Aneh tapi benar. Begitulah ilham yang cuba untuk direalisasikan oleh seorang pereka fesyen di Minggu Fesyen New York baru-baru ini. Jenama Willy Chavarria mungkin masih kedengaran janggal kepada kita yang berada di Malaysia.
Namun di New York, Willy telahpun menjadi bahan sebutan orang ramai setelah beliau mengambil mempersembahkan koleksi baharu yang sebahagiannya menampilkan helaian seluar dalam lelaki yang telahpun koyak serta comot.
Tidak dapat dipastikan sekiranya idea ini hanyalah sebahagian daripada taktik Willy untuk pantas menaikkan namanya di persada fesyen antarabangsa sempena koleksi Musim Bunga/Panas 2024 kali ini. Maklumlah, a bad publicity is still a publicity.
Bermacam-macam taktik pernah dilakukan oleh jenama fesyen antarabangsa demi mengejar viraliti. Bagaimanapun, taktik seluar dalam koyak dan comot ini adalah idea di luar kotak yang sukar sekali untuk dihadam oleh orang ramai.
Sentimen tersebut jelas dirasai di ruangan komen apabila ramai warganet yang menganggapnya sebagai publisiti murahan.
Ads
Salah seorang daripada menulis, “Ini amat menjijikkan,” manakala seorang lagi berkata, “Amatlah memalukan untuk menjadikan ‘kemiskinan’ sebagai koleksi fesyen”.
Tidak kurang juga yang beranggapan terdapat ramai lelaki di seluruh dunia yang terpaksa berhadapan dengan situasi tidak mampu menukar seluar dalam kepada yang baharu dan idea Willy Chavarria ini seakan mengeji mereka.
Dalam satu kenyataan berasingan, Willy menjelaskan bahawa seluar dalam tersebut merupakan interpretasi beliau terhadap kisah kehidupan remaja zaman ini.
Ads
“Seluar dalam koyak ini adalah lambang kepada kelemahan diri kita sendiri. Apabila kita yakin untuk menunjukkannya kepada orang ramai, maknanya kita juga tidak takut untuk mengakui kelemahan diri.”
Menariknya, tidak keseluruhan daripada koleksi ini menampilkan seluar dalam! Lah, ada sahaja rupanya pakaian ‘normal’ lain seperti celana, sweater, kemeja dan kot.
Ads
Koleksi Musim Bunga/Panas 2024 oleh Willy Chavarria ini akan mula menemui pembeli sekitar bulan Mac tahun hadapan. Haa, korang sanggup tak beli demi mengikut tren? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konflik adik-beradik diraja Britain di antara Putera William dan Putera Harry bukan lagi satu perkhabaran yang mengejutkan.
Sejak Harry dan isterinya yang juga merupakan seorang bekas pelakon, Meghan Markle dilucutkan jawatan sebagai ‘working royal members’ selepas mereka sendiri mengundurkan diri daripada institusi diraja popular itu, hubungan pasangan tersebut dengan keluarga diraja sudah tidak lagi seperti dahulu.
Kemunculan siri dokumentari Harry & Meghan sebanyak enam episod di platform penstriman Netflix langsung tidak menjernihkan keadaan.
Menerusi siri yang diterbitkan oleh Harry dan Meghan sendiri, niat mereka untuk menceritakan ‘situasi sebenar’ mengenai punca pengunduran daripada institusi diraja seakan dibayangi dengan bombshells yang mereka sendiri dedahkan.
Antaranya termasuklah bagaimana William dikatakan menjerit ke arah Harry dan bagaimana abangnya itu membocorkan rahsia perbualan sesama ahli keluarga diraja kepada pihak media agar Harry dan Meghan menjadi mangsa kecaman.
Memoir Putera Harry Curah Minyak Ke Api
Terbaru, Putera Harry kembali menjadi topik perbualan media tabloid Barat menjelang pelancaran memoirnya berjudul Spare pada Selesa, 10 Januari 2023.
Salinan memoir yang telah ‘dibaca’ lebih awal oleh The Guardian antaranya mengandungi petikan lanjut mengenai perbalahan antara William dan Harry.
Salah satu insiden berlaku di kediaman Harry di London pada 2019 di mana isterinya, Meghan dikatakan menjadi punca kepada pertengkaran dua orang putera hasil perkahwinan Raja Charles dan mendiang Lady Diana itu.
“William mencekak kolar baju dan merenggut rantai saya serta menjatuhkan saya ke lantai hingga menyebabkan mangkuk untuk mengisi makanan anjing pecah.”
“Saya terbaring seketika dalam keadaan terpinga-pinga di atas serpihak mangkuk tersebut dan ia turut melukakan belakang tubuh saya.
“Saya kemudiannya segera bangun dan menyuruhnya keluar. Kejadian itu berlaku terlalu pantas,” petik The Guardian.
Insiden ini lantas membuka semula pekung di antara William dan Harry dalam kalangan rakyat Britain serta warganet seluruh dunia. Istana Kensington bagaimanapun enggan mengulas mengenai pergaduhan tersebut.
Dalam pada itu, Harry juga dipercayai tidak akan berangkat ke United Kingdom bagi menghadiri upacara pertabalan ayahnya Raja Charles sebagai Raja baharu pada bulan Mei kelak selagi keluarganya itu enggan duduk berbincang bersamanya (dan besar kemungkinan turut disertai Meghan Markle).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang jenis makan gaji harian dan buat business kecil-kecil pasti terjejas dengan perintah larangan pergerakan yang diputuskan oleh kerajaan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19 ini kan?
Yelah tak semua company membayar cuti selama dua minggu ini. Macam mana pula nak bayar kereta, rumah hujung bulan nanti?
Ini ada berita baik untuk korang, baru-baru ini Persatuan Bank dalam Malaysia mengumumkan ahli-ahlinya komited dalam bantu rakyat Malaysia dalam musim penyebaran wabak Covid-19 ini.
So beberapa buah bank hari mengumumkan moratorium pembiayaan bank dan pelanggan-pelanggannya boleh memohon untuk penangguhan sementara pembayaran pinjaman yang terjejas berikutan penularan wabak novel koronavirus (COVID-19).
Hal ini bagi langkah meringankan beban kewangan bagi membantu pelanggan mereka yang terkesan oleh pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan selama 2 minggu oleh kerajaan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.
Ini berikutan gesaan banyak pihak supaya bank memberi kelonggaran kepada peminjam dalam tempoh yang mencabar kini.
Apa itu Moratorium?
Moratarium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda.
Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran peribadi atau rumah atau kenderaan atau lain-lain selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratarium tamat.
Sangat berguna buat korang yang tidak dibayar gajai selama temoh perintah larangan pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan sekarang.
Antara bank yang menawarkan moratorium ialah :
1. Bank Rakyat
2. SME Bank
3. TEKUN
4. Bank Simpanan Nasional
5. Public Bank dan Public Islamic Bank
6. RHB Bank dan RBH islamic Bank
7. AgroBank
8. Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic
9. Maybank dan Maybank Islamic
10. Bank Islam Malaysia Berhad
11. Bank Muamalat Malaysia Berhad
Permohonan moratorium boleh dibuat di cawangan-cawangan bank atau melalui telefon bank masing-masing.
Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Itulah terjadi pada ALEEMA Ali,16, tidak menyangka keinginan untuk membuang kutu pada kepala dengan memakai syampu khas bagi membuang binatang berkenaan pada kepala akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya, lebih menyedihkan dia terpaksa menjadi cacat sepanjang hayat.
Remaja yang berasal dari Bradford, England ini perlu menunggu kira-kira 10 minit sebelum membersihkan kepala dan ketika itu dia melangkah ke dapur untuk membuang sampah.
Gambar hiasan
Namun siapa sangka langkahnya ke dapur itu menyebabkan dia yang ketika itu berusia 12 tahun dan dilahirkan normal bertukar menjadi cacat seumur hidup selepas api menyambar ke arah rambut dan sebahagian badannya.
Keadaan itu menyebabkan 55 peratus badannya melecur sