
Baru sahaja melancarkan poster teaser album single pertama LALISA secara rasmi, ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban telah pun memecahkan rekod dengan mendapat pra-tempah albumnya itu sebanyak 100,000 unit.
Hanya dalam masa 27 jam, Lisa sekali gus mencipta rekod apabila menjadi artis wanita K-pop pertama yang merekodkan jualan terpantas dalam sejarah Ktown4U.
Album LALISA mencatatkan jualan lebih daripada 96,000 pra-tempah dalam masa 24 jam di Ktown4U dan menjadikannya penyanyi wanita pertama yang berjaya memecahkan rekod itu.
Pencapaian ini menjadikannya lebih hebat kerana rekod yang dicatat ini hanya berdasarkan sebuah laman web iaitu Ktown4U.
Album single terbaru Lisa Blackpink ini bakal dilancarkan pada 10 September depan pada pukul 1 petang waktu Korea Selatan.
Pasti ramai peminat yang sudah tidak sabar menantikan album single terbaru dari Lisa Manoban ini. Tahniah Lisa!
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
IT: Welcome To Derry – Pengalaman Seram Menggegarkan KLCC Dengan Kelibat Pennywise (Wajib Strim!)

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan badut yang membawa belon merah ini? Sejak mula diperkenalkan pada awal era 1990-an, karakter yang dikenali sebagai Pennywise ini ibarat sudah menjadi salah satu imej wajib dalam minda peminat filem dan drama bergenre seram.
Justeru, apabila kelibat Pennywise tiba-tiba muncul di pawagam TGV KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini siap dengan belon merah di tangannya, tentulah orang ramai terkejut melihat bukan seorang tetapi dalam satu gerombolan kumpulan.
Rupa-rupanya, kemunculan sekawan Pennywise ini adalah bersempena dengan tayangan perdana episod pertama drama bersiri IT: Welcome To Derry yang kini mula ditayangkan di saluran HBO Max, pengalaman terbaik dengan Astro One.


Ketika ditemui di luar pawagam sebelum acara bermula, pengacara Keanu Azman seperti tidak sabar lagi untuk mengendalikan tayangan perdana berkenaan berikutan minatnya yang mendalam terhadap francais tersebut sejak novel nukilan Stephen King menemui pasaran pada tahun 1986.
Apabila filem IT (1990) arahan Sergei Ovcharov, filem IT (2017) dan IT: Chapter Two yang menampilkan pelakon kelahiran Sweden, penonton diberikan gambaran visual betapa menakutkannya Pennywise.
Malah, majoriti penonton antarabangsa terus melabel watak tersebut sebagai antara yang paling menyeramkan tanpa mengira zaman.

“Tentulah saya excited nak celebrate IT: Welcome To Derry. Korang sudah pernah follow journey Pennywise sebelum ini, dia pernah bunuh budak-budak. Dia capture budak-budak di dalam longkang dan sebagainya.
“Kali ini, ia lebih menarik kerana IT: Welcome To Derry merupakan prekuel kepada kedua-dua filem sebelum ini. Barulah kita tahu punca kemunculan Pennywise dan fenomena yang ditinggalkan olehnya di Derry,” ujar Keanu.


“Orang Tua Selalu Pesan, Jangan Keluar Sorang-Sorang Nanti Ada Yang Ikut…”
Sebelum memasuki pawagam, Keanu sempat juga meluangkan sedikit masa untuk merakamkan foto di booth istimewa yang memberikan gambaran korang berada di pekan Derry, Maine.
Bukan itu sahaja, penganjur turut menyediakan aktiviti interaktif ‘Derry Case File’ di mana pengunjung perlu menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak di Malaysia.
Adakah ia berpunca daripada perbuatan Pennywise buatan tempatan? Hehe… hanya ‘penyiasat’ sewaktu acara itu berlangsung sahaja yang tahu.
Bagi pelanggan Astro Rewards, semestinya mereka merupakan pengunjung yang paling enjoy pengalaman yang disediakan memandangkan mereka boleh membawa pulang pelbagai jenis barangan menarik daripada HBO Original bertemakan IT: Welcome To Derry.
Sedikit info mengenai drama bersiri di HBO Max kali ini, pelakon asal filem berkenaan dari tahun 2017 iaitu Bill Skarsgård kembali membawakan watak Pennywise. Turut ditampilkan kali ini ialah Jovan Adepo, Taylour Paige, Chris Chalk, James Remar, Stephen Rider, Madeleine Stowe dan Rudy Mancuso.

