Sejak negara dilanda pandemic Covid 19, sebahagian besar universiti awam dan swasta menjalankan pembelajaran sepenuhnya secara atas talian.
Disebabkan itu, kerajaan terbaru bersetuju mengurangkan yuran asrama dan yuran perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi membantu meringankan beban institusi berkenaan ekoran impak wabak COVID-19.
Alhamdulillah….
Ads
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman, keputusan dicapai hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Keputusan tersebut akan melibatkan peruntukan kerajaan sekitar RM72 juta dan bakal memberi manfaat kepada 533,318 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.
Penulis rasa perkara ini wajar memandangkan kebanyakkan mahasiswa di universiti tempatan datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40 & M40) yang terkesan dari segi ekonomi ekoran Covid 19.
Ads
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui inisiatif kementerian mengenai sistem pembelajaran dalam talian pelajar IPT yang tinggal di luar bandar dan memerlukan capaian internet.
Mengenai soalan pertama, Mansor berkata, struktur yuran pengajian tinggi masih kekal sama walaupun dalam situasi pandemik COVID-19.
Ads
Namun, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukan dana yang besar melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk sektor pendidikan.
Ia termasuk bantuan one-off RM200 kepada pelajar, kos untuk sediakan makanan kepada pelajar di kampus serta penangguhan bayaran PTPTN kepada 1.5 juta peminjam.
Moga inisiatif yang diberikan ini boleh membuatkan semua pelajar IPTA menarik nafas lega.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk pengetahuan semua situasi banjir bertambah buruk di Pahang apabila mangsa banjir terus mencatatkan peningkatan.
Sumber : Kosmo
Tambahan lagi sumber memaklumkan Sungai Pahang di daerah Bera, Kuantan, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran sudah melepasi tahap bahaya setakat pagi tadi.
Jika semalam, Yang dipertuan Agong mencemar duli turun ke membantu mangsa banjir, hari ini pendakwah terkenal, Ebit Lew telah berkongsi dilaman sosialnya Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Shah juga turut mencemar duli melawat kawasan penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dan menghulurkan bantuan kepada mereka.
Ebit Lew telah memuat naik gambar-gambar ketika bertemu Pemangku Raja Pahang itu yang ternyata sangat khuatir dengan keadaan banjir yang melanda ketika ini.
Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang 500 ribu cash diberikan pada keluarga dan anak-anak disana.
Sumber : Facebook Ebit Lew
Rata-rata warganet meninggalkan komen bangga dengan sikap Pemangku Raja Pahang dan keluarga diraja ini.
Sumber Gambar : Facebook Ebit Lew
Penulis rasa, bukan Ebit Lew je kagum dengan KDYMM Tengku Hassanal malah seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan sikap mulia yang ditunjukkan oleh pemangku raja Pahang ni. Selain itu, pendakwah ini sempat memberitahu walaupun baginda dalam keadaan letih selepas melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari, namun baginda masih memberikan layanan baik.
Ebit Lew melalui postingnya sempat berdoa supaya negeri Pahang dan seluruh Malaysia terhindar dari banjir besar seperti ini.
Sumber: Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai nak hidup senangkan. Nak rumah besar, kereta mewah dan wang banyak. Selain makan gaji, berniaga juga paling senang buat duit.
Ada orang dari pagi sampai malam kerja tapi rezeki biasa-biasa saja. Ada pula yang ala kadar hidupnya dan tak kurang ada yang hidup susah. Di sebalik ramai yang gigih bekerja, ramai yang tak perasan doa ibu ayah sebenarnya paling mustajab untuk kemewahan rezeki yang kita cari selama ini.
REMAJA syerkan kisah kejayaan Siti Fatimah Rasol, 32 tahun, antara muslim yang terlibat dalam bidang pembekalan bahan binaan dan barang keperluan rumah, pemilik Warisan Timber Hardware & TIM Warisan Hardware yang terletak di Dengkil dan Kota Warisan, Sepang.
Bukan lahir dari keluarga senang sebelum ini tapi Siti berusaha untuk berjaya. Ajaib, doa dari mak ayahnya merupakan senjata kejayaannya selain NIATNYA untuk menolong muslim lain dapatkan harga murah membuatkan Allah sentiasa memberi rezeki terhadapnya tanpa sebarang ujian.
Nampak seperti mudah tapi istiqomah dan betulkan niat adalah perkara paling sukar untuk orang Islam berjaya,” katanya memulakan bicara.
Sebelum berjaya hari ini, kata Siti dia mula belajar bidang perniagaan selepas ditipu kontraktor yang buatkan rumahnya.
“Lari walau duit dah bayar. Saya nekad beli barang dan belajar nama-nama barang sebelum upah pekerja Indonesia siapkan rumah. Dari situ, sikit-sikit saya mula kenal nama barang dan mula jadi kontraktor,” katanya.
U ada RM1 juta ker
Walau ada kerja tetap tapi Siti nekad berhenti kerja. Seluas alam sudah tercatat rezeki untuk dirinya apabila seorang peniaga mahu menjual kedai menjual perkakasan rumah dengan harga sangat murah iaitu RM8 ribu berbanding harga asal RM40 ribu.
