Jika kita sering mempertikaikan apa kebaikan orang lain, sila lihat apa kebaikan kita pula kepada sejagat. Jika tiada, adalah lebih baik kita mendiamkan diri kerana ia tidak akan menyakiti hati orang lain.
Tindakan seorang aktivis, Fahmi Reza yang troll wajah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam tandas dan kemudian mengepamnya dianggap sangat tidak bijak. Seolah mempersendakan Ketua Pengarah Kesihatan tersebut yang dilihat “tidak mampu” menangani isu COVID-19 yang semakin meningkat kala ini.
Seperti kita semua tahu, dari awal Mac lagi saat pandemik ini mula dikesan dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Datuk Dr Noor Hisham antara individu yang dilihat tidak pernah jemu dan berehat memberikan maklumat kesihatan untuk penduduk Malaysia. Wajah Ketua Pengarah itu tidak pernah penat walau perlu melakukan pekerjaannya setiap hari.
Malah atas jasanya serta kesungguhan Malaysia menangani pandemik Covid-19 mendapat pengiktirafan dunia apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerima anugerah daripada Yayasan Jenama Dunia (The World Brands Foundation).
Dalam perkongsian beliau menerusi catatan di Facebooknya, Dr Noor Hisham dengan rendah diri menerima anugerah berkenaan iaitu Anugerah BrandLaureate – Kecemerlangan Jenama Kepimpinan 2020, manakala KKM diiktiraf sebagai penerima Anugerah BrandLaureate – Sijil Pengiktirafan dan Penghargaan.
Katanya, beliau bagi pihak barisan hadapan dan mereka yang bekerja di belakang tabir mengucapkan terima kasih kepada pertubuhan antarabangsa itu.
"Kedua-dua anugerah ini mencerminkan dedikasi, komitmen, pengorbanan dan ketahanan setiap individu di KKM serta pelbagai agensi lain untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Ads
"Kami sudah menghadapi banyak cabaran dan rintangan ketika wabak Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini namun kami berjaya mengatasinya bersama-sama," katanya.
Lihat bahasanya amat merendah diri dan tak hairanlah dirinya amat disayangi oleh rakyat.
Netizen naik angin
Tidak hairanlah bila wajahnya di troll sebegini rupa, netizen naik angin. Baru beberapa jam dimuat naik di fb miliknya, aktivis itu dikecam hebat oleh netizen. Beribu-ribu komen dari pelbagai bangsa dan mereka menyatakan sokongan terhadap Datuk Dr Noor Hisham.
Antara komen-komen sempat REMAJA kongsikan di sini.
Ads
This is too much. Fahmi, politikus mungkin boleh disatira, tetapi tidak Dr. Norhisham. Dia dan semua barisan hadapan telah berpenat lelah untuk mengawal pandemik ini. Sewajarnya kau menghormati beliau.Rakyat Malaysia menyayangi Dr. Norhisham. Kau silap Fahmi, kau silap.
Jika awak tidak dapat bantu negara dengan hasil seni awak dan kelebihan yang Allah berikan, hormatilah orang yag berusaha untuk kita , jika tidak mampu berterima kasih cukuplah dengan diam. Kesihanilah diri awak sbb awak tidak dpt menolong diri sendiri jauh sekali utk menolong negara. Semoga awak dan kita semua diberi hidayah oleh Allah dan tahu berterima kasih kpd org byk berbakti .
Kalau letak muka orang politik orang tak kisah. Letak DG silap besarlah. Kebebasan bersuara bukan lesen untuk biadab tak kena tempat.
Banyak terluang masa lapang ko kan.. kurang ajar… Dr.Norhisham x rehat2 dr mula pandemik….
Ads
Jgn tunjuk sgt kurang adab dr keluarga ko
This is low. Freedom of speech or expressions doesn't mean you bashed for no reasons. The DG of Health most difficult task is probably to manage the politicians than combating Covid19 and his boss unfortunately, is an incompetent air suam minister. And this sketch comes down right to an uncalled for insults to say the least.
Fahmi Reza dalam tandas juga dan report dibuat terhadapnya
Ni baru level punk tua macam hang.acah rebel sgt semua benda hang nk fight..human right pak cik lulaaa..