Jangan lupa strim drama bersiri, IT: Welcome To Derry sepanjang lapan episod di HBO Max, pengalaman terbaik dengan Astro One. Manakala episod finale-nya pula bakal ditayangkan pada hari Isnin, 15 Disember nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Michelle Yeoh, Simbol Kerja Keras & Inspirasi Malaysia, Raih Pujian Perdana Menteri!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, yang disifatkan sebagai simbol kerja keras, disiplin, dan inspirasibuat rakyat Malaysia.
Menurut Anwar, Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon luar biasa yang versatil serta berdisiplin dalam membawakan pelbagai watak. Malah, kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila menjadi pemenang Anugerah Oscar Asia pertama.

“Apakah yang mendorong seorang gadis Malaysia dari sebuah bandar kecil di Pulau Pinang untuk muncul sebagai bintang besar Hollywood?
“Inilah kisah tentang kerja keras, kecekalan dan keberanian merebut peluang,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar, I LITE U Pavilion Kuala Lumpur.

Selain itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan yang menyokong penganjuran acara berkenaan, menegaskan bahawa kejayaan rakyat Malaysia di persada dunia wajar diraikan bersama tanpa mengira latar belakang.
Sementara itu, Michelle Yeoh dalam ucapannya menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Setiap kali saya pulang ke Malaysia dan melihat wajah-wajah anda semua, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan mewakili Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.
Pelakon lagenda ini juga menekankan bahawa kejayaan tidak hadir dengan mudah, sebaliknya menuntut usaha berterusan serta sokongan keluarga, rakan, dan masyarakat sekeliling.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mak Aku Masak Banyak-Banyak, Panggil Je Sesiapa Lalu Ajak Berbuka” – Kisah Dikongsi Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini, macam-macam kisah baik hati kita dapat tengok dekat media sosial. Terbaharu, seorang lelaki berkongsi satu cerita yang pada mulanya dianggap “random”, namun rupanya cukup luar biasa dan menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian tersebut tula di threads, lelaki itu menceritakan bagaimana ibunya memasak dalam kuantiti yang banyak setiap kali menjelang waktu berbuka. Bukan sekadar untuk keluarga sendiri, malah makanan itu diangkat dan diletakkan di depan rumah.
“Mak aku masak banyak-banyak pastu angkut semua letak depan rumah pastu panggil je sesiapa yg lalu situ, ajak berbuka sekali. Tak kira siapa. Kenal atau pun tidak. Esok dia dah plan nak masak nasi dagang & nasi lemak sebab abah aku balik hari ni,” tulisnya.
Kisah Dikongsi Lelaki Ini Raih Pujian Netizen

Apa yang lebih menyentuh hati, ibu tersebut tanpa rasa segan silu memanggil sesiapa sahaja yang lalu di hadapan rumah untuk duduk berbuka bersama. Tidak kira jiran, orang luar, atau individu yang langsung tidak dikenali semuanya dipelawa dengan penuh keikhlasan.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian warganet. Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan sikap pemurah wanita berkenaan.
Ramai yang mendoakan agar keluarga tersebut terus dimurahkan rezeki, malah ada yang berseloroh mahu mengetahui lokasi rumah untuk turut sama merasai suasana berbuka yang penuh kemesraan itu.
Dalam dunia yang semakin sibuk dan individualistik hari ini, tindakan seperti ini mungkin kelihatan kecil, namun sebenarnya membawa makna yang besar. Bukan mudah untuk membuka ruang rumah dan hati kepada orang yang tidak dikenali.
Kisah dikongsi lelaki ini raih pujian netizen kerana ia memperlihatkan nilai kemanusiaan yang tulus.
Ia bukan tentang makanan yang banyak atau menu istimewa seperti nasi dagang dan nasi lemak semata-mata, tetapi tentang semangat berkongsi rezeki tanpa mengharapkan balasan.
Ramadan, Bulan Berkongsi Rezeki
Ramadan sememangnya bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebaikan. Setiap amalan, sekecil mana pun, dilipatgandakan ganjarannya. Tindakan ibu tersebut jelas mencerminkan semangat sebenar Ramadan memberi tanpa memilih dan berkongsi tanpa syarat.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua agar terus menyemai nilai kasih sayang, memperkukuh silaturahim, dan menjadikan Ramadan sebagai medan untuk mendekatkan diri sesama manusia.
Kerana akhirnya, keberkatan sebenar bukan pada banyaknya hidangan, tetapi pada keikhlasan dalam memberi.
Sumber : Threads pokokkakpen
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


