalam 32 meter namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian, kini muncul satu lagi laporan tragedi seakan sama yang menimpa seorang kanak-kanak di Afghanistan pula.
Mangsa dikenal pasti sebagai seorang kanak-kanak berusia 9 tahun bernama Haidar yang dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah lubang perigi sedalam 24 meter di perkampungan Shokok, wilayah Zabul, Afghanistan sejak hari Selasa lalu.
Usaha menyelamat untuk mencapai kanak-kanak yang tersangkut di celah bawah batu pada kedalaman 10 meter kini sedang dilakukan.
Lapor media tempatan, Haidar disahkan masih hidup berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV). Kanak-kanak itu dilihat masih menggerakkan tangan dan bahagian atas tubuhnya. Bagaimanapun, pasukan penyelamat sedang kesuntukan masa untuk mengeluarkannya.
Ciap Setiausaha Timbalan Perdana Menteri Afghanistan, Abdullah Azzam menerusi akaun Twitter beliau, batu yang menekap tubuh Haidar sedang cuba untuk dibelah oleh pasukan penyelamat bagi mengeluarkan mangsa.
Tambahnya lagi, bantuan oksigen, ambulans dan keperluan kecemasan lain telahpun berada di tempat kejadian.
Diharap operasi kali ini akan tamat dengan kadar segera dan Haidar dapat diselamatkan dengan jayanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tatkala pelajar Tingkatan Lima di seluruh negara sedang berusaha memberikan 100 peratus konsentrasi terhadap kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mereka duduki sejak Isnin lalu, seorang calon peperiksaan berdepan dengan ujian berganda apabila ayahnya menemui ajal pada hari ini.
Muhammad Haikal Iskandar, 18 menerima perkhabaran menyedihkan itu semasa berada di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Chemor Perak.
Dalam satu muat naik di akaun Facebook Badariah Mohd Mohaidin, van jenazah singgah sebentar ke kawasan sekolah sekitar jam 10 pagi tadi untuk memberi peluang kepada Haikal bertemu arwah ayahnya itu buat kali terakhir dan memberikan penghormatan kepada arwah.
Suasana pilu jelas kelihatan menerusi foto-foto yang dikongsikan olehnya. Tambahan pula apabila Haikal perlu kekal berada di sekolah bagi menjawab subjek Sejarah kertas 2 yang dijadualkan pada hari ini.
“Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Muhammad Haikal untuk menjawab SPM..”
Video berdurasi 57 saat itu cukup menyayat hati apabila Haikal melihat wajah ayahnya itu di dalam van jenazah.
Dalam pada itu, warganet turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan salam takziah dan menyedekahkan surah Al-Fatihah buat bapanya.
Mereka turut berharap agar pelajar tersebut dapat melalui baki kertas peperiksaan sepanjang tempoh sebulan ini dengan tenang.
Malah ada yang teringat akan peristiwa mirip ini yang pernah menimpa mereka satu ketika dahulu semasa bergelar pelajar.Salam takziah REMAJA ucapkan kepada Muhammad Haikal.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.