Penyanyi muda berbakat, Zubir Khan kini melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan peribadinya apabila mengumumkan berita pertunangan bersama pasangan pilihannya.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram miliknya dengan kapsyen ringkas namun penuh makna, “Alhamdulillah, one step closer 🤍”, sekali gus memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini semakin serius menuju ke alam perkahwinan.
Zubir atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Mohamad Ali, 26, yang dikenali sebagai penyanyi, penulis lirik dan pelakon, mencuri perhatian ramai menerusi lagu-lagu Tamil termasuk Yennode Macha.
Namanya semakin dikenali dalam industri hiburan tempatan hasil keunikan identiti muzik yang dibawa, khususnya dalam genre Tamil yang jarang diterokai secara meluas oleh artis tempatan.
Namun kali ini, bukan karya seni yang menjadi bualan, sebaliknya kisah cinta yang akhirnya dikongsikan kepada umum. Perkongsian tersebut dilihat cukup sederhana, namun memberi impak besar kepada peminat yang selama ini mengikuti perjalanan kerjaya dan kehidupan peribadinya.
Menerusi foto yang dimuat naik, Zubir dan pasangannya tampil anggun dalam busana tradisional kaum India berwarna ungu lembut. Penampilan mereka tampak cukup serasi, dengan Zubir turut dilihat memegang sejambak bunga ros merah, sekali gus menambahkan lagi aura romantik dalam momen tersebut.
Ads
Apa yang menarik, walaupun perkongsian itu tidak disertakan dengan penjelasan panjang, ekspresi dan visual yang dipaparkan sudah cukup menggambarkan kebahagiaan yang sedang dilalui pasangan tersebut.
Gaya ‘lowkey’ ini juga membuatkan ramai peminat lebih tertarik dan menghargai cara Zubir berkongsi momen peribadi tanpa terlalu berlebihan.
Sejurus perkongsian itu dimuat naik, ruangan komen terus dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan industri. Rata-rata meluahkan rasa gembira melihat penyanyi tersebut bakal menamatkan zaman bujang, selain mendoakan agar segala urusan menuju ke hari bahagia dipermudahkan.
Ada juga yang menyifatkan pasangan ini sebagai “sweet” dan “serasi”, melihat kepada keserasian mereka dalam gambar yang dikongsikan.
Dengan kehidupan peribadi yang kini menuju fasa baharu, ramai pastinya menantikan detik hari bahagia Zubir Khan tidak lama lagi. Jika ini “one step closer”, langkah seterusnya sudah tentu menjadi momen yang lebih besar dan dinanti-nantikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Blackpink telah mengungguli carta USA dengan lagu Kill This Love yang telah dilancarkan pada jam 11 malam tadi. Lagu tersebut telah mengalahkan lagu God’s Country nyanyian Blake Shelton dan Shallow dari Lady Gaga dan Bradley Cooper sekaligus menjadikan Blackpink kumpulan Asia pertama serta grup wanita kedua setelah Destiny’s Child berada di carta tersebut.
Tentu sekali peminat-peminat Blackpink BLINKS (kelab peminat Blackpink) tidak sabar menunggu muzik video tersebut dilancarkan semalam sambil melihat gelagat 4 gadis borak santai menerusi laman VLIVE sejam sebelum MV dilancarkan.
Walaupun ada segelintir peminat menganggap bahawa lagu BP kali ini bercanggah dengan identiti mereka, namun muzik video keseluruhan menggambarkan bahawa gadis ini lebih matang, dan lebih dewasa. Sesuai benar dengan market US. Ehemmm, nak caras BTS ke tu Encik YG? Hiks.
Lebih menarik lagi, ini merupakan muzik video terpantas dalam sejarah yang memecahkan rekod apabila mendapat satu juta likes di YouTube kurang 30 minit dilancarkan mengalahkan Ariana Grande Thank You, Next! Eh, hebatlah Blackpink ni!
Tahniah Blackpink!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berpengalaman, Kamal Adli memaklumkan dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden diserang individu tidak dikenali sebelum ini.
Ini kerana, suami kepada aktres jelita, Uqasha Senrose itu diminta berdiam diri sehingga individu yang memukulnya dijatuhi hukuman dengan mengikut saluran undang-undang.
“Saya tak pernah cerita mengenai perkara ini disebabkan saya sudah diingatkan agar tidak bercerita selagi orang itu (pelaku) tidak kena apa-apa hukuman. Jadi, saya diminta tidak bercakap mengenainya.
“Sekarang ini, individu itu sudah dijatuhkan hukuman, jadi saya boleh bercakap sedikit. Isu ini memang saya tak tahu kenapa boleh terjadi. Memang saya tak ada petunjuk langsung mengapa saya diserang.
“Pengakuannya di mahkamah mendakwa dia hanya berhalusinasi yang saya mencabul saudara wanitanya. Alasan halusinasi boleh sampai boleh ketuk orang?” katanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana drama terbaharu Viu berjudul Nafsu.
Kamal bagaimanapun memberitahu, dirinya kurang berpuas hati dengan jawapan yang diberikan lelaki itu kerana menyifatkan tindakan memukul sangat tidak boleh diterima kerana memudaratkan orang lain.
“Polis cakap kalau pukul di bahagian bawah sedikit lagi boleh mengakibatkan kematian. Perkara ini jadi sangat pantas sebab saya tahu-tahu darah sudah keluar.
“Sejak isu ini terjadi, saya tak pernah buka cerita. Kalau tanya saya, gilalah benda ini, benda ini gila sebab saya tak ada jawapan. Selepas itu, pelaku kena penjara selama dua tahun sahaja.
“Jadi, saya rasa benda ini bahaya untuk orang lain. Kena penjara dua tahun dan lepas itu boleh keluar. Kalau cakap halusinasi, apa jaminan keselamatan kepada orang lain,” tuturnya lagi.
Terdahulu, warga Singapura dikenali Muhammad Nabil Rashid dilapor dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu atas kesalahan menyerang Kamal menggunakan belantan di Singapore Expo pada 12 Mac 2023. Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Kamal Adli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan orang tersayang bukanlah hal mudah, apatah lagi apabila kita tidak berada berdekatan saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri yang kehilangan ibu saudara saat dia sekeluarga berada di luar negara.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi ruangan Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi berita berkenaan kepada umum.
“Saya kehilangan seseorang yang saya sangat sayangi hari ini. Makcik saya. Seorang makcik yang sangat baik hati. Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat berada bersama ibu. Mama sayang Umi sangat.
“Terima kasih untuk segalanya Umi. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu sehingga kini. Kami sayang Umi sangat. Alfatihah,” tulis Ernie yang memanggil ibu saudaranya dengan gelaran Umi.
Tangkap layar siaran di Instastory Ernie Zakri
Bersama tulisannya itu, disertakan poster belasungkawa ibu saudaranya yang bernama Aishah binti Mohd. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir dan pulang ke rahmatullah pada 4 Januari 2023.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Sekadar perkongsian, Ernie ketika ini berdasarkan hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sedang berada di Kota London bersama suaminya, Syamel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!