
Bintang sensasi, Lisa BLACKPINK baru-baru ini akhirnya membuka mulut susulan insiden yang membuatkan para peminat (BLINK) tak senang duduk apabila satu video pendek memaparkan telinga beliau berdarah.
Menerusi sebuah video siaran langsung ketika Lisa atau pemilik nama sebenar Lalisa Manobal (28) sedang memasak, beliau akhirnya menjawab pertanyaan peminat yang khawatir dengan keadaan kesihatan telinganya.
“Oh telinga saya. Ya cuma cedera sikit saja tapi sebenarnya sakit juga,” katanya dengan tenang.


Pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Moonlit Floor (Kiss Me)’ itu turut menenangkan hati para peminat dengan memberitahu dia telah mendapatkan rawatan sewajarnya.
“Saya juga dah jumpa doktor dan semuanya okay sekarang. Jadi jangan risau,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, sebuah video menunjukkan saluran telinga Lisa berdarah telah tular di media sosial, sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan kebimbangan para peminat kesayangannya.

Dalam pada itu, insiden ini muncul hanya beberapa minggu sebelum BLACKPINK memulakan konsert jelajah ‘Deadline World Tour’, sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada Lisa cukup sihat untuk beraksi di pentas global bersama ahli kumpulan yang lain iaitu Jennie, Jisoo dan Rosé.
Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Lisa juga bakal tampil dalam dokumentari muzik Netflix berjudul ‘Hitmakers’ yang dijadual tayang pada 24 Julai 2025. Siri ini akan menampilkan 12 penulis lagu dan penerbit muzik terkenal yang bergabung di dalam songwriting camp untuk hasilkan lagu asli untuk artis besar seperti John Legend, Shaboozey dan termasuk Lisa.
terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


















