
Buat kaki festival, inilah event yang korang memang tak boleh miss tahun ni! AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bakal turun dengan tema baharu, “Paint The Town Red”, pada 11 & 12 Oktober 2025 di MAEPS, Serdang.
Tapi tunggu dulu, festival ini bukan sekadar muzik semata. AirAsia x Hausboom: Scan & Win bagi peluang pengunjung bawa balik hadiah gempak seperti 10 tiket penerbangan percuma tanpa had setahun, tiket pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE & RIDE, cash prize sehingga RM50,000
dan tiket free ke festival. Bestnya, kempen ni dah bermula sejak Mei lalu dan akan berterusan sampai Disember 2025.Tak cukup dengan itu, Hotlink pula keluar dengan empat tin Hausboom edisi terhad yang ada QR code khas. Setiap Ahad, korang boleh menang hadiah melalui program Menang Ahad, termasuk 1000 tiket percuma, smartphone, tambah nilai prabayar, internet free dan baucar F&B. Masa festival nanti, booth Hotlink juga akan penuh dengan aktiviti fun dan cabutan hadiah eksklusif.
Kalau korang rasa tu dah cukup, guess what? Setiap pemegang tiket festival berpeluang memenangi sebuah Perodua Ativa baharu melalui cabutan bertuah di pentas utama.
Buat penggemar food hunting pula, Hausboom buat collab dengan KL Foodie Fest dan bawakan influencer Pin Yang bersama 100 vendor makanan tempatan. Dari street food sampai menu rare semuanya ada. Paling best, masuk percuma dan dibuka dari 10 pagi hingga 12 malam.
Untuk kaki fesyen, Hausboom Lokal Fest 2025 akan himpunkan lebih 80 jenama streetwear & lifestyle termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity serta koleksi thrift eksklusif dengan SOVO. Confirm jadi spot wajib buat pengunjung urban yang minat gaya hidup trendy.
• Lagenda muzik tanah air: Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Slam, Def Gab-C
• Artis popular & bakat baharu: Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik, Gerhana Skacinta, Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo dan ramai lagi
• Artis Indonesia
: Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawari• General Admission: RM119
• Rockzone: RM299
• VVIP: RM1,200 (premium deck, makan minum tanpa had, tandas peribadi & laluan ekspres)
Tiket boleh dibeli di: sayalive.io/hausboomfestival2025
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.