Kemunculan kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 di acara Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat tegar mereka memandangkan ini merupakan kali pertama kumpulan tersebut bertandang ke Malaysia.
Begitupun, The 1975 yang menaiki pentas sebagai penghibur terakhir pada hari pertama semalam memilih untuk menjadikan slot konsert satu jam tersebut sebagai peluang untuk menyelitkan agenda peribadi mereka serta menunjukkan bermacam-macam aksi kurang sopan.
Biarpun peminat kenal benar dengan perangai vokalisnya, Matty Healy yang terbiasa untuk beraksi biadap sewaktu menjayakan persembahan, apa yang berlaku malam tadi tetap membuatkan penonton – waima peminat tegar mereka sekalipun – tergamam.
Matty tampil ke pentas dengan lagu kedua sambil menghisap sebatang rokok sebelum kembali dengan memegang sebotol arak sambil melakukan aksi lain seperti meludah. Paling tidak masuk akal adalah apabila Matty bertindak untuk mencium pemain bass kumpulan tersebut, Ross McDonalds usai berucap panjang mengenai pandangannya terhadap undang-undang di Malaysia yang menolak hubungan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Ads
“Saya melakukan kesilapan semasa kami menempah persembahan, saya tidak betul-betul mengkajinya. Saya tidak nampak sebab poin mengapa perlu mengajak kami (The 1975) ke negara ini dan memberitahu dengan siapa kami boleh melakukan hubungan seks (merujuk kepada kesalahan golongan LGBT sekiranya melakukan hubungan intim).
“Saya tidak mempunyai mood lagi. Malangnya, anda tidak akan dapat mendengar set penuh lagu-lagu kami kerana saya sedang marah. Jadi saya sudahpun batalkan persembahan kami (sehari sebelum tarikh persembahan di Sepang) dan kami berbincang. Kami berkata, “Kita tidak boleh mengecewakan peminat muda di sini kerana mereka bukanlah kerajaan (yang mengenakan akta tersebut).
“Saya pernah ke sebuah negara (merujuk kepada negara UAE) yang tidak masuk akal. Jika anda ingin mengajak saya ke sini untuk melakukan persembahan, kamu boleh lupakannya.”
“Saya akan ambil wang anda, anda boleh sekat saya tetapi saya pernah lakukan ini dan ia tidak merasa seronok. Dan saya amat marah,” kata Matt.
Ads
The 1975 kemudian meneruskan slot konsert mereka dengan beberapa lagi buah lagu sebelum pihak penganjur memadamkan visual latar belakang pentas serta lampu.
“Persembahan kami telah disekat di Kuala Lumpur. (We have just been banned in Kuala Lumpur),” ujar Matt sebelum kumpulan itu beredar turun dari pentas.
Tinjauan REMAJA ke akaun Twitter milik Menteri Komunikasi & Digital, YB Fahmi Fadzil sekitar jam 2.57 pagi mendapati ciapan baharu daripada beliau bagi menjelaskan tindakan seterusnya oleh kerajaan berhubung insiden The 1975 ini.
Ads
“Ini satu tindakan yang sangat biadap. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasan untuk dapatkan laporan penuh,” ciapnya.
Terdahulu, hari pertama acara Good Vibes Festival berlangsung lancar lagi meriah dengan kehadiran beberapa nama besar industri muzik antarabangsa di pentas utama termasuklah Anderson .Paak, Sabrina Carpenter dan Daniel Caesar.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan diberi nama Rhea Akira, pada 9 Mei semalam.
Hal itu dikongsi sendiri oleh suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai melalui aplikasi Instagram.
“Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur air mata dan sebak melihat isteri bertarung nyawa demi cahaya mata tercinta”
“Pengalaman pertama kali melaungkan azan pada cahaya mata kami, sungguh luar biasa. Perasaan yang tak dapat saya ungkapkan. Terima kasih ya Allah atas rezeki yang kau berikan pada kami sekeluarga”.
Kredit: Instagram ubaimz
Kata Ubai, dia bersyukur apabila melihat isterinya sihat dan selamat melahirkan. Dia juga merasa sebak dan terharu ketika melaungkan azan pada buah hati baru mereka.
Menurutnya lagi, jika ibu tercinta masih berada di dunia. Sudah pasti arwah akan berasa gembira dengan kehadiran cucu pertamanya.
“Takdir dan perancangan Allah itu sangat hebat. Akan kami jaga sehabis baik amanah dan rezeki yang kau berikan ini. Assalamualaikum puteriku, Rhea Akira ❤️”.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos tahun lalu selepas Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias pada tahun 2022, selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara salah satu cabaran menjadi seorang selebriti adalah ketika mereka harus menghadapi pelbagai ragam peminat ketika berada di tempat umum. Lebih lagi, jika selebriti itu merupakan seorang idola K-Pop yang mempunyai peminat ‘sasaeng’, di mana mereka sangat terkenal dengan perangai yang suka melanggar dan berperilaku di luar batasan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial, seorang anggota kumpulan RIIZE, Wonbin atau nama sebenar Park Wonbin (22) sedang berjalan seorang diri. Namun, salah seorang daripada peminat yang berada di situ telah mengikuti dan merakam Wonbin dalam jarak sangat dekat.
Walau bagaimanapun, tindakan itu telah dihalang oleh salah seorang lelaki dipercayai pengurus kumpulan RIIZE yang tiba-tiba muncul berlari pantas ke arah kamera untuk melarang peminat tersebut merakam video Wonbin.
Menurut keterangan peminat tersebut menerusi sebuah platform peminat di media sosial, pengurus tersebut telah menendang dirinya disebabkan perbuatannya itu.
“Saya tidak akan menuntut apa-apa. Tapi saya tak akan pernah lagi berada di jalanan dan merakam Wonbin yang hampir ber’pose’ dengan sangat ‘cool’ di depan kamera”
“Saya tak ingin berjumpa lagi dengan pakcik pembantu (pengurus) yang berlari dan mampu menendang semua orang dengan tendangan kung fu itu. Waktu saya menatap matanya, jantung saya hampir berhenti,” jelas peminat itu.
Tangkap layar dari sebuah video peminat ditendang oleh pengurus RIIZE yang tular baru-baru.Kredit: Billboard
Menurut beberapa laporan, ini bukanlah kali pertama beberapa anggota RIIZE diekori peminat sasaeng. Sebelum ini, bahkan sejak kumpulan RIIZE masih menjalani proses sebagai trainee, sudah ramai peminat yang mula mengikuti mereka kemana sahaja termasuk di tempat awam, lapangan terbang, jalan raya dan sebagainya.
Disebabkan tindakan beberapa peminat yang kurang bertanggungjawab dan tidak mahu menjaga privasi seperti ini. Syarikat pengurusan RIIZE telah menerapkan kawalan keselamatan dengan lebih ketat seperti mendapatkan khidmat pengawal dan pengurus yang mampu melindungi setiap anggota.
Sementara itu, melihat reaksi warga internet, ramai yang menabik hormat terhadap tindakan pengurus berkenaan kerana pantas untuk melindungi anggota RIIZE daripada para peminat yang degil yang tidak mahu memberi ruang privasi terhadap idola K-Pop kesayangan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Julia Farhana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, pada 14 Disember lalu di sebuah hotel di ibu kota.
Pelakon naskhah popular Rumi dan Jawi itu mendedahkan perkhabaran gembira tersebut menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.
Sehubungan itu, Julia memohon maaf kerana tidak meniemput media dan rakan-rakan kerana majlis pernikahan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
“Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz. Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga.
“Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri. Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar,” coretnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti merakamkan ucapan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli itu selain mendoakan yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.