
Setelah dihentikan operasi pendakian pada 13 Januari lalu, kini aktiviti mendaki puncak Gunung Kinabalu sudah dibenarkan semula bermula Jumaat ini (5 Mac) dengan had pendakian seramai 100 orang sehari sahaja.
Walau bagaimanapun, pendaki terlebih dahulu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum pendakian dan hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan mendaki.

Pendaki juga perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuklah mengemukakan keputusan ujian sebelum jam 10 pagi pada tarikh pendakian dan pendaki yang telah divaksin dikecualikan untuk ujian saringan COVID-19.



Mengikut SOP yang telah ditetapkan itu juga, pendaki dibenarkan mendaftar pada hari pendakian tetapi dengan syarat keputusan ujian COVID-19 adalah negatif dan kos saringan ujian ditanggung sendiri.
Bayaran pendakian akan dikembalikan sekiranya ujian saringan yang dibuat adalah positif dengan syarat memaklumkan secara bertulis kepada pihak taman sebelum jam 10 pagi pada hari pendakian.
Hm, tapi di negeri Sabah sendiri masih belum dibenarkan untuk merentas daerah, apa lagi nak rentas negeri kan? Jadi, mungkin penduduk sekitar gunung bolehlah daki Kinabalu ni. Hiks!
Sumber: Harian Metro, Sabah Parks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jangan Buang Gel Pewangi Yang Dah Kering, Cuba Tip Ini Untuk Guna Semula!

Bila rumah bersih dan kemas tentu sahaja penghuninya juga senang hati nak berehat selepas seharian keluar melakukan aktiviti harian.

Tapi sayangnya, ada sahaja penyebab membuatkan rumah kita mempunyai bau yang tidak sedap termasuklah bau sampah, masakan atau permaidani yang sudah hapak baunya.
Nak lagi tenang kita nak rumah berbau wangi sentiasa. Tapi, masalahnya kebanyakkan pewangi rumah tak tahan lama. Ada ke cara untuk mengekalkan wangian dalam rumah?
Hendak membeli wangian rumah, mungkin kena fikir dua-tiga kali. Mana tidaknya, harganya sahaja adakala boleh digunakan untuk membeli bekalan makanan selama seminggu lagi-lagi di musim Covid19 yang ramai terjejas pendapatan so kena la berjimat cermat.
Baru-baru ini seorang penguna Facebook Aine Soaudi berkongsi cara mudah untuk berjimat selepas gel pewangi rumah kering.
Menurut perkongsian beliau, wangian jenis gel ini boleh diguna pakai lagi dengan cara merendam semalaman.
Sumber Gambar : Aine Soaudi
Sumber Gambar : Aine Soaudi

Tambahan lagi, wangian pada gel tersebut masih elok juga selepas direndam. Namun ia hanya boleh direndam sekali je. Lepas tu boleh lah dibuang.
Rata-rata diruangan komen, warganet turut memberi komen sudah melakukan teknik ini dan ia berjaya!

Mudahkan? so lepas ni korang yang la membazir buang pewangi yang dah kering tu. Cuba tip ini. Selamat mencuba!
Sumber : Facebook Aine Soaudi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kiswah Baru Kaabah Dinaikkan, Ini Sejarah Dan Fakta ‘Kelambu’ Kaabah

Hari Raya Aidiladha bakal menjelang esok pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah.
Kebiasaannya sehari sebelum Aidiladha iaitu pada 9 Zulhijjah, kain Kiswah ataupun ‘kelambu’ Kaabah akan ditukar kepada yang baru.
Menerusi perkongsian video oleh @hsharifain di Twitter, kita boleh saksikan sendiri detik-detik kain Kiswah baharu yang diangkut menggunakan lori khusus hinggalah detik penukarannya.
Ikuti perkongsian di bawah untuk melihat momen tersebut:
NOW | Kiswah of Ka’bah to be transported to Masjid Al Haram, Makkah shortly, follow this thread for all updates from the Ceremony pic.twitter.com/nQJ55WgJN9
— Haramain Sharifain (@hsharifain) July 18, 2021

