Sebelum ini penyanyi Billie Eilish telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia dan akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar tetapi tidak pula dimasukkan Malaysia dalam senarai.
Namun, berita baik yang diterima pagi ini apabila pemenang tujuh kali Grammy Award itu bakal membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.
Penganjuran konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah Asia ‘Happier Than Ever, The World Tour’ yang dinantikan-nantikan peminatnya di Malaysia, termasuklah di Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.
Ads
Penampilan ini secara tidak langsung menjadikan Billie Eilish selebriti indie electropop pertama yang membuat kemunculan di Asia. Tiket konsert Jelajah di Amerika Utara, UK dan Eropah memecah rekod apabila habis dijual pada Mei tahun lalu.
Sejak pelancaran single pertamanya Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles ini terus meraih kejayaan demi kejayaan. Breakout Album 2019 penyanyi ini, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? berjaya menduduki tangga pertama di Billboard 200 di Amerika Syarikat serta 17 negara lain di seluruh dunia dan menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun itu.
Dibawakan oleh Live Nation Malaysia, tiket pra-jualan boleh mula dibeli esok (24 Jun) pada pukul 10 pagi, diikuti oleh pra-jualan Live Nation Members pada hari Sabtu (25 Jun) 10 pagi. Tiket dijual dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah disenarai sebagai antara penyanyi rappers terkaya, Marshall Bruce Mathers III atau nama popularnya Eminem, memulakan kariernya sebagai penyanyi rap pada tahun 1992.
Beliau merupakan artis terlaris di Amerika pada tahun 2000. Majalah Rolling Stone menyenaraikan beliau di tempat ke 83 dalam senarai mereka, 100 Greatest Artists of All Time dan menggelar beliau sebagai King of Hip-Hop.
Foto Via Geo Tv
Kini, Eminem sudah bergelar usahawan apabila beliau membuka sebuah restoran spaghetti baharu dengan nama Mom’s Spaghetti di kampung halamannya di Detroit. Restoran itu dibina hasil kerjasama Eminem dan kumpulan restoran tempatan dan ia bermula sebagai kedai pop-up pada tahun 2017.
Namun, siapa sangka beliau sebenarnya mendapat inspirasi membuka kedai pastanya melalui lagu ‘Lose Yourself’ dari filem Mile 8. Berkat bait lirik daripada ungkapan lirik ini;
“His palms are sweaty, knees weak, arms are heavy / There’s vomit on his sweater already, mom’s spaghetti.”
Mom’s Spaghetti sebelum ini telah tampil di beberapa festival muzik yang dihadiri oleh Eminem. Restoran terbabit juga bertanggungjawab dalam mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan barisan hadapan yang bertarung menentang COVID-19 di Detroit, lapor berita antarabangsa.
Foto VIa M Live.com
Menu restoran Mom’s Spaghetti ringkas, mereka menawarkan spaghetti dengan bebola daging atau dengan ‘bebola arnab’ vegan dan sandwic sghetti, semuanya berharga di bawah $ 15.
Nampaknya Eminem buka restoran ini bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Cayalah Eminem…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MAMA 2020 masih berlangsung semasa artikel ini ditulis dan tidak semua pemenang kategori yang dipertandingkan telah diumumkan. Namun apa yang pasti, salah satu pemenang yang telah diumumkan berjaya mencuri perhatian netizen.
Grup yang dimaksudkan itu ialah Weeekly yang sekali lagi berjaya membawa pulang kategori Artis Baru Perempuan Terbaik untuk kali ketiga berturut-turut sejak minggu lalu.
Weeekly di Asia Artist Awards 2020, minggu lalu. Sumber: Instagram @_weeekly
Justeru, ramai K-Poppers di Malaysia yang tertanya-tanya siapakah gerangan Weeekly ini memandangkan ramai yang lebih ‘familiar’ dengan artis lain dalam kategori tersebut seperti Secret Number.
Ini adalah 4 info ringkas mengenai Weeekly.
01
Weeekly pada mulanya dikenali dengan nama PlayM Girls & FAVE Girls sebelum menetapkan nama grup mereka sebagai Weeekly (ya memang ada 3 E di situ, bukan typo ya!) sebelum melakukan debut.
02
Weeekly dianggotai oleh 7 orang ahli iaitu Monday, Soeun, Jaehee, Soojin, Jiyoon, Jihan dan Zoa. Sejak debut pada akhir bulan Jun tahun ini menerusi album We Are, grup di bawah label Play M Entertainment. Yes guys, mereka merupakan junior kepada grup Apink selepas tempoh 10 tahun!
Weeekly di Melon Music Awards 2020 semalam. Sumber: Instagram @_weeekly
03
Jelas, Secret Number lebih popular di Malaysia berbanding Weeekly. Tapi tahukah korang bahawa Weeekly cukup popular di Korea Selatan.
