Alhamdulillah, PU Azman Bantu Pemuda Lafaz Kalimah Syahada Dan Bergelar Muslim!

Share

Hidayah Allah itu ada di mana-mana!

Baru-baru ini, PU Azman penceramah bebas dan pelakon, berkongsi di Instagramnya sebentar tadi, dia telah memuat naik satu video seorang pemuda mengikutnya melafazkan kalimah syahadah untuk bergelar seorang Muslim.

 

Segala puji bagi Allah.
.
Cik Man kenal dia di instagram. Asalnya Johor Bharu. Kami beberapa kali plan nak jumpa tapi kekangan musim Corona dan kerja masing-masing.
.
Jadi gunalah teknologi yang ada. Dan sampai setakat ni, memang cik man sentiasa follow up dia. Dia pun memang ada ke masjid.
.
Semog Allah tetapkan iman kita semua. Mohon doa juga dari netizen untuk kebaikan kita bersama.

Dalam video tersebut, PU Azman menzahirkan rasa syukur kerana seorang lagi insan bergelar saudara baru apabila hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam.

Rata-rata warganet juga memuji tindakan PU Azman dan bersyukur dengan pertambahan saudara baru dalam Islam.

Sumber Instagram : PU Azman

Lihat, inilah indahnya Islam. Hanya mereka yang menerima hidayahnya saja akan tahu betapa indahnya agama ini.  Bertambah seorang lagi umat Islam. Moga pemuda ini terus istiqomah dan menjadi muslim yang berjaya didunia dan akhirat.

Sumber : Instagram PU Azman

IKLAN