“Saya beli kedai itu hasil keuntungan jadi kontraktor. Dah la jual murah, lelaki tersebut bantu saya set-up kedai lagi selama dua bulan. Itulah rezeki saya. Hasil keuntungan TIM Warisan Hardware buat saya nekad buka Timber Hardware di Dengkil,” katanya lagi.
Untuk berjaya, bukan semudah membilang A To Z. Siti pernah bertanya kepada bangsa yang memonopoli perniaagan pembekalan rumah ini dan kata mereka modal diperlukan RM1 juta.
“Saya ternganga. RM1 juta. Mana nak ambil duit tapi saya ada dapat banyak permintaan kerana banyak kontraktor datang ke kedai hardware saya sebelum ini. Saya cari lagi ilmu dan ternyata kita ditipu hidup-hidup mengenai harga bahan binaan ini terutama harga simen yang berubah setiap minggu.
“Demi Allah bila dah buka bisnes nie baru saya tahu selama ini kita dipermainkan terutama dari pembekal,” katanya yang memulakan bisnes dengan hanya RM70 ribu sahaja.
* Hari-hari cakap, mak ayah tolong doakan saya
Rezeki dirinya, sentiasa murah. Kata Siti dia dari dulu berniat untuk menjaga mak ayahnya hingga ke akhir hayat.
“Dulu masa duduk rumah apartment, yang saya kongsikan enam orang termasuk menjaga adik yang tidak sihat bersama ibu, ayah dan suami, saya bertanya sampai bila harus begini.
“Suatu hari saya ronda-ronda dengan ayah dan nampak rumah tiga tingkat di Bangi. Saya cakap dengan ayah, “Ayah, kita nak belilah rumah nie”. Ayah cakap, belilah. Mana mampu sebab harganya RM800,000.
“Tapi setiap hari saya mohon ayah dan ibu doa murahkan rezeki saya. Tiga bulan kemudian, saya ronda lagi kawasan itu dan lihat agen tengah bawa bakal pembeli. Saya tanya tapi dia pandang saya sinis. Layan tak layan sebab nampak saya macam orang tak ada duit.
“Saya ikut jer masa dia bawa customer dan dengar penerangannya. Bila saya tanya berapa kenapa bayar deposit, katanya RM100,000. Allah mudahkan urusan hidup saya bila saya dapat beli rumah tu walau saya tak ada duit sebanyak itu,” kata Siti memaklumkan, dalam dia baru membuka perniagaan hardware itu, geran rumah tersebut hilang selama setahun dan ketika itulah dia mampu mengumpul modal kerana syarikat pembekalannya tumbuh kembang dengan sangat pantas.
Niat kena betul
Kata Siti, niat adalah perkata penting untuk berjaya dalam bisnes. Kita kena tanya kenapa kita buat bisnes.
“Saya selalu berdoa pada Allah, saya nak tolong bangsa saya dapatkan bahan binaan murah dan bukan untuk kesenangan keluarga saya. Alhamdulilah Allah mudahkan hidup saya. Saya kenal pekedai muslim yang kongsikan dari mana dia dapat bekalan murah.
Saya pergi sendiri China dapatkan barang walau saya tak tahu apa ketika itu. Banyak Allah mudahkan hidup saya sebab saya selalu mudahkan urusan orang,”katanya membuka rahsia kejayaan hidupnya.
Anak muda jangan takut berubah
Selalu ramai merungut, duit tak ada untuk bisnes. Kata Siti, anak muda kena berani buat keputusan cepat. Tak boleh tunggu lama-lama. Nak tunggu duit banyak memang tak adalahkan, nak harap duit mak ayah lagilah susah.
“Tapi kalau kita nak berjaya, cepat-cepat buat keputusan. Kemudian minta doa dari mak ayah dan Allah taala. Ada juga yang berniaga dan tanya kenapa generasi pertama seperti saya boleh berjaya hari ini.
“Saya katakan kepada mereka, kalau bisnes gagal sebab kita gagal ikhlas dengan mak ayah kita.Kita kedekut dengan mak ayah kita.Kalau kita cium peluk mak ayah kita setiap hari, rezeki kita akan sentiasa murah,”katanya yang mengajak anak muda untuk berubah dan pantas membuat keputusan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini di pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan program SAVE 2.0 yang membabitkan pemberian e-Rebat Rm200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan bagi program terbabit dan dijangka bakal memanfaatkan 140,000 isi rumah.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar.
Program SAVE 2.0 ini adalah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Ia merupakan usahasama bersama Shopee.
Ha, maksudnya korang hanya boleh menggunakan baucar ini untuk membeli penyaman udara dan peti sejuk sahaja di Shopee.
Tapi, tak kisahlah kan. Rezeki juga ni. hiks!
Walau bagaimanapun, ada syarat yang telah ditetapkan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utility elektrik seperti TNB, SESB, SEB
• Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
• 1 akaun bil, 1 akaun e-Rebat dan first come, first serve basis
Gambar hiasan
Kuota e-Rebat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kuota untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi jumlah pengguna di kawasan strategik seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang mempunyai kuasa membeli lebih besar berbanding kawasan luar bandar.
Nah, apa kata korang daftar dulu disini, dan mana tahu ada rezeki kan?
Berbaloi juga bantuan ni. RM200 tu besar jumlahnya. Semoga dengan program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Malaysia dapat membeli keperluan di rumah.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.