Fahmi, kau turun sabah dulu jd volunteer. Kau tgk keadaan sini. Jgn kau goyang bijik mu jak melukis ntah apa2 situ. Bertrep rebel betul kau kan. Last kau ahh!
Seperti REMAJA nyatakan di atas, jika kita tak mampu menunjukkan kebaikan, maka berterima kasihlah kepada orang yang berbuat kebaikan. Itu lebih mudah dari menyakiti hati orang lain. Lebih mudahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pengguna perkhidmatan Uber diugut kerana tidak sengaja meninggalkan iPhone miliknya dalam kenderaan pemandu.
Menurut Facebook postAlvin, pemandu Uber itu tidak akan memulangkan semula iPhone miliknya melainkan dia mahu membayar sejumlah wang.
Ini merupakan perbualan mangsa bersama pemandu yang tak bertanggungjawab itu..
“Telefon ini mungkin penting untuk awak, tapi tidak saya. Bukan salah saya dan ianya adalah kesilapan awak sendiri. Berapa sanggup awak bayar untuk saya pulangkan telefon ni semula”
“Kalau setakat RM 100, awak boleh lupakan saja sebab tak berbaloi dan saya tak nak buang masa atas kesilapan orang lain. Lebih baik saya buang saja ke dalam tong sampah,” kata pemandu Uber tersebut.
Alvin tidak mempunyai pilihan lain dan bersetuju dengan permintaannya.
“Bagi saya RM200 dan saya akan hantar malam ini. Nak ke tak nak? Jangan buang masa, saya nak sambung bawa Uber ni,” tambah lelaki itu.
Namun begitu, setelah mereka bertemu lain pula jadinya. Pemandu tersebut meminta lagi RM100, bermakna Alvin terpaksa membayar RM300 untuk mendapatkan semula telefon bimbitnya.
Perghh cekik darah!
Ramai yang meninggalkan pesanan di ruangan komen menasihatkan Alvin supaya membuat laporan polis dan pihak Uber kerana ugutan pemandu tamak ini.
Harapnya lepas ni tiada lagi insiden seperti ini berlaku lagi dan kita juga patut lebih berhati-hati serta tidak cuai dalam menjaga barangan peribadi sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini tular di media sosial kisah seorang gadis yang berkongsi kisah kehadiran makhluk halus yang mendampinginya atas rasa kasihan dan mahu menjaganya hanya kerana dia suka menangis malam. Malah penunggu itu marah bila keluarga cuba memisahkan “hubungan” itu dengan menemui pengamal perubatan Islam. Walau sudah dibuang namun ia satu pengalaman menakutkan baginya Tweet ini dikongsikan oleh seorang pemuda berdasarkan pengalaman dialami oleh rakan perempuannya (twitter @herydgaf)
Di sebalik kisah ini, REMAJA menemuramah seorang pengamal perubatan Islam dan bertanyakan hal ini. Benarkah jin boleh mendampingi manusia atas dasar kasihan dan gadis suka menangis malam!
Menurut pengamal perubatan Islam yang enggan dikenali ini, pendamping atau jin mendatangi gadis yang suka menangis malam bergantung kepada situasi dialami oleh gadis tersebut.
“Kebiasaannya jika ahli keluarga memang ada membela saka (diwarisi dari nenek moyang terdahulu) apa saja musibah yang melanda ahli keluarga berkenaan, saka ini memang akan datang untuk ‘ambil tahu’.
“Ini kerana sebahagian tugas saka ini ialah untuk menjaga ahli keluarga ini turun temurun. Namun saka ini akan lebih cepat datang kalau gadis yang bermasalah itu anak sulung dalam keluarganya. Ini kerana anak sulung perempuan biasanya adalah pewaris terdekat saka ini,” katanya memulakan mukadimah.
Faktor lain tentang kehadiran jin atau saka ini bergantung kepada situasi dialami oleh gadis berkenaan.
“Jika dia tidak mampu mengawal emosinya, asyik menangis saja setiap malam hanya kepada sebab-sebab seperti putus cinta, lagi cepat dirinya akan didampingi oleh jin ini. Mulanya memang sebagai pendamping tapi lama kelamaan boleh lebih dari itu.