Ini merupakan sedikit sejarah dan fakta tentang kain Kiswah yang korang kena tahu.
Fungsi Melindungi Kaabah
Selain berfungsi sebagai hiasan dinding Ka’bah, tujuan pemasangan Kiswah adalah untuk melindungi dinding Ka’bah daripada kotoran, debu dan cuaca panas yang boleh membuatkannya mudah rosak.
Menurut sejarah, Ka’bah sudah ‘disarungkan’ dengan kiswah sejak zaman Nabi Ismail A.S iaitu putera Nabi Ibrahim A.S. Namun tiada pula catatan yang mengisahkan jenis material dan warna kiswah pada zaman Nabi Ismail itu. Hanya semasa pemerintahan Raja Himyar Asad Abu Bakr dari Yaman, ada disebutkan kiswah yang melindungi Ka’bah diperbuat daripada kain tenun.
Nabi Muhammad SAW sendiri pernah memerintahkan pembuatan kiswah daripada kain yang berasal dari Yaman. Sementara itu, empat orang Khulafa al-Rasyidin memerintahkan pembuatan kiswah daripada kain benang kapas. Sementara itu, pada era Khalifag Abbassiyah, Khalifah keempatnya iaitu al-Mahdi telah memerintahkan kiswah diperbuat daripada kain sutera Khuz yang didatangkan dari Mesir.
The Kaaba Qiswa is being changed right now. Absolutely beautiful 🕋 pic.twitter.com/0OVict2x6o
— Hadith of the Day (@Hadithoftheday) July 18, 2021
Kain Kiswah Pernah Berwarna-Warni
Menurut catatan sejarah, kiswah tidak selalu berwarna hitam pekat seperti sekarang. Kiswah pertama dari kain tenun Yaman berwarna merah dan berjalur. Pada masa Khalifah Ma’mun ar-Rasyid pula, kiswah berwarna putih. Kiswah juga pernah berwarna hijau semasa pemerintahan Khalifah An-Nasir dari Bani Abbasiyah (sekitar abad 16M) dan berwarna kuning semasa pemerintahan Muhammad ibnu Sabaktakin.
Penggantian kiswah yang berwarna-warni ini rupanya tidak begitu digemari oleh Khalifah al-Mamun dari Dinasti Abbasiyah. Akhirnya beliau memutuskan kain kiswah kekal berwarna hitam hinggalah sekarang.
Tanggungjawab Khalifah
Dahulu, tanggungjawab pembuatan kiswah dipikul oleh setiap khalifah yang sedang memerintah di Hijaz, Arab Saudi. Meskipun kiswah selalu menjadi tanggungjawab para khalifah, ada beberapa raja dari luar tanah Hijaz pernah menghadiahkan kiswah kepada pemerintah Hijaz.
Setelah Perang Dunia I berakhir, Raja Farouq I dari Mesir kembali mengirimkan kiswah ke tanah Hijaz. Namun melihat kepada situasi pada waktu itu, pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Abdul Aziz Bin Saud memutuskan untuk membuat fabrik kiswah sendiri di Mekah bermula tahun 1931 hinggalah ke hari ini.
The old curtain has been removed and placed on the roof pic.twitter.com/Jtu5UPGuiH
— Haramain Sharifain (@hsharifain) July 18, 2021
Kiswah Simbol Kekuatan, Kesederhanaan, Keagungan.
Kiswah memiliki keunikan dan keunggulan tersendiri. Pintalan benang berwarna emas mahupun perak bersatu merangkai goresan kalam Ilahi.
Kiswah menjadi sangat berharga bukan hanya kerana firman-firman Allah SWT yang suci yang dipintal pada kainnya, tetapi juga kerana keindahan pintalan benang pada permukaannya. Kombinasi warna emas dan perak pada kaligrafi yang menghiasi kiswah memiliki nilai seni yang luar biasa kerana pembuatannya memerlukan kemahiran dan skil luar biasa.
*
Menarik bukan cerita tentang Kiswah ini? Semoga kita mampu menjadi saksi pergantian Kiswah saat berziarah ke rumah-Nya pada tahun-tahun mendatang, insyaAllah.
Sumber : Karya Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Merupakan Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar Dan Universiti Malaya, Ini 8 Fakta Menarik Anwar Ibrahim

Setelah lima hari kemelut politik melanda Malaysia apabila tiada parti mampu membentuk kerajaan persekutuan akibat tidak memiliki kerusi parlimen yang mencukupi.
Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri baharu negara jam 5 petang tadi, setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang telah bermesyuarat dengan Majlis Raja Raja.

- Dilahirkan pada 10 Ogos 1947, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan anak jati Pulau Pinang. Berusia 75 tahun kini, beliau mula melibatkan diri dalam dunia politik pada tahun 1982 dengan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh.
- Merupakan seorang pelajar yang cemerlang sejak sekolah rendah. Anwar Ibrahim kemudiannya dipilih untuk memasuki sekolah asrama penuh berprestij, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menamatkan pengajian di situ pada 1964.
- Pernah dinobatkan sebagai antara Menteri Kewangan terbaik di Asia, tahukah anda Anwar sebenarnya merupakan seorang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya.
- Beliau merupakan antara pengasas dan presiden kedua organisasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Organisasi tersebut masih lagi wujud sehingga hari ini.
- Hasil perkahwinan di antara Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail di kurniakan enam orang cahaya mata. Namun hanya anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar yang mengikut jejak langkahnya ke kancah dunia politik.
- Impak Anwar Ibrahim kepada landskap politik Malaysia cukup besar. Perihal mengenainya menjadi ikutan ramai termasuklah agensi media luar negara. Tidak hairanlah dia suah banyak kalu menghiasi muka hadapan majalah luar negara seperti TIME.

- Anwar Ibrahim merupakan individu pertama di Malaysia yang akan mengepalai negara ini sebagai Perdana Menteri bagi kerajaan perpaduan. Ini bermakna kabinetnya bakal diisi oleh beberapa ahli parlimen dari blok pembangkang yang bersetuju untuk bekerjasama.
- Sebuah filem mengenainya sedang dalam pembikinan. Filem ini merupakan hasil terbitan Bianglala Entertainment dan diarahkan oleh Viva Westi. Pelakon handalan Malaysia, Farid Kamil menggalas tugas memegang watak sebagai Anwar Ibrahim manakala pelakon Indonesia, Acha Septriasa pula memainkan watak Wan Azizah.
Semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam mentadbir urus Malaysia ke arah kemampanan ekonomi yang kukuh dan juga membawa pendekatan memperkasakan masyarakat di Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum yang saling menghormati.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

