Berita

AEON Shah Alam Buat Netizen Terharu, Ambil OKU Jadi Pekerja. Pelanggan Pun Teruja!

Share

Satu perkongsian menyentuh hati tular di media sosial Threads apabila seorang pengguna, @fakhoro, memuji langkah AEON Shah Alam yang mengambil individu OKU pendengaran dan pertuturan sebagai pekerja.

Menurutnya, pengalaman berurusan di premis itu langsung tidak menimbulkan sebarang masalah, malah berjalan dengan lancar seperti biasa.

“Tak ada problem langsung pun masa nak pilih atau bagitahu nak yang mana. AEON pun ada promo beli 6 RM12, beli 12 RM20, jadi pilih-pilih ikut tu saja,” tulisnya.

Lebih menarik, situasi itu secara tidak langsung memberi peluang kepada pelanggan untuk mempraktikkan bahasa isyarat asas.

“Boleh la praktis bahasa isyarat basic-basic, ‘terima kasih’ tu paling senang,” selorohnya. 

Perkongsian ini menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang terharu dengan inisiatif pihak AEON dalam memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Menjawab dakwaan wujud suara sumbang ketika beratur, pemilik akaun Threads itu menjelaskan mereka tidak mengambil pusing perkara tersebut

.

“Masa kami beratur tu ada suara-suara sumbang. Kami okay je. Benda boleh manage,” jelasnya.

Ada juga netizen yang berkongsi info berguna bahawa majikan yang mengambil pekerja OKU turut menerima insentif penolakan cukai berganda

, dan menyifatkan langkah AEON sebagai keputusan bijak.

Selain itu, netizen lain berharap kerajaan dapat menyediakan

lebih banyak manfaat kepada syarikat yang menggaji OKU, namun tetap memastikan kebajikan mereka dipantau agar tidak dianiaya atau dimanipulasi.

Pemilik akaun Threads itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap usaha ini, sambil memuji kualiti makanan di AEON Shah Alam.

Langkah kecil tapi bermakna seperti ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada golongan OKU, malah menyuntik semangat positif dalam kalangan pelanggan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Threads Fakhoro

Published by
Fath