Dalam dunia seni, kita sering mendengar kisah tentang kejayaan, populariti dan perjalanan seseorang menuju ke puncak. Namun di sebalik cahaya spotlight dan nama besar, ada kisah-kisah kecil yang sebenarnya jauh lebih besar nilainya.
Bukan tentang glamor, bukan tentang tepukan ramai, tetapi tentang budi, persahabatan dan manusia yang hadir ketika seseorang sedang berada pada fasa paling sukar dalam hidup.
Itulah yang dikongsikan oleh pelakon Ikmal Amry apabila dia membuka cerita tentang hubungan lamanya bersama Aedy Ashraf, yang kini turut dikenali sebagai penerbit filem Tarung. Menurut Ikmal, dia sudah mengenali Aedy lebih 11 tahun. Sekitar tempoh yang sama, dia juga mula mengenali Ben Ali.
Jika mahu diceritakan bagaimana perkenalan mereka bermula, katanya kisah itu terlalu panjang. Namun, apa yang paling melekat dalam ingatannya ialah kebaikan Aedy dan Ben ketika dia cuba memulakan hidup di Kuala Lumpur sekitar tahun 2015.
Pernah Menumpang Ketika Cuba Bina Hidup Di KL
Ketika itu, Ikmal masih mencari arah. Hidupnya belum stabil dan dia sedang berusaha untuk menetap di KL. Dalam keadaan serba tidak menentu, Aedy dan Ben hadir menghulurkan bantuan dengan membenarkan dia menumpang tinggal di rumah mereka tanpa meminta apa-apa balasan.
Dalam hati Ikmal ketika itu, dia sendiri tertanya-tanya mengapa dua insan ini begitu baik terhadapnya.
Bagi Ikmal, kehidupan adalah guru terbaik. Sepanjang beberapa tahun mengenali dan tinggal bersama Aedy, dia melihat sendiri bagaimana Aedy menjaga orang-orang di sekelilingnya. Bukan sahaja keluarga, malah circle terdekat juga dijaga dengan cara tersendiri.
Walaupun Ikmal mengakui dirinya bukanlah orang paling rapat atau best friend kepada Aedy, dia tetap merasakan dirinya dilayan dan dijaga seperti seorang adik. Pada pandangannya, kebaikan itu datang daripada hati Aedy yang ikhlas.
RM50 Yang Tidak Pernah Dilupakan
Antara momen paling menyentuh hati yang masih diingati Ikmal sehingga hari ini ialah ketika dia pernah berada dalam keadaan benar-benar tiada duit.
Ketika itu, dia berada di rumah seorang diri dan memilih untuk berdiam. Dia tidak memberitahu sesiapa tentang kesusahannya. Namun keesokan paginya, apabila bangun daripada tidur, dia terlihat ada RM50 diletakkan di bawah dompet miliknya.

Ikmal mengakui, saat itu dia menangis. Bagi sesetengah orang, jumlah tersebut mungkin nampak kecil. Tetapi bagi seseorang yang sedang berada dalam kesempitan, bantuan seperti itu membawa makna yang sangat besar.
Lebih menyentuh hati, bantuan itu diberikan tanpa kata-kata, tanpa perlu menunjuk dan tanpa membuatkan dirinya berasa kecil. Ia hadir dalam bentuk paling senyap, tetapi meninggalkan kesan yang cukup dalam.
Menurut Ikmal, budi seperti itu akan dikenang sampai mati. Baginya, apabila seseorang membantu kita dalam keadaan dia sendiri mungkin sedang struggle, itu adalah tanda keikhlasan sebenar.
Ikmal turut menggambarkan Aedy sebagai seorang yang tidak mudah memberi nasihat secara direct. Namun dalam diam, banyak perkara yang dipelajarinya daripada Aedy. Pada mata Ikmal, Aedy merupakan seorang yang gifted dan kejayaan yang dikecapinya hari ini bukan datang secara tiba-tiba, sebaliknya hasil usaha panjang yang telah dilakukan selama ini.
Anda mungkin berminat dengan
Sebagai seseorang yang pernah menyaksikan perjalanan itu dari dekat, Ikmal meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Aedy.
Dalam perkongsian tersebut, Ikmal turut mengakui siapa dirinya hari ini tidak terlepas daripada doa ibu bapa dan sokongan isterinya. Namun jika ditanya siapa lagi insan penting yang membantu membentuk dirinya, nama Aedy Ashraf dan Ben Ali antara yang tidak akan dilupakan.
Dua insan itu, kata Ikmal, pernah “mengutip” dirinya daripada seorang budak kampung yang selekeh sehingga menjadi dirinya hari ini. Malah, dia percaya jika bukan kerana dorongan mereka, mungkin dia masih menjadi orang yang sama, menjalani hari-hari tanpa arah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.
Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.
Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club sendiri.

Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.
Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.
Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?

Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.
Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…
∞
Tidak hanya seorang, episode 3 Hero Remaja 2020 baru-baru ini telah menyingkirkan dua peserta dan salah seorangnya adalah Azri Khair. Memang berat untuk menerima keputusan ini, bagi Azri dia telah melakukan yang terbaik tetapi mungkin rezekinya sampai disini sahaja untuk programm realiti ini.
“Saya rasa pada malam penyingkiran lepas bukan saya yang sepatutnya tersingkir kerana saya mencatat masa yang pantas berbanding beberapa orang yang lain. Namun, saya akur mungkin ia dinilai daripada episod awal lagi dan bukan hanya untuk task hari tersebut sahaja,” jelas Azri yang agak kecewa apabila namanya diumum sebagai peserta yang tersingkir.

“Episod 3 memerlukan kami menyembelih, cabut bulu ayam, start from scratch dan kami kena masak, itulah adalah antara momen yang saya tidak akan lupakan. I think it was very fun because ia adalah satu perkara baru untuk kami semua kerana ramai diantara kami yang memang tidak pernah menyembelih ayam,”
“Apa yang mahu adalah selepas penyingkiran ini, saya akan berusaha untuk menempatkan diri dalam dunia seni ini. Saya tahu bukan semua orang akan suka kita, tetapi saya akan tetap terus berusaha untuk mencapai segala impian saya selama ini,” sambungnya lagi.

Bakal merindui rakan-rakan seperjuangan dalam Hero Remaja 2020, ini pesanan Azri buat mereka yang masih bersaing untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya.
“Saya harap 10 peserta yang masih tinggal untuk buat yang terbaik dan buktikan kepada semua apa yang sememangnya korang layak berada dalam Hero Remaja ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua team produksi Hero Remaja kerana memberi peluang untuk saya menjadi salah seorang finalis program ini,”

“Saya dah nampak serba sedikit dunia dalam bidang seni dan saya telah mempelajari banyak perkara daripada pengalaman tersebut. InsyaAllah selepas ini saya akan menggunakan segala ilmu yang diperoleh daripada Hero Remaja,” kata Azri.
Apa-apa pun kami ucapkah tahniah buat Azri kerana berjaya menempatkan diri dalam Hero Remaja 2020. Bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini, Remaja doakan agar Azri terus sukses dalam dunia hiburan tanah air. Paling penting jangan berhenti berusaha dan sentiasa belajar untuk menjadi individu yang lebih baik.
∞
Korang tahu tak, kebolehan memori lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza…?
Haa, mesti ramai yang tak tahu kan.
Mengikut kajian berasaskan brain scan technology yang dilakukan oleh pakar, mereka dapati lelaki dan perempuan bukan saja berbeza dari segi fizikal, malah emosi dan kebolehan berfikir juga ada perbezaan walaupun sedikit.
Okay, sabar sabar!
Kami tahu korang akan pertahankan jantina masing-masing.

Menurut mereka, jika lelaki dan perempuan diberikan IQ Test yang sama, kedua-dua jantina boleh mencapai keputusan yang sama. Biasalah kalau ada pelajar lelaki dan perempuan paling pandai di dalam kelas.
TETAPI, lelaki dikatakan lebih berkebolehan untuk mengingati instruction seperti arah jalan raya. Manakala perempuan pula berkebolehan untuk mengingati peristiwa penting. Patutlah perempuan mudah ingat hari lahir dan ulang tahun.
Pendek kata, lelaki mudah mengingati jika ia melibatkan pergerakan fizikal dan praktikal manakala perempuan mempunyai memori hebat jika sesuatu itu melibatkan pembacaan dan percakapan. Sebab tu perempuan ingat apa je segala nasihat yang ibu korang sampaikan. Hehe…
Kami cuba lakukan cabaran ketiga bersama Dewi Remaja yang melibatkan MEMORI. Jom tengok sama ada skil mereka hebat tak.
P.S: Boleh tak kita uji juga memori Safwan Nazri ni, barulah fair!
∞