“Gadis ini biasanya akan mula terdengar bisikan-bisikan yang kalau dalam istilah perubatan dipanggil gangguan jiwa tetapi ia sebenarnya adalah berkait dengan gangguan dari jin berkenaan.
“Semua ini bergantung kepada ketahanan mental gadis itu sendiri. Jika jiwanya lemah maka makhluk halus mudah masuk. Kalau jiwanya kuat, tiada apa berlaku,”katanya lagi.
Tambahnya lagi, kekuatan jiwa dan emosi adalah faktor paling penting untuk mengelak seseorang individu diganggu oleh makhluk halus ini. Pendek kata, kekuatan jiwa bergantung kepada sejauh mana gadis ini redha dengan setiap ujian menimpanya.
“Sebagai contoh jika dia merasakan putus cinta itu adalah takdir dan redha, menerimanya dengan hati dan fikiran terbuka,walau keluarganya ada keturunan saka, maka tiada apa akan berlaku padanya. Tak ada jin akan ikut dampinginya,”katanya lagi.
Jin nama Ganderuwo akan ikut gadis waktu senja
Berbeza dengan gadis yang keluarganya tidak mempunyai saka keturunan, dirinya tidak terkecuali diganggu oleh jin bernama Ganderuwo yang berbentuk seperti gorilla dan berbulu hitam.
“Kita letak situasi begini. Andai gadis itu putus cinta pada pagi dan kejadian berlaku di pejabat. Menjelang petang perasaan marah, kecewa, sedih sudah bercampur dalam dirinya. Nak menangis mungkin malu di pejabat dan menjelang balik, semua perasaan itu semakin hendak dihamburkan.
“Biasa gadis ini akan balik dengan perasaan sedih keterlaluan. Dan sampai rumah waktu senja dan kemungkinan dia diganggu oleh jin ini sangat tinggi. Banyak juga kes-kes di mana jin berdegil dan enggan meninggalkan gadis disukainya. Tapi ada juga kes di mana gadis ambil keputusan akhiri hidup kalau emosi tidak stabil dan mendengar bisikab-bisikan begini.
Dekat diri pada Allah, tidur dalam keadaan berwudhu
Tiada hidup tidak ditimpa ujian. Namun ujian itu adalah tanda sedekat mana hamba pada Sang Pencipta.
“Seteruk mana pun ujian hidup kita, jangan sesekali menyalahi takdir Allah taala. Allah sayang dan kerana itulah Allah menguji. Bagi kes-kes untuk mengelak gangguan jin ini, selepas solat Isyak dan mahu tidur, sentiasa pastikan diri tidur dalam keadaan berwudhu.
“Tidurlah mengereng sebelah kanan sebagaimana diajar oleh Rasulullah. Baca tiga kul dan ayat Kursi sebagai pendinding diri. Belajar memaafkan lelaki yang mungkin menyakiti hati kita dan membuat kita menangis. Percayalah Allah mahu menghadirkan insan lebih baik untuk kita. Jangan mudah berputus asa dan sentiasalah jadikan al-Quran sebagai bacaan wajib kita setiap malam. Insya Allah hidup kita akan selamat,”katanya menasihat gadis-gadis agar tidak mudah beremosi andai ditimpa ujian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kucing antara haiwan peliharaan yang bukan sahaja comel, tetapi banyak aksi mereka berjaya menambat hati si pencinta haiwan. Malah, individu yang takut kucing pun boleh terhibur melihat kecomelan telatah mereka.
Bagi pemilik kucing di rumah, sudah tentu korang terbiasa dengan aksi-aksi si bulus yang bermacam ragam. Ada yang suka duduk di almari, ada yang suka bermain karpet, malah ada juga yang suka ‘menghilangkan’ diri. Hiks!
Lain pula seperti yang telah dikongsi oleh selebriti Rusia di laman TikToknya, video aksi kucing yang dimuat naik oleh Victoria Bonya ini mendapat perhatian apabila seekor kucing memberikan reaksi paling ‘win’ ketika mendengar tuannya tidur berdengkur.
Video tersebut mendapat lebih daripada 4 juta tontonan dengan 6,000 komen daripada netizen di seluruh dunia. Rata-ratanya geli hati melihat reaksi spontan kucing itu.
Haihh, si bulus ni bikin orang geram je tau. Hehe!