Catatan penjualan album fizikal mereka juga jauh meninggalkan Secret Number iaitu kira-kira 40,100 keping berbanding 6,200 yang dicatatkan oleh Secret Number. Itu adalah salah satu faktor utama bagaimana mereka terpilih untuk membawa pulang kategori Rookie Wanita Terbaik tahun ini.
04
Menariknya, single debut Weeekly yang berjudul Tag Me (@Me) sebenarnya digubah sendiri oleh komposer tempatan, Audi Mok yang popular dengan lagu seperti Cinta Datang Lagi (Dina Nazir) dan Generasiku (OAG)
Sehingga kini, video muzik Tag Me telah menerima lebih 15 juta tontonan di YouTube.
*
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan pingat pertama Lee Zii Jiadi Sukan Olimpik sebentar tadi dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki telah menghadirkan seribu satu perasaan buat oleh atlet badminton kebangsaan itu.
Sejujurnya, banyak perkara telah diperkatakan mengenai Lee Zii Jia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Mungkin sekali ia disebabkan harapan besar peminat sukan negara yang ternanti-nantikan kehadiran pelapis berkaliber bagi menggantikan jaguh dunia, Datuk Lee Chong Wei. Lantas, ramai yang bersifat kritikal terhadapnya,
Mungkin juga, tidak semua keputusan Lee Zii Jia yang dilakukan selama ini demi kelangsungan kariernya sebagai pemain badminton profesional telah dipersetujui oleh semua pihak.
Namun di sebalik semua itu, anak jati negeri Kedah itu tetap memberikan sehabis baik dalam pertarungan menentang lawan dari India, Laksyha Sen dan memenangi dengan keputusan 16-21, 21-13, 21-11 dalam tempoh 71 minit.
Kemenangan Lee Zii Jia itu sekaligus menghadiahkan pingat kedua Sukan Olimpik Paris 2024 untuk Malaysia selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat sulung buat kontinjen negara, pada 4 Ogos semalam.
Ternyata, corak permainan Zii Jia yang lebih ‘mengganas’ di set penentuan dengan pukulan smash konsekutif membuatkan kemenangan kali ini lebih berbekas di memori peminat sukan badminton dan semua rakyat Malaysia, khususnya.
Lee Zii Jia jelas tidak mampu menyembunyikan emosinya sewaktu ditemubual usai kemenangan pingat gangsa tersebut.
Dalam sesi bersama rakan pemberita di Astro Arena, pemain berusia 26 tahun itu menceritakan detik di mana dia merasakan segala yang dilakukannya tidak mampu memuaskan hati semua pihak.
“Selepas saya bergelar pemain profesional, banyak yang berlaku selama tempoh tiga tahun ini. (Sebelum ini) sekali pun saya tidak menangis fasal apa-apa pun. Sampai saya pernah nak give up badminton… nak berhenti bermain.
“Saya pun tidak pasti saya akan dapat melayakkan diri ke Sukan Olimpik setahun lalu. Ranking saya jatuh dan ia merupakan antara momen terburuk dalam karier saya.
“Saya datang ke (Paris 2024( dengan harapan untuk memenangi pingat emas. Saya cuma ingin buktikan pada diri sendiri yang saya memang boleh dan saya tidak melakukan kesilapan sebelum ini sebagai seorang pemain profesional.
“Saya cuma beritahu diri sendiri untuk tidak menyerah kalah,” katanya dalam nada sebak.
Tambah Lee Zii Jia lagi, reaksi rakan pemberita dan media yang kadangkala bersikap seakan ingin menjentik prestasinya di gelanggang atau mengkritik layanannya terhadap rakan media sebelum ini sedikit sebanyak mengganggu fokusnya.
Terbaru, tular di media sosial mengenai komen spontan seorang pengulas sukan popular yang menyentuh mengenai sikap ‘cold shoulder’ Lee Zii Jia apabila media tempatan cuba mendekatinya.
“Saya telah sampai sejauh ini dan abang pun tahu apa yang sudah berlaku. (Sebak) Setiap pagi saya bangun dari tidur, saya nampak macam-macam berita pasal nama saya,” katanya yang tidak dapat menahan air mata sebelum menyambung,”Dan saya selalu tertanya-tanya, apa yang saya buat salah?
“Saya cuma bangun setiap hari untuk menghadiri latihan saya, diam-diam sahaja. Saya tidak tahu apa sudah jadi kepada (media tempatan). Saya cuma memilih untuk berdiam diri tidak kiralah mereka memalukan saya dan cakap apa-apa (perkara negatif) tentang saya.”
“Saya tetap mendiamkan diri dan ingin buktikan kepada mereka. Walaupun ini hanyalah sebutir pingat emas tetapi ini adalah permulaan buat saya. Saya akan kembali di (Sukan Olimpik) Los Angeles 2028 dan dapatkan pingat emas itu,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!