Penyanyi dan komposer, Aisha Retno menegaskan air mata yang mengalir selepas selesai mempersembahkan lagu Tak Adil di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bukanlah kerana kecewa dengan keputusan pertandingan.
Sebaliknya, penyanyi berusia 26 tahun itu mengakui dirinya menangis kerana berasa lega selepas berjaya menyelesaikan sebuah persembahan yang cukup mencabar dan sarat dengan emosi bersama adik kesayangannya.
Bukan Sekadar Persembahan, Bawa Adik Bersama
Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, persiapan untuk karya tersebut menuntut komitmen yang besar apabila dia bukan sahaja perlu menguruskan penari dan prop, malah turut membawa adiknya sebagai anggota pemuzik yang mengiringi persembahan.
“Sebenarnya saya menangis kerana lega. Karya ini sangat berat, terutama apabila saya perlu menguruskan penari, prop serta membawa adik sendiri bersama dalam persembahan.
“Apabila melihat adik saya menangis, saya terus terfikir, ‘Ya Allah, kami berdua akhirnya sampai ke Anugerah Juara Lagu bersama-sama.’ Saya buat semua ini khusus untuk adik saya.
“Jadi, air mata itu sebenarnya tanda kelegaan. Saya tidak pernah terfikir kami akan menjejakkan kaki ke pentas AJL bersama,” katanya.
Ads
Naib Juara Jadi Suntikan Semangat
Dalam pada itu, Aisha menyifatkan kejayaan meraih gelaran naib juara AJL40 sebagai satu penghargaan besar buat dirinya dan pasukan.
Mengakui hadir dengan sasaran untuk membawa pulang kemenangan dalam kategori seperti Persembahan Terbaik atau Vokal Terbaik, Aisha bagaimanapun menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada panel juri.
“Sudah tentu setiap kali berada di AJL, kita ada sasaran sendiri, sama ada mahu memenangi Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik atau sebagainya. Niat itu memang ada, tetapi selebihnya saya serahkan kepada juri.
“Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati. Terima kasih kepada panel juri kerana sudi menilai karya ini dari segi komposisi, penulisan lirik dan segala aspek lain.
Ads
“Sekali lagi saya meraih naib juara dan saya sangat gembira. Keputusan ini memberi suntikan semangat untuk terus berkarya. Kalau ada rezeki tahun depan, mahu kembali mungkin bukan sebagai penyanyi, tetapi dengan karya yang dinyanyikan orang lain,” ujarnya.
Selepas AJL40, Fokus Puteri Gunung Ledang
Sementara itu, Aisha kini bakal mengalihkan fokus kepada komitmen baharunya dalam pementasan muzikal Puteri Gunung Ledang.
Lebih istimewa, projek berkenaan menjadi penampilan sulungnya dalam arena muzikal teater, sekali gus menyaksikan Aisha perlu meneroka sisi baharu sebagai seorang penghibur.
Ads
“Selepas ini, saya akan ‘berkampung’ dengan produksi Puteri Gunung Ledang. Penjualan tiket juga akan bermula pada 18 Ogos dan 21 Ogos, jadi saya perlu memberikan fokus sepenuhnya.
“Ini kali pertama saya muncul dalam arena muzikal teater. Banyak perkara perlu dilakukan, bukan sekadar menyanyi, tetapi menari, menjiwai watak serta berlakon bersama barisan pelakon hebat.
“Dalam masa sama, saya juga akan mengeluarkan single baharu, insya-Allah. Jadi memang banyak perkara perlu diberi perhatian selepas ini,” ungkapnya.
Tak Adil Bawa Aisha & Adik Ke Pentas AJL40
Untuk rekod, Aisha dinobatkan sebagai naib juara AJL40 menerusi lagu Tak Adil, hasil nukilan dirinya bersama adiknya, Sayed Abu Hanifa Radityo atau Radi selaku penulis lirik dan komposer.
Kejayaan tersebut melayakkan mereka membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM50,000, sekali gus melengkapkan satu lagi momen bermakna buat adik-beradik berkenaan di pentas berprestij AJL.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo yang juga merupakan individu paling ramai pengikut di media sosial. Kehebatannya dalam dunia sukan bola sepak sudah tidak lagi boleh disangkal, malah ketika berusia 37 tahun beliau masih mampu berada di kesebelasan utama pasukan.
Cristiano Ronaldo merupakan penerima gaji tertinggi di Manchester United, kelab terkininya selepas berpindah dari Juventus dengan nilai perpindahan 21 juta pound (RM121 juta).
Bergelar seorang ayah kepada empat orang anak, bintang bola sepak ini juga mempunyai kekasih yang cantik jelita bernama Georgina Rodriguez. Tidak dinafikan kekasihnya itu juga terkena ‘tempias’ populariti apabila dia kini mempunyai siri realiti sendiri di platform penstriman digital Netflix.
I Am Georgina mempunyai enam episod dan apa yang menariknya, siri realiti televisyen ini membongkar rahsia perkenalan mereka yang bermula dari tempat kerja Georgina.
Rupa-rupanya wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini adalah seorang pekerja Gucci dan Ronaldo terpikat dengannya ketika berbelanja di butik mewah itu. Siapa sangka daripada gadis biasa yang tidak punya apa-apa, kini kehidupan Georgina berubah sepenuhnya.
