
Selari dengan kemunculan filem paling dinanti-nantikan awal tahun ini iaitu Godzilla vs Kong, Uniqlo Malaysia telahpun mengeluarkan merchandise yang wajib dimiliki oleh semua peminat dua titan bersejarah dalam dunia perfileman itu.

Koleksi baju T di bawah rangkaian UT ini telahpun menemui stor Uniqlo dan dijual secara maya sejak beberapa minggu yang lalu dan hasilnya ternyata tidak mengecewakan.
Sebanyak sepuluh rekaan menarik boleh dipilih oleh korang dan setiap satu daripada mempunyai keistimewaan rekaan yang tersendiri.
Ada di antaranya yang menampakkan babak menarik daripada filem tersebut.


Sekiranya korang lebih meminati rekaan berasaskan perkataan (font) filem tersebut, korang boleh memilih tiga warna baju T berbeza iaitu biru, coklat keperangan dan biru tua.




Paling penulis gemari adalah baju T hijau zaitun ‘Mothra Against Godzilla’ yang kelihatan retro.

Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi untuk korang kumpulkannya sebagai merchandise.
ARTIKEL BERKAITAN : Godzilla vs Kong Penuh Aksi Pertempuran Menarik, Tak Rugi Tonton Di Pawagam – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Asia : Rosé & CL Catat Sejarah Hadir Ke MET Gala 2021

Sejak menjejakkan kaki di lapangan terbang antarabangsa Incheon, para peminat mereka berdua telahpun teruja untuk melihat dua bintang Korea ini menghadiri acara fesyen paling dinanti-nantikan.
Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa bagi dunia hiburan Korea Selatan apabila dua bintangnya mencatat sejarah sebagai jemputan penyanyi K-pop wanita PERTAMA dalam sejarah ke acara fesyen Met Gala.
Mereka terdiri daripada ahli kumpulan blackpink, Rosé dan juga bekas ahli kumpulan 2NE1, CL bagi mewakili pereka fesyen masing-masing; iaitu Saint Laurent dan Alexander Wang.
Untuk pengetahuan, hanya segelintir selebriti lelaki K-pop yang pernah dijemput ke acara Met Gala sebelum ini iaitu PSY, Choi Siwon (Super Junior), Rain dan ahli EXO, Lay Zhang.
Fesyenista lain seperti G-Dragon (Big Bang) dan Jessica Jung pun tak pernah dijemput tau!


Pada tahun ini, tema ‘In America : A Lexicon of Fashion’ telah diangkat oleh penganjurnya, muzium MET dan majalah Vogue Amerika Syarikat bagi mengiktiraf barisan pereka fesyen legenda dari negara Uncle Sam itu yang telah memberikan impak dalam sejarah fesyen.
Kehadiran Rosé ke Met Gala 2021 sudah dapat dihidu oleh para Blinks setelah dia ditemui di lapangan terbang dengan menyarungkan pakaian Saint Laurent. Rosé sudah menjadi ‘wajah tetap’ jenama Perancis itu sejak dilantik sebagai dutanya bagi musim panas 2020. Dia juga pernah dijemput duduk di barisan hadapan pertunjukan fesyen Saint Laurent di Paris, tidak lama dahulu.
Sejak itu, Rosé sudah beberapa kali menyarungkan pakaian Saint Laurent ketika menghadiri acara formal.
Kelibat Rosé di butik Saint Laurent cawangan New York pada 12 September lalu menguatkan lagi desas-desus bahawa dia akan mencatat sejarah sebagai salah seorang jemputan wanita K-pop pertama ke acara Met Gala, and here she is!

Rosé ditemani pengarah kreatif Saint Laurent, Anthony Vaccarello di sisinya dalam dress mini hitam dengan perician half-a-bow putih pada bahagian dada serta aksesori statement. She definitely did not come to play. Lihat sajalah pada kasut tumit setinggi kira-kira 5 ke 6 inci itu!

*
CL turut tidak ketinggalan ingin menonjolkan diri apabila dia hadir dalam dress yang diinspirasikan daripada fabrik denim; sejnis fabrik yang selalu dikaitkan dengan dunia fesyen Amerika Syarikat,

Dress jenis off shoulder ini tampak inovatif dan cukup seksi apabila dipadankan dengan ‘seluar dalam putih’ rekaan Alexander Wang.
Lalu, ia memperlihatkan sisi CL yang berbeza. Selalunya, CL lebih selesa menyarungkan pakaian baggy dan oversized. Tidak bagi kali ini.

Ia sekaligus mencerminkan impak CL dalam dunia fesyen. CL pernah berjalan di pertunjukan fesyen DKNY dan dijemput sebagai tetamu VIP bagi pertunjukan fesyen Tom Ford, Gaultier, Saint Laurent, Moschino; serta menjadi muse bagi pereka fesyen Moschino iaitu Jeremy Scott! Lalu, kehadirannya di Met Gala pada hari ini adalah bertepatan dengan statusnya sebagai antara fesyenista yang harus diperhatikan.
Apa pendapat korang dengan busana kedua-dua penyanyi K-pop ini? Adakah ia terlalu seksi seperti yang diperkatakan oleh warganet ataupun korang rasakan ia sesuai dengn Rosé dan CL?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Festival Filem Cannes Haramkan Tren ‘Gaun Telanjang’ Di Karpet Merah Mulai Tahun 2025

You know what they say..
One day those ‘assets’ are out and the next day, they are out of the question!
Okay, mungkin perumpamaan tersebut tidaklah tepat. Bagaimanapun, ia nyata bersesuaian dengan peraturan baharu yang perlu dipatuhi oleh para selebriti yang bakal berjalan di karpet merah Festival Filem Cannes 2025.
Sepanjang acara berprestij itu berlangsung dari 13 Mei hingga 24 Mei 2025 itu, ratusan selebriti antarabangsa dijangka muncul di karpet merah sebagai salah satu tradisi di Festival Filem Cannes.
Namun berbeza pada tahun ini, pihak organisasi secara rasmi mengharamkan pemakaian busana separa telus pandang yang memaparkan bentuk tubuh badan.

Selain itu, busana berskala dempak atau lebih besar daripada kebiasaan turut diharamkan pada tubuh pemakai terutamanya dalam kalangan selebriti wanita.
Kedua-dua bentuk pengharaman ini adalah demi menjaga prestij, kesopanan acara dan demi memastikan laluan karpet merah Festival Filem Cannes kekal lancar tanpa apa-apa gangguan.
Sekiranya ada di antara tetamunya yang menyalahi peraturan baharu yang ditetapkan ini, pasukan organisasi tidak akan teragak-agak untuk menghalang akses kemasukan ke dalam kawasan Grand Théâtre Lumière di sana.
Sekiranya korang masih ingat dengan insiden pada tahun lalu, beberapa selebriti terkenal termasuklah penyanyi Kelly Rowland, pelakon Republik Dominika Massiel Taveras serta pelakon dan penyanyi Korea Selatan YoonA (Girl’s Generation) dilaporkan berdepan isu kekasaran melibatkan seorang anggota keselamatan wanita di Festival Filem Cannes.


Turut dilaporkan berlaku pada tahun lalu adalah kesukaran mendapatkan tempat duduk selesa di dalam dewan tayangan filem disebabkan saiz gaun sebilangan aktres yang terlampau besar.
Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini terlalu ramai selebriti wanita yang semakin berani mengenakan ‘gaun telanjang’ di karpet merah tersebut dengan memperagakan ‘aset’ mereka tanpa segan silu termasuklah Bella Hadid dan Kendall Jenner.

Malah di karpet merah Anugerah Grammy baru-baru ini, insiden gaun mencolok mata terus berlaku melibatkan isteri penyanyi rap, Bianca Censori yang dikecam oleh peminat muzik seluruh dunia yang mempersoalkan mengapa ia boleh dibenarkan terjadi.
BACA: Cate Blanchett Sebar Mesej Keamanan Bagi Palestin Di Karpet Merah Cannes Dengan Gaunnya – Remaja
BACA LAGI: Giliran Bella Hadid Tunjuk Sokongan Kepada Palestin Di Cannes Dalam Gaun Keffiyeh – Remaja
Adakah korang rasakan peraturan ini akan menjadikan Festival Filem Cannes kembali elegan dan berkelas tinggi seperti dahulu kala?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan Hangat! Skechers Kembali Dengan Koleksi Khas Bersama ONE PIECE

Setelah memperolehi sambutan menggalakkan untuk koleksi khas Skechers x One Piece yang pernah dikeluarkan pada tahun 2019, jenama dari Amerika Syarikat itu kembali lagi dengan satu lagi koleksi khas yang menampilkan karakter daripada anime popular tersebut.
Koleksi 2021 ini masih menampilkan karakter popularnya Monkey D Luffy, namun lain-lain model sneakers telah diinspirasikan daripada karakter berlainan daripada siri tersebut.

Ini termasuklah Roronoa Zoro, Franky, Vinsmoke Sanji dan Tony Tony Chopper; di mana kesemuanya mewakili skema warna berbeza mengikut pakaian yang disarungkan setiap karakter terbabit.
Turut kelihatan adalah motif ikonik pakaian karakter yang disuntik dalam rekaan sneakers terbabit. Contohnya, korang dapat melihat motif jalur merah di topi Luffy dan ‘haramaki’ Zoro berwarna hijau pada bahagian kasut.
Roronoa Zoro & Vinsmoke Sanji

Franky & Tony Tony Chopper

Pilihan 5 model berbeza ini juga ditawarkan menerusi tiga model sneakers Skechers bagi koleksi Skeckers x One Piece. Ia terdiri daripada siri Monster, siri Stamina V2 dan siri D’Lites 4.0. Masing-masing didatangkan dalam saiz kasut orang dewasa dan kanak-kanak agar semua golongan boleh menggayakannya.

Menariknya, koleksi Skechers x One Piece ini juga khabarnya tidak terikat dengan sneakers saja tetapi turut menyediakan pilihan item lain seperti baju T, pull over, topi, pouch dan sandal jenis slides yang dipercayai akan dilancarkan tidak lama lagi.
Hasil tinjauan REMAJA mendapati beberapa rekaan model sneakers Skeckers x One Piece telahpun habis terjual di laman web rasmi Skechers atas permintaan hangat oleh peminat jenama itu dan peminat anime One Piece.
Bagaimanapun, korang masih boleh ke stor Skechers berhampiran untuk mendapatkan rekaan yang korang sukai. Rangkaian harganya pula bermula daripada RM299 bagi saiz kanak-kanak dan RM459 bagi saiz dewasa (terbahagi kepada model lelaki dan wanita).
Sambil itu, jangan lupa untuk mendapatkan 1 set ‘mask pouch’ pelbagai guna Skechers x One Piece dan Lanyard-nya dengan pembelian mana-mana item daripada koleksi One Piece ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

