Kalau korang membesar sekitar 90-an pasti akan mengenali boyband tempatan yang terkenal seperti Kumpulan A To Z, Newboyz, QFace dan KRU. Tidak terkecuali juga dengan kemunculan Kumpulan Boboy yang muncul pada penghujung 1990-an dengan membawakan muzik bergenre pop rock.
Mesti teruja kan apabila salah seorang dari ahli kumpulan Boboy, Naqiu yang merupakan vokalis kumpulan ini mengumumkan menyertai pertandingan rancangan realiti hiburan paling popular Gegar Vaganza musim keenam (GV6)
Percaya atau tidak, sekitar 2001 merupakan zaman kegemilangan mereka sehingga jadual mereka begitu ketat dimana mereka pernah mencatat rekod persembahan sehingga 4-5 kali sehari. Album pertama kumpulan Boboy iaitu Episod Cinta turut mendapat kutipan melebihi 30,000 unit.(sumber NSR records)
Kumpulan Boboy yang terdiri daripada 5 orang anggota iaitu Bob, Along, Zul, Shah dan Naqiu begitu popular suatu ketika dahulu. Bukan sahaja dengan lagu-lagunya yang popular, malah rupa paras mereka dan style rambut belah tengah yang tengah ‘in’ ketika itu sentiasa menjadi sebutan di bibir peminat. Kiranya masa tu ni antara muka yang boleh buat ovari gadis-gadis meletup la tau.
Ads
Tapi kemana Naqui menghilang dari dunia muzik tempatan selama 14 tahun ini?
Sebenarnya, Naqiu bersama tiga lagi anggota asal kumpulan berkenaan pernah muncul dengan single berjudul Hukum Aku, sebagai isyarat kemunculan semula mereka namun lagu itu tidak mendapat sambutan ramai.
Menyanyi Di Kelab Malam
Ads
Begitupun, kegemilangan mereka tidak bertahan lama apabila nama kumpulan itu bagai pudar selepas kemunculan album ketiga, Masih Mencari, pada 2005.
Namun bagi penyanyi utamanya, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 33, perjalanan seninya tidak terhenti di situ apabila beliau terus aktif menyanyi walaupun bukan di arus perdana seperti zaman kemasyhurannya dulu namun beliau aktif menyanyi di kelab malam.
Naqiu kini juga sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Untuk rekod, GV musim pertama telah dimenangi oleh Ayai (Ilusi) dan diikuti Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4) dan Noryn Aziz (GV5). Tak sabar rasanya nak dengar suara naqiu di pentas GV6…
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun menerima penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat yang membawa gelaran Doktor oleh Heriot-Watt University Malaysia.
Majlis Penganugerahan tersebut telah diadakan bersempena Upacara Konvokesyen Pusat Sains Sosial, Universiti Heriot-Watt Malaysia pada hari Sabtu, 12hb Februari 2022.
Nicol turut memuat naik berita gembira itu di laman instagramnya.
Ini adalah satu penghormatan untuk saya menerima ijazah kedoktoran kehormat dari Universiti Heriot-Watt Malaysia atas sumbangan saya kepada sukan dan sokongan terhadap impak pendidikan positif dalam memperkasakan kehidupan. Saya amat gembira menerima anugerah yang disampaikan oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood yang amat saya kagumi. Terima kasih kepada provost Profesor Mushtak Al-Atabi.
Bermain skuasy secara profesional selama lebih 20 tahun, Nicol David turut berkongsi beberapa nasihat kepada masyarakat bahawa menurutnya kehidupan tidak pernah lurus ke hadapan. Kita akan sentiasa menghadapi halangan dalam setiap langkah yang diambil. Tidak ada jalan yang betul dalam hidup, keindahan adalah mencari kekuatan dalam diri untuk meneruskan kehidupan apabila keadaan menjadi sukar. Kerja keras akan sentiasa membuahkan hasil untuk mencapai impian anda.
Tambahya lagi, jauhi orang yang tidak memberikan galakkan kepada anda. Beliau berharap agar lebih ramai orang menyimpan impian yang besar dan bukannya sentiasa mencari hujah mengapa mereka tidak akan berjaya. Mempunyai persekitaran yang positif akan menjadi satu perbezaan besar dalam laluan anda untuk mencapai impian.
Akhir sekali, jadilah orang yang baik. Sentiasa ingat tidak kira betapa berjayanya anda, sentiasalah mempunyai sifat belas kasihan kepada orang sekeliling.
Itu adalah antara kata-kata hikmat yang telah dikongsi oleh lagenda skuasy negara yang boleh dijadikan inspirasi buat seluruh masyarakat. Tahniah diucapkan kepada Datuk Nicol David dan semoga kejayaannya ini dapat diikuti oleh para remaja di luar sana.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Berita baik buat rakyat Malaysia, bagi menggalakkan penggunaan perkhidmatan bayaran tanpa sentuh, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna melalui Program e-Penjana bernilai RM750 juta yang diumumkan semalam.
Korang bakal menerima tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet bermula pada Julai 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan dengan Kerjasama syarikat swasta juga akan menjalankan kempen ‘Shop Malaysia Online’ bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, di mana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang.
Jika sebelum ini, Menteri Kewangan terdahulu pernah memperuntukkan RM450 juta bagi tujuan ini di bawah pelaksanaan program e-Tunai Rakyat dengan memberikan RM30 kepada salah satu e-dompet terpilih, tapi sekarang korang bakal menerima RM50 melalui Program e-Penjana.
Syukur!
Jadi, jangan terlepas peluang untuk menebus kredit e-tunai RM50 ini pada bulan Julai nanti. Gunakanlah dengan sewajarnya okay?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Peribahasa tersebut sering kita jadikan sebagai penguat semangat jika sedang berusaha untuk mmelakukan sesuatu perkara.
Hal ini samalah seperti perkongsian daripada seorang pemuda kurang upaya atau OKU dikenali sebagai Farid Aidil Mat Din, 28, yang gigih mencari rezeki walaupun bergelar insan kelainan upaya dengan menggunting rambut.
Cari rezeki gunting rambut
Menariknya, walaupun mengalami masalah pendengaran dan bisu, pemuda ini kreatif mengambil peluang mempelajari skill dan teknik menggunting rambut melalui media sosial YouTube sahaja.
“Saya memang tidak pernah menghadiri apa-apa kursus menggunting rambut. Jadi saya cuba menggunakan YouTube sebagai rujukan dan Alhamdulillah, banyak pelanggan saya memberi respons positif.
“Pada mulanya, saya hanya cuba menggunting rambut kawan-kawan saya sehinggalah ke hari ini dan saya juga ada pelanggan tetap,” katanya ketika ditemui pada lawatan Persatuan Sahabat OKU Negeri Perak, di rumahnya, baru-baru ini
Malah, perniagaan yang dijalankan sejak empat tahun lalu hanya mengenakan kadar bayaran serendah RM7. Tidak pernah menganggap kekurangannya sebagai penghalang untuk meraih pendapatan sendiri, Farid Aidil sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga serta rakannya untuk berjaya dalam perniagaannya itu.
Menurut laporan, pemuda ini gigih mendapatkan enam pelanggan sehari yang terdiri daripada penduduk kampung dan juga anggota polis balai berhampiran.
Bangga lihat remaja yang tidak jadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk berjaya. Moga pemuda ini akan terus success dia masa akan datang!