
Nama pelakon jelita Alya Iman kembali menjadi perhatian selepas didakwa antara selebriti yang terlibat menjalin hubungan dengan suami orang.
Namun begitu, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak melayan gosip lama yang kembali diperkatakan di media sosial. Malah, Alya mengakui dia langsung tidak membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.
BACA: Miliki Wajah ‘Natural Beauty’, Tukang Sapu Di Bangkok Ditawar Jadi Model
Sebelum ini, tular satu perkongsian di aplikasi Threads yang mendakwa beberapa selebriti tanah air terlibat menjadi ‘perampas suami orang’, dan antara nama yang disebut termasuklah Alya sendiri.
Pendedahan itu dibuat oleh seorang individu berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.
Walaupun ada netizen yang seolah-olah mahu menjatuhkan kariernya, Alya tetap positif dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan oleh Allah.
“Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.
“Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita,” jelas anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu.
Terdahulu pada tahun 2020, Alya pernah terpalit kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Isteri kepada lelaki berkenaan mendedahkan perkara tersebut menerusi Instagram Story dan mendakwa pelakon itu sedang hangat bercinta dengan suaminya.
Tidak berdiam diri, Alya kemudian tampil mengakui hubungan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka pernah bertunang, namun pertunangan itu telah pun putus pada Mac 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.