Bagaikan kronologi cerita dalam filem seram dan thriller pula.
Jika sebelum ini gempar cerita mengenai seorang model cantik dan juga pempengaruh dari Hong Kong, Abby Choi yang dilaporkan telah dibunuh dengan kejam. Lebih sadis apabila mayat mangsa ditemui telah dipotong dan disorokkan di beberapa tempat berasingan.Namun, kepalanya tidak ditemui.
Terbaru, mengikut laporan mustsharenews.com, akhirnya pihak polis berjaya menemui kepala model Abby Choi itu di dalam di salah satu daripada dua periuk sup besar yang diambil polis pada hari Jumaat dari rumah tiga tingkat di Lung Mei Tsuen.
Tambahan laporan lagi, periuk-periuk itu dibawa ke bilik mayat pada Sabtu, dan pakar forensik menemui kepala dan rusuk ketika meneliti kandungannya.
Ads
Menurut Superintendan Alan Chung dari unit jenayah wilayah Kowloon West berkata, lubang berukuran 6.5cm kali 5.5cm ditemui di bahagian belakang tengkorak itu, dan pakar forensik percaya ia menjadi punca maut.
Pada masa sama, seorang lagi suspek, kekasih kepada bekas bapa mentua Choi ditahan menjadikan jumlah suspek kes pembunuhan kejam itu kepada lima orang.
Sebelum ini, pihak berkuasa percaya Abby mempunyai ‘pertikaian kewangan’ dengan bekas suaminya dan keluarganya mengenai hartanah berharga 100 juta dolar Hong Kong (RM55.51 juta), yang dia telah merancang untuk menjualnya.
Ads
Polis dan pekerja Jabatan Perkhidmatan Saliran kembali ke Lung Mei Tsuen untuk memeriksa paip kumbahan di kawasan itu untuk mencari bahagian badan yang hilang.
Aduhai, sadisnya tragedi yang menimpa model terkenal ini. Di mana letaknya perikemanusiaan sehingga sanggup memperlakukan pembunuhan seumpama itu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pusat pelancongan terkenal Indonesia, Bali khabarnya akan dibuka semula untuk pelancong antarabangsa dari China, Jepun dan Korea Selatan pada pertengahan bulan ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin menurun di negara republik itu.
Menteri Kanan, Luhut Panjaitan memaklumkan pelancong pelancong dari New Zealand, Qatar dan UAE juga dibenarkan untuk mengunjungi Indonesia melalui penerbangan antarabangsa dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di pulau pelancongan itu mulai 14 Oktober depan.
Pelancong perlu memenuhi kriteria dan syarat mengenai kuarantin, ujian COVID-19 dan semua pelancong antarabangsa perlu menunjukkan bukti hotel yang ditempah untuk kuarantin sekurang-kurangnya lapan hari dengan perbelanjaan sendiri.
Sebelum ini, pembukaan semula Bali ditunda beberapa kali apabila republik itu seang berjuang melawan penularan COVID-19, terutama varian Delta yang mudah merebak.
Indonesia juga menetapkan peraturan kemasukan pelancong antarabangsa dengan meminta bukti sijil lengkap vaksinasi sebelum membenarkan kemasukan visa luar dan pelancong dari seluruh dunia.
Nampak beberapa negara jiran kita sudah mula membuka sempadan negara mereka untuk pelancong luar negara. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tiada kes penularan wabak COVID-19 yang berlaku nanti.
PayDirect merupakan cara mudah membayar tol menggunakan Touch n Go eWallet, dimana walaupun masih menggunakan kad Touch n Go fizikal, baki tidak ditolak daripada kad fizikal, sebaliknya baki di dalam ewallet yang digunakan untuk membayar tol.
Dengan menggunakan PayDirect ini, korang boleh menyemak baki masa nyata, serta membuat tambah nilai eWallet secara dalam talian.
Sistem PayDirect iaitu kad Touch n Go yang didaftarkan dengan e-wallet dan boleh dibuat tambah nilai menerusi aplikasi e-wallet yang hanya boleh digunakan di lebuh raya berikut:
Lebuh raya Sistem Tol Tertutup (masuk plaza tol dan bayar di plaza tol keluar)
Lebuh raya Sistem Tol Terbuka (terus bayar di satu plaza tol sahaja)
AKLEH
BESRAYA
BSI, PLUS di Johor
DUKE
GCE
GRAND SAGA
GRAND SEPADU
JKSB
KESAS
KLK (Plaza Tol Gombak dan Bentong)
LATAR
LDP LKSA
LLB
MEX
NPE SILK
SMART
SPRINT
Bagi sistem RFID pula, semua pengguna lebuh raya yang telah mempunyai tag RFID dan menggunakan RFID, korang boleh menggunakan aplikasi e-wallet Touch n Go bagi tujuan tambah nilai di seluruh lebuh raya di Malaysia.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi.
Baru sahaja aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini dibenarkan sebelum ini selepas tergenjala akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.
Terbaru, mulai hari 1 Disember 2021, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara.
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.
“Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,” kata JPNS.
Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.
REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.