Pemain bola sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid kini bergelar bapa selepas isterinya, pelakon Eyka Farhana selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Akhyar menerusi satu hantaran di Instagram beberapa minit yang lalu, sekali gus mencuri perhatian ramai peminat, rakan selebriti serta pengikut dunia bola sepak tempatan.
Lebih manis, pasangan ini turut mendedahkan nama indah bayi lelaki mereka iaitu Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar.
Akhyar Rashid Sambut Kelahiran Anak Pertama
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Akhyar Rashid meluahkan rasa syukur atas kehadiran zuriat pertama dalam hidupnya bersama Eyka.
“Alhamdulillah Ya Allah. Welcome to the world, Muhammad Luay Khayr bin Muhammad Akhyar,” tulisnya.
Ads
Dalam hantaran sama, Akhyar turut menyifatkan kelahiran anak sulung mereka sebagai satu anugerah terindah dan cinta terbesar dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.
“MasyaAllah TabarakAllah. Our little blessing, our greatest love,” kongsinya lagi.
Luahan ringkas itu cukup menggambarkan betapa besarnya rasa syukur dan bahagia Akhyar Rashid selepas melalui perjalanan baharu sebagai seorang ayah.
Ucapan Manis Buat Eyka Farhana
Apa yang turut menyentuh hati ramai ialah apabila Akhyar Rashid tidak lupa menitipkan penghargaan buat isterinya yang kuat melalui proses melahirkan anak pertama mereka.
Ads
Dalam kapsyen tersebut, Akhyar mengucapkan terima kasih kepada Eyka kerana tabah sepanjang perjalanan kehamilan dan kelahiran zuriat sulung mereka.
“And to my wife… well done b, thank you for being so strong through everything. Thank you for making me a father,” tulisnya.
Rakan Selebriti & Peminat Titip Ucapan Tahniah
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti, peminat serta penyokong bola sepak tampil mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Rata-rata mendoakan agar bayi mereka membesar dengan sihat, menjadi anak soleh serta membawa lebih banyak kebahagiaan dalam rumah tangga Akhyar Rashid dan Eyka Farhana.
Terdahulu, Eyka pernah berkongsi berita kehamilan anak pertama mereka pada Februari lalu, manakala pada April pasangan ini turut mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Untuk rekod, Eyka Farhana dan Akhyar Rashid mendirikan rumah tangga pada Mei 2025. Kini, kehidupan mereka semakin lengkap dengan kehadiran permata hati pertama, Muhammad Luay Khayr.
Dengan kehadiran bayi lelaki mereka, ramai peminat berharap agar rumah tangga pasangan ini terus bahagia dan dipenuhi kasih sayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, resepsi di antara pelakon, Farah Nabilah dan suami, Amirul berlangsung gemilang semalam.
Ternyata, Farah bijak memilih pereka fesyen duo, Rizman Ruzaini untuk menyiapkan dress bagaikan puteri semalam.
Selain Farah, jemputan selebriti yang bertandang ke majlis mereka turut tak melepaskan peluang untuk ‘melaram’. Jom tengok.
01
Scha Alyahya
Ditemani oleh suami, Awal Ashaari yang bertindak selaku pengacara majlis, Scha kelihatan elegan dalam persalinan biru gelap dengan trend puffed sleeves popular kini.
02
Mira Filzah
Pada pandangan kasar, Mira mungkin kelihatan minimal dalam sarungan baju kurung polos oleh Merah Jambu. Namun itulah keinginan Mira sewaktu proses rekaan – klasik dan tak ditelan zaman.
03
Syamim Farid
OMG, Syamim kelihatan cukup glamor dalam persalinan merah Samm Republic.
04
Izara Aishah & Tya Ariffin
Ke mana saja dua orang menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini pergi, pastinya mata tak terlepas daripada memberikan tumpuan kepada mereka.
05
Fazura
Selain daripada dress hijau zamrud yang menurut trend terkini, pasti ramai terkejut bila mendapat tahu Fazura menyiapkan solekannya sendiri semalam!
06
Siti Saleha
Turut menggayakan tas tangan daripada Dior sama seperti Scha Alyahya, Siti Saleha kelihatan ayu dalam persalinan tradisional moden. Macam nak bertunang sekali lagi, hehe..
*
Stail siapa yang menjadi kegemaran kamu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, kita semua dipertemukan lagi dengan malam-malam Nisfu Sya’ban pada tahun ini.
Malam penuh keberkatan ini sebenarnya telah bermula sejak 20 April lalu dan akan berakhir esok, 1 Mei 2018. Maknanya, malam ini merupakan malam terakhir untuk kita ambil kesempatan untuk pergiatkan lagi ibadah.
Bukan selalu weh, setahun sekali!
Dari Saidina Ali, baginda Rasulullah SAW pernah bersabda :
Apabila datang malam Nisfu Sya’ban, beribadahlah pada malamnya dan puasalah pada siang harinya. Sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para malaikatNya pada malam tersebut. Dan berkata siapa yang meminta rezeki, Aku bberi; siapa yang meminta keselamatan, Ku pelihara; siapa yang hendakkan sesuatu, Aku kabulkan sehingga terbit fajar.
* * * * *
Berpuasa juga dituntut.
Antara amalan yang boleh kita lakukan untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban adalah solat sunat tasbih, membaca al-Quran, mendengar tazkirah, berzikir, berpuasa, berselawat dan berdoa.
Antara niat yang perlu kita terapkan semasa berdoa termasuklah:
1. Meminta umur dipanjangkan dan agar kesihatan baik untuk sentiasa taat dan beribadah kepada Allah.
2. Dielakkan daripada bala, musibah dan wabak penyakit
3. Agar rezeki yang diterima adalah Halal dan agar kita akan pulang kepadaNya dengan kesudahan yang baik.
Selain itu, kita juga digalakkan untuk solat berjemaah untuk waktu Isya’ dan waktu Subuh.
Bacaan Yaasin 3 Kali
Walaupun kita pernah mendengar mengenai tuntutan untuk membaca surah Yasin selama 3 kali bermula selepas sudah solat Maghrib sehingga sebelum masuk waktu solat Isya’, amalan ini sebenarnya bukanlah kewajipan untuk malam Nisfu Sya’ban.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sebarang jenis amalan pun boleh dilakukan sepanjang malam-malam yang diberkati ini. Amalan 3 kali membaca surah Yasin ini pula selalu dilakukan pada waktu tersebut kerana hanya itu yang sempat dilakukan dalam tempoh Maghrib – Isya’ itu.
Bagaimanapun, itu tak bermakna kita tidak boleh membaca surah Yasin selama 3 kali. Malah, kita dituntut untuk menyertakan sekali niat untuk setiap bacaan.
Bacaan pertama: Berdoa agar dipanjangkan umur dan sentiasa istiqamah di jalan Allah.
Bacaan kedua: Berdoa agar rezeki yang diterima sentiasa Halal dan dijauhkan dari bala.
Bacaan ketiga: Berdoa agar Iman kita sentiasa teguh sehingga ke akhir hayat.
Apa-apa pun ibadah yang ingin kita lakukan pada malam ini sehingga Subuh esok, sertakanlah sekali dengan doa dan hajat baik kerana Allah. Mudah-mudahan ia akan diterimaNya – Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah tular isu kononnya Dato Sri Khalid Mohamad Jiwa dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi majlis tahnik bayi lelaki mereka, Muhammad Afwa pada hujung minggu lalu, hari ini penyanyi nombor satu negara itu tampil menjelaskan situasi sebenar agar orang ramai tidak berprasangka secara pra matang.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Siti tengah hari ini, ia berkata bahawa tiada individu yang terlibat dalam anjuran majlis tahnik pada 26 April lalu itu yang perlu merentas negeri untuk berada di situ.
Ini merujuk kepada kehadirian penceramah bebas popular, Ustaz Azhar Idrus yang sebelum ini didakwa warganet berada di negeri lain. Justeru, ia telah menyemarakkan lagi cemuhan terhadap pihak tuan rumah dan penceramah itu sendiri yang didakwa merentas negeri demi mengimarahkan majlis tahnik.
“Di sini, kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.
“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya, beliau hanya singgap untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sahaja sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” catat kenyataan tersebut.
Terdahulu, ramai warganet yang berang apabila timbul foto-foto majlis tahnik tersebut di saat ramai rakyat Malaysia yang terpaksa akur dengan larangan untuk merentas negeri bagi tujuan peribadi penting.
Tambahan pula dengan satu persatu kes ‘rentas negeri’ dan melanggar SOP yang dikaitkan dengan golongan selebriti, warganet merasakan seakan wujud situasi double standard yang membenarkan selebriti bebas berbuat apa sahaja tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Begitupun, tidak semuanya terlepas gaiss.
Minggu lalu, usahawan dan selebriti, Noor Neelofa telahpun dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 di atas penganjuran majlis pernikahannya yang didakwa melanggar arahan penjarakan sosial di antara tetamu.