Onz tak onz?
Isu melibatkan pemandu mabuk ini sudah lama disuarakan oleh rakyat. Malah, sering kali mereka menggesa agar tindakan ketat dikenakan buat mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa hukuman berat menanti pemandu yang disabit dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah menerusi perkongsian si laman Facebook rasmi milik beliau.
Menurut Perdana Menteri, beliau sudahpun mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 ( Akta 333) agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah.
“Saya memandang berat bilangan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk yang dilihat semakin membimbangkan kebelakangan ini.
Sebagai ketua kerajaan yang juga seorang bapa, saya memahami keresahan rakyat dan keluarga mangsa kemalangan yang mahu kerajaan bertindak tegas menangani perkara ini.
Statistik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 21 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dicatatkan sepanjang lima bulan pertama tahun ini. Daripada jumlah itu, lapan mangsa telah kehilangan nyawa.
Perkara ini amat membimbangkan kerana jumlah yang direkodkan menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Sebagai respons kepada keresahan rakyat, saya telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Saya difahamkan pindaan akta ini akan dimuktamadkan pertengahan Jun depan sebelum dibawa ke Dewan Rakyat untuk dibentangkan pada persidangan akan datang.
Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Manakala bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 dan penjara maksimum 10 tahun,” tulis Perdana Menteri.
Pada masa yang sama, beliau berharap agar pindaan ke atas Akta 333 dapat menetapkan hukuman mandatori lebih berat dan setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Saya juga berharap pindaan hukuman ini kelak akan memberi pembelaan kepada waris keluarga mangsa kemalangan yang terjejas akibat pemandu mabuk,” coret beliau lagi.
Anda mungkin berminat dengan

Tambahan pula, kes kematian melibatkan pemandu mabuk ini sering dilaporkan media namun rakyat melihat bahawa tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk nyata menaikkan kemarahan ramai.
Selain itu, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri untuk meminda hukuman lebih berat buat pesalah.

Moga-moga dengan suara Perdana Menteri dan pindaan akta ini akan mengurangkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol yang makin menjadi-jadi ni. Apa pendapat korang?
Sumber : Facebook Muhyiddin Yassin
∞
Memiliki aset seperti rumah pada usia muda menjadi impian setiap orang. Namun, keadaan ekonomi yang tidak stabil pada masa ini dengan harga rumah yang tinggi menyukarkan kita semua terutamannya Remaja untuk memiliki aset ini.

Tetapi, lain pula dengan pelantun lagu ‘Sumpah’ dan juga juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34, iaitu Naim Daniel. Walaupun baru berusia 22 tahun namun beliau sudah berjaya memiliki rumahnya sendiri. Hebat kan?
Menerusi satu posting di Instagram baru-baru ini, dia meluahkan rasa bersyukur dihadapan rumah barunya itu.
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.
Posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.



Moga kejayaan Naim Daniel ini mampu memberikan semangat dan inspirasi buat remaja di luar sana. Cayalah Naim Daniel!
Sumber : instagram Naim Daniel
∞
Yes guys, Datuk Seri Najib Tun Razak DISAHKAN bersalah ke atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri keenam negara itu didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila pihak pembelaan tidak mampu untuk menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan pihak pendakwaan atas kesalahan salah guna kuasa.
Lalu setelah keputusan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, masyarakat terus tertanya-tanya what is next? Apakah proses seterusnya yang akan berlangsung selepas ini dan apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan kepada Najib?
Menurut siaran langsung di saluran Astro AWANI pada tengah hari ini, seorang hakim jemputan sedikit sebanyak menerangkan mengenai proses perundangan kepada penonton untuk lebih memahami situasi ini.

“Saya berpendapat 2 jenis hukuman yang akan dikenakan adalah hukuman penjara dan denda sahaja.
“Berkenaan proses perundangan yang akan dilakukan selepas ini, pihak pembelaan yang diketuai oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah terlebih dahulu akan memberikan hujah dengan sebab munasabah mengapa hukuman yang dikenakan harus dikurangkan kepada kadar minima dari segi jumlah denda dan tempoh penjara. Perlu diingat, ini adalah atas budi bicara hakim.
“Saya juga merasakan pihak pembelaan akan cuba mengemukakan justifikasi sekiranya hukuman ke atas ketujuh-tujuh pertuduhan boleh dijalankan serentak. Dengan cara ini, hukuman boleh dikurangkan.
“Selesai saja hujah dari pihak pembelaan, tiba giliran pihak pendakwaan pula untuk mengemukakan hujah mereka terhadap rayuan pihak pembelaan. Sudah tentu, mereka akan menangkis rayuan yang dikemukakan. Mengapa seorang penjenayah yang telah disahkan bersalah perlu mendapatkan simpati daripada pihak hakim – itu adalah antara perkara yang akan mereka perkatakan.
“Sebelum ini, kes yang pernah saya kendalikan hanyalah melibatkan orang kebanyakan, ini pula adalah kes yang melibatkan seorang bekas Perdana Menteri. Rayuan pihak pembelaan saya kira akan disertakan dengan status Datuk Seri Najib sebagai bekas Perdana Menteri yang pernah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang membawa kebaikan kepada rakyat,” terang beliau lagi.
‘Bossku’ Sah Bersalah Atas 7 Tuduhan, Lihat 14 Pemimpin Yang Pernah Didakwa Corrupt
∞
Seorang wanita yang juga kakak kepada pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut di Senawang, baru-baru ini menjadi perhatian apabila kenyataan yang dimuat naik di media sosialnya mengundang kemarahan ramai.
Namun, setelah menerima kecaman hebat, wanita yang dikenali sebagai Nur Athirah Najwa akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik di media sosial, Nur Athirah mengakui kesilapannya dalam mengeluarkan komen yang mencetuskan kontroversi dan menyedari bahawa tindakan tersebut dibuat dalam keadaan emosi.
BACA: Peguam Saran 3 Penyampai Radio ERA Henti Mohon Maaf Isu Dakwaan Persenda Agama Hindu, Hanya Salah Faham Ikut Trend Miki Ghazali
@bungaorkeddddddddddd Assalammualaikkum / Salam sejahtera . Saya kakak kepada pelaku kejadian kemalangan maut diSenawang tempoh hari ingin membuat PERMOHONAN MAAF bagi pihak keluarga mangsa dan seluruh rakyat malaysia atas keterlajuran kata kata saya tempoh hari. Saya mintak maaf saya tidak dapat mengawal emosi sewaktu itu. Saya betul betul menyesal atas kata kata saya yang lepas. Harap pihak keluarga mangsa dan juga rakyat malaysia dapat memaafkan saya. Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. #kakakhondajazz #permohonanmaaf #kemalanganmautsenawang ♬ original sound – Mk
“Assalamualaikum, saya Nur Athirah Najwa, kakak kepada pelaku yang terlibat dalam kemalangan di Senawang.
“Saya ingin memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia atas posting dan komen yang keterlaluan sehingga membuat semua marah.
“Saya sedar saya telah muat naik posting dan komen tersebut dalam keadaan yang emosi. Saya betul-betul minta maaf dan saya menyesal,” katanya.
Sebelum ini, Nur Athirah menerima kecaman selepas tindakannya seolah-olah mempertahankan adiknya yang terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa dua individu. Komen tersebut dianggap tidak sensitif terhadap keluarga mangsa dan menimbulkan kemarahan netizen.

Insiden yang berlaku pada Khamis lalu, sekitar jam 8.30 malam, di persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Persiaran Senawang 1, Seremban, mengakibatkan empat individu cedera parah, termasuk dua beradik lelaki.
Dua mangsa yang menaiki motosikal Modenas Kriss, Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan Muhammad Aswari Lotpi, 16, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Susulan kemalangan tersebut, pihak polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kemalangan maut tidak memiliki lesen memandu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Nur Athirah Najwa
∞