“Dulu saya menjual barangan mewah, kini saya menggayakannya di karpet mewah”
Ada banyak lagi perkara menarik yang dibongkarkan dan korang juga pastinya teruja melihat kehidupan mewah pasangan popular ini. Bagi peminat setia Cristiano Ronaldo, korang boleh tonton siri realiti I Am Georgina yang kini sedang ditayangkan di Netflix.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehilangan orang tersayang bukanlah hal mudah, apatah lagi apabila kita tidak berada berdekatan saat mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Begitulah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Ernie Zakri yang kehilangan ibu saudara saat dia sekeluarga berada di luar negara.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi ruangan Instastory, ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi berita berkenaan kepada umum.
“Saya kehilangan seseorang yang saya sangat sayangi hari ini. Makcik saya. Seorang makcik yang sangat baik hati. Saya sangat sedih kerana saya tidak dapat berada bersama ibu. Mama sayang Umi sangat.
“Terima kasih untuk segalanya Umi. Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan untuk kami sekeluarga dari dulu sehingga kini. Kami sayang Umi sangat. Alfatihah,” tulis Ernie yang memanggil ibu saudaranya dengan gelaran Umi.
Tangkap layar siaran di Instastory Ernie Zakri
Bersama tulisannya itu, disertakan poster belasungkawa ibu saudaranya yang bernama Aishah binti Mohd. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir dan pulang ke rahmatullah pada 4 Januari 2023.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. Sekadar perkongsian, Ernie ketika ini berdasarkan hantaran foto yang dimuat naik di Instagram sedang berada di Kota London bersama suaminya, Syamel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kpop merupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di Korea, malah beberapa selebriti mereka juga turut mendapat perhatian di seluruh dunia.
Terdapat banyak kumpulan yang melakukan debut setiap tahun, namun tidak semuanya mencapai tahap 9 kumpulan Kpop berikut dalam menjana pendapatan.
Ha, korang tahu tak grup mana yang paling kaya di Korea?
Jom kita lihat..
1. BTS
Kredit foto: insider.com
Rasanya cukup jelas kenapa kumpulan popular BTS ini mendapat tempat pertama kerana kejayaan mereka yang memecahkan rekod muzik, tawaran endorsement dan kolaborasi bersama bintang terkenal dunia. Tidak keterlaluan jika kami katakan yang BTS miliki segalanya dalam industri muzik sama ada di Korea mahu pun peringkat antarabangsa.
2. Twice
Kredit foto: googleusercontent.com
Mereka adalah queen Kpop daripada aktiviti tour sehinggalah kepada endorsements jenama-jenama besar. Biasanya, kumpulan lelaki lebih banyak ‘dijual’ tetapi Twice membuktikan bahawa grup mereka juga mendapat perhatian daripada nama-nama besar di Korea.
3. Blackpink
Kredit foto: mashable.com
Walaupun penjualan muzik mereka pada awalnya tidak begitu mengagumkan seperti kumpulan-kumpulan lain, namun mereka berjaya dengan konsert tour dan menjadi tumpuan antarabangsa. Kini, Blackpink antara selebriti yang sedang naik ke puncak carta penjualan dengan album penuh pertama mereka yang terjual lebih daripada 1 juta Salinan.
4. TVXQ
Mereka merupakan legenda, terutamanya di Jepun kerana mampu menjana lebih banyak wang untuk persembahan disana. Jepun merupakan industri muzik kedua terbesar selepas Amerika Syarikat dan mereka berjaya menakluk pasaran Jepun walaupun nama TVXQ tidak begitu besar di Korea. Namun, mereka mash merupakan kumpulan idola Korea yang popular di Jepun.
5. EXO
Kredit foto: wikimedia.org
Penjualan muzik mereka sungguh luar biasa dan mereka melakukan konsert tour di merata tempat. Versatility yang ada pada grup ini memberi kelebihan kepada mereka kerana berjaya menakluk pasaran Korea dan China. Tidak terkecuali, debut solo ahli kumpulan mereka yang turut berjaya menambat hati peminat.
6. Seventeen
Kredit foto: kpopping.com
Kumpulan ini mempunyai pakej yang lengkap kerana berjaya menerusi konsert tour, endorsements dan meluaskan kerjaya mereka di Jepun. Baru-baru ini juga, mereka menerima pengiktirafan double-million sellers!
7. Mamamoo
Kredit foto: cdn.i-scmp.com
Mereka dianggap sebagai salah satu kumpulan wanita Korea yang laris ketika penjualan muzik digital dan fizikal digabungan. Jika dikira segala aktiviti individu kumpulan ini dari segi projek dan endorsements, mereka memang membawa banyak keuntungan.
8. Red Velvet
Kredit foto: googleusercontent.com
Memperoleh tawaran endorsements serta mengekalkan permintaan tinggi dari pasaran luar negara dan menjadikan kumpulan ini baik daripada segi kewangan. Red Velvet juga merupakan salah sebuah kumpulan wanita Korea yang konsisten menghasilkan pendapatan atau menerima tawaran di dalam negara.
9. GOT7
Kredit foto: imgix.bustle.com
Disebabkan konsert tour di merata lokasi, mereka memperoleh peminat dari seluruh dunia dan mempunyai barisan peminat antarabangsa. Bila digabungkan dengan penjualan dan endorsements yang dibuat, jelas sekali kumpulan ini menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Perkongsian ini nampaknya tidak menjelaskan berapa jumlah pendapatan yang mereka perolehi. Rasanya kalau dikongsi, mesti ramai yang terkejut kan. Hiks!