Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno diserang ‘anxiety’ sebelum sesi sidang media bersama barisan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Menurut pelantun lagu popular Sutera itu, dia tidak dapat menjelaskan insiden itu dengan terperinci kerana di luar kawalannya.
“Apa yang saya boleh katakan, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku kepada tubuh kita. Mungkin kepenatan, tetapi, saya tidak fikir keletihan sebagai alasan untuk kita sebagai artis.
“Apabila Allah kata hendak jadi, maka jadilah perkara itu,” katanya kepada Remaja.
Ads
Pada masa yang sama, Naib juara AJL38 itu sempat berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.
“Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.
Ads
“Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya,” tuturnya lagi.
Untuk info, Lagu Sutera ciptaan Aisha dan MFMF menduduki tepat kedua AJL38 membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.
Ads
Untuk kategori persembahan terbaik, Aisha meraih wang tunai RM12,000 dan trofi. Aisha menewaskan pesaing terdekatnya, Shiha Zikir yang mempertaruhkan lagu Kalam pada AJL 38.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi buah mulut ramai pada 1 Syawal lalu, aktor terkenal Zul Ariffin memaklumkan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin adalah perkara biasa setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.
Berkata kepada Remaja, keluarga terutama arwah ibunda tercintanya, Allahyarham Robiah Nasir juga sudah menganggap Gayatri seperti darah dagingnya sendiri.
“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.
“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.
“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, semalam.
Selain itu, bagi meleraikan persoalan ramai yang mendakwa Gayatri merupakan bakal isterinya, Zul memberitahu ‘hari bersejarah’ yang pernah dinyatakan sebelum ini, dianggap masih belum berjaya direalisasikannya sehingga ke hari ini.
Pada masa sama, pelakon filem hit Sangkar itu hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.
Zul bagaimanapun memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang sememangnya dinanti-nantikan ramai sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Mia Sara Nasuha bukanlah asing dalam industri hiburan tempatan. Sejak kecil, wajah dan bakatnya menghiasi kaca televisyen, menjadikannya antara pelakon cilik paling dikenali di Malaysia suatu ketika dahulu.
Namun, di sebalik populariti yang membesar bersama usia, Mia kini berdepan satu realiti yang lebih berat terperangkap dalam persepsi orang ramai yang masih melihatnya sebagai ‘budak-budak’.
Pada usia 21 tahun, Mia mengakui dia sudah penat untuk terus dipandang sebagai pelakon cilik, sedangkan dirinya kini berada di fasa kehidupan yang jauh berbeza.
Bagi Mia, apa yang berlaku bukanlah soal kesedihan atau kekecewaan terhadap rezeki yang diterimanya sejak kecil. Dia memahami bahawa setiap individu mempunyai perjalanan hidup masing-masing.
“I faham this is my journey, and this is rezeki I,” katanya dengan penuh kesedaran.
Namun, apa yang lebih memenatkan secara emosi adalah apabila bakat dan kebolehan dirinya seolah-olah tidak pernah benar-benar dinilai sebagai seorang individu dewasa.
Mia percaya dia mampu melakukan lebih banyak perkara, tetapi peluang dan platform yang sepatutnya masih belum diberikan.
Terlalu Lama Terikat Dengan Imej Pelakon Cilik
Mia tidak pernah menyesal menjadi sebahagian daripada memori zaman kanak-kanak ramai orang. Malah, dia sangat menghargai setiap kasih sayang dan sokongan yang diterima sepanjang kerjayanya.
“I enjoy being a kid, berlakon, I enjoy being people’s childhood,” jelasnya.
Kanak-kanak yang datang menyapanya, berkongsi rasa teruja dan gembira, semuanya menjadi kenangan manis buat Mia.
Namun, masa terus berlalu dan realitinya kini jauh berbeza. Pada usia 21 tahun, dia tidak lagi berada di fasa kehidupan seorang kanak-kanak.
Bila Dewasa, Tetapi Masih Tidak Diambil Serius
Cabaran sebenar bermula apabila seseorang masih dilihat sebagai kanak-kanak walaupun sudah dewasa.
Bagi Mia, setiap pandangan, emosi dan pendapat yang diluahkan sering dipandang ringan hanya kerana imej lama yang masih melekat.
“Bila orang pandang you as budak, orang tak take you seriously,” katanya secara jujur.
Keadaan ini bukan sahaja meletihkan dari sudut emosi, malah memberi kesan besar kepada keyakinan diri serta perkembangan kerjaya seseorang yang ingin melangkah ke tahap lebih matang.
Mia Sara Nasuha turut secara terbuka mengakui dirinya telah lama bergelut dengan isu mental health. Perjalanan ini bukanlah sesuatu yang baharu, malah telah berlangsung sejak bertahun-tahun lalu.
“I’ve been fighting this for 15 tahun,” katanya.
Antara luahan paling kuat daripada Mia adalah rasa kecewa apabila bakat dan kemampuannya tidak pernah diberi ruang untuk berkembang sepenuhnya.
“Nobody has ever pushed me to my limit. People don’t even know what I can offer.”
Bagi Mia, masalah sebenar bukanlah kekurangan bakat, tetapi kekurangan peluang. Tanpa ruang untuk mencuba cabaran baharu, orang luar terus membuat penilaian berdasarkan imej lama yang sudah tidak lagi relevan.
Masa Untuk Lihat Mia Sara Nasuha Sebagai Dewasa
Luahan ini bukanlah jeritan simpati, sebaliknya satu peringatan jujur tentang realiti yang dihadapi oleh ramai bekas pelakon kanak-kanak. Mia Sara Nasuha hari ini bukan lagi ‘budak kecil’ yang sama.
Dia kini seorang wanita muda dengan pengalaman hidup, luka emosi, dan potensi besar yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Mungkin sudah tiba masanya industri dan penonton melihat Mia bukan berdasarkan siapa dia dahulu, tetapi siapa dia sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapan peminat taman tema sedunia amatlah tinggi..
Adakah taman tema 20th Century Fox World yang sedang dibina di Genting Highland menepati jangkaan semua orang, setakat ini?
Pada mulanya, taman tema ini dijangka akan dibuka kepada orang ramai secara berperingkat bermula tahun 2018. Apabila pihak Genting dan 20th Century Fox World Malaysia mengadakan sidang media kali pertama mereka pada tahun 2014, ramai beranggapan tempoh 4 tahun itu terlalu singkat untuk menyiapkan kesemuanya.
4 tahun hampir berlalu. Apakah perkembangan terbaru dengan taman tema tersebut bernilai RM2.5 bilion?
Rupa taman tema Genting Highland beberapa tahun lalu. Agaknya sekarang macam mana eh?
Genting Highlands ialah lokasi pertama yang dipilih untuk mewujudkan taman tema 20th Century Fox. Sebanyak lebih daripada 25 tarikan dan ride baru akan dapat korang naiki. Kesemuanya berasaskan filem terkenal yang pernah dikeluarkan oleh syarikat penerbitan itu termasuklah Planet of the Apes, Rio, Alien vs Predator, Ice Age, Life of Pi, Night at the Museum, Wolverine dan – wait for it – Titanic!
Kesemua tarikan tersebut telah dapat dilihat terbina pada tanah berkeluasan 25 ekar ini. Cuba korang lihat beberapa foto yang telah dirakam oleh pihak kontraktor dan pengunjung yang menaiki kereta kabel untuk ke Resorts World Genting.
Kelihatan Space Shot yang lebih tinggi berbanding Solero Shot dahulu.
Ada juga ride terbaru yang landai namun pantas!
Kawasan landskap bertangga di bahagian luar.
Pintu masuk utama bertemakan roket (mungkin sekali diilhamkan daripada filem Alien vs Predator)
Bersebelahan dengannya pula ialah bangunan Arena of Stars sedia ada.
‘Rumah’ kepada Ice Age yang menjadi pintu masuk untuk ride roller coaster. Dah bersalji!
Seperti di Disneyland, 20th Fox Century juga dijangka akan menganjurkan Dream Parade istimewa yang menampilkan karakter diminati ramai daripada filem dan siri kartun mereka. Walaupun masih belum ada kenyataan rasmi mengenai Dream Parade ini, jika benar ia berlaku, pasti semua pengunjung termasuklah kita yang dah besar panjang ini tak sabar menantikannya pada waktu malam.
Setakat ini, begitulah rupa taman tema ini yang masih dalam proses pembinaan. Yang paling terawal dibuka adalah stor Fox World Studio pada 21 April lalu di tingkat kedua Sky Avenue, Genting. Bolehlah korang usha merchandise mereka.
* * * * *
Apa pun, kami berharap ia dapat dibuka menjelang suku kedua tahun 2019, seperti yang diramalkan pakar. Selain daripada di Malaysia, taman tema 20th Century Fox juga akan dibuka di Dubai dan Yeongjong Island, Korea Selatan.
P.S: Harga tiket masuk dijangka dijual sekitar RM150 seorang. Hhm, berbaloi ke tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!