Terkini, terlerai sudah kes #JusticeForBella apabila pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah dan disabitkan terhadap dua pertuduhan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Facebook Mona Din.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down . Sumber Gambar : Astro Awani
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
5 Fakta Mengenai Siti Bainun
Bukan Lagi Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang
Rata-rata netizen mendakwa bahawa Bainun merupakan Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang yang dilantik sejak tahun 2016 yang kemudiannya menawarkan diri sebagai calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang dan calon Parlimen Belia Malaysia pada tahun 2018.
Ads
2. Penerima Anugerah Tokoh Muda Puteri UMNO Malaysia
Untuk rekod, Bainun merupakan tokoh Puteri UMNO yang menerima Anugerah Khas Pergerakan Puteri UMNO dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2016.
3. Najib Nafi Kenal Rapat Dengan Bainun
Susulan daripada pendedahan netizen mengenai Bainun merupakan penerima anugerah khas dari Najib pada 2016, bekas Perdana Menteri itu menerusi sebuah hantaran di media sosial menafikan bahawa beliau mengenali secara peribadi pengasas Rumah Bonda.
Ads
4. Rumah Bonda Pernah Mempunyai Kes Kematian
Mungkin ada yang masih ingat akan kisah adik Adam, bayi istimewa yang telah meninggal dunia di Rumah Bonda pada 3 Mei 2020. Susulan daripada tularnya kes adik Bella, netizen menuntut agar kertas siasatan adik Adam dibuka semula kerana disyaki mempunyai kes yang mencurigakan.
Seperti perkongsian Fdaus Ahmad yang tular di laman Facebook, ramai yang terkejut melihat keadaan fizikal adik Adam ketika di awal kelahirannya sehinggalah meninggal dunia.
Dalam hantaran Mohd Fadli Salleh pula, difahamkan Bainun tidak membenarkan post-mortem terhadap Allahyarham dibuat.
Ads
Sebelum ini isteri kepada Tunku Mahkota Johor pernah bersuara untuk menuntut keadilan bagi kes penderaan yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak sindrom down yang bernama Bella.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh kawalan pergerakkan ini, kerajaan telah memberi bantuan kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan. Dari inidividu kategori T20 hingga gelandangan, semuanya akan merasai bantuan yang dihulurkan.
Sehubungan dengan itu, mereka yang hidup secara bergelandangan telah diberikan tempat tinggal yang lebih sempurna dalam mengharungi wabak Covid-19.
Namun, disebalik kepahitan yang kita hadapi akibat pandemik Covid-19 rupanya terselit hikmah dan kemanisannya. Terputus hubungan sejak tahun 1996, lelaki ini menemukan kembali abangnya yang hilang tanpa khabar berita lebih 24 tahun lalu.
Melalui laporan berita Buletin TV3 bertarikh 11 April lalu, ada menyiarkan mengenai gelandangan yang dibantu semasa pelaksanaan PKP di ibu kota dan secara kebetulan ‘Tok Penghulu’ yang dilantik bagi mengawal kumpulan ini dikenal pasti sebagai abangnya yang sudah lama terputus hubungan.
Seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen bahawa lelaki berkenaan merupakan abang kepada individu Mohd Aidi Asyraf, siapa sangka daripada kisah mengenai gelandangan bertukar genre kepada Jejak Kasih.
Hilang selepas merantau bekerja di Kuala Lumpur, seorang pengguna Twitter berjaya menghubungi Mohd Aidi dan bertanyakan mengenai hal tersebut. Akui gembira kerana pencarian selama ini berakhir, ibu kepada Mohd Aidi turut merasa gembira dengan perkhabaran berkenaan.
Alhamdulillah, hikmah PKP. Jadi mari la kita bersangka baik sahaja. Mungkin lepas habis Covid-19 kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Elon Musk dilaporkan kini hilang kedudukan tersebut selepas New York Post kelmarin melaporkan bahawa beliau mencatat kerugian pertama dalam sejarah iaitu sebanyak AS$200 bilion (RM881 bilion).
Menerusi Indeks Bilionair Bloomberg, Musk sebelum ini mencatat nilai kekayaan tertinggi dengan meraih sebanyak AS$340 bilion (RM1.5 trilion) pada November 2021. Namun, ianya menjunam sebanyak 65% apabila apabila saham syarikat miliknya, Tesla susut kepada AS$137 bilion (RM603 bilion).
Hilang ‘takhta’ manusia paling kaya
Untuk rekod, Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter merupakan manusia kedua memiliki kekayaan melebihi AS$200 bilion (RM881 bilion) pada 2021 selepas pengasas laman jualan Amazon, Jeff Bezos, lapor Kosmo!
Musk hilang sebagai manusia terkaya di dunia pada awal Disember lalu dan ia telah dirampas oleh Pengerusi dan CEO LVMH, Bernard Arnault. Namun begitu, kerugian itu menunjukkan bagaimana beliau dan Tesla berkembang ketika pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif LVMH, Bernard Arnault. FOTO: Forbes
Lapor sumber lagi, biarpun hanya memiliki sebahagian kecil perkongsian pasaran dalam sektor kenderaan elektrik, Tesla dinilai pada harga melebihi AS$1 trilion (RM4.4 trilion) menjelang Oktober 2021.
Ia menjadikan Tesla sama taraf dengan syarikat gergasi teknologi lain seperti Apple, Amazon serta Alphabet dan syarikat induk enjin carian internet, Google, menurut laporan Bloomberg.
Kos Pembelian Twitter
Bagaimanapun, saat pesaing lain mula menghasilkan kenderaan elektrik yang mengejar dan mencabar penguasaan Tesla, Musk mengalihkan tumpuannya kepada usaha baharu iaitu menjadi pemilik dan CEO laman media sosial Twitter.
Disebabkan itu, sumber melaporkan bahawa Musk terpaksa menjual sebahagian besar saham Tesla tahun lalu kerana perlu membayar kos pembelian Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM193 bilion).
Ooo…patutlah harta Musk berkurang, rupanya ia merupakan pelaburan dalam perniagaan juga. Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang pertemuan di antara Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Elon Musk di SpaceX, Amerika Syarikat bagi membincangkan peluang perniagaan masa hadapan menerusi jenama Tesla dan SpaceX.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Allahu, kejadian yang sungguh menyayat hati… Kejadian ini pada awalnya berpunca dari perselisihan faham antara dua beradik yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.
Tular kejadian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut; dipercayai tertusuk pisau yang dilempar oleh kakaknya sendiri di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pihak polis telah menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang semalam. Suspek juga mengaku telah membaling pisau ke arah mangsa selepas diejek ketika masuk ke dalam rumah.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan antara mangsa yang berusia 16 tahun dan kakaknya berusia 18 tahun.
“Ibu mangsa mengatakan pada awalnya mangsa yang merupakan adik lelaki yang berusia 16 tahun telah bergaduh dengan kakaknya yang berusia 18 tahun kerana berebut tempat duduk di dalam kereta semasa balik rumah.
Menurut Rahmat, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru hari ini.
Suspek ditahan reman enam hari
Foto: Kosmo
Menerusi perkongsian dari satu portal berita, suspek berusia 18 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru; kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga (gambar di atas).
Suspek akan ditahan reman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dijalankan. Perintah reman itu dibenarkan Majistret, Nurmadiana Mamat selepas meluluskan permohonan dikemukakan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.
Sama-sama kita nantikan keputusan perbicaraannya itu. Untuk pengetahuan pembaca Remaja, kes ini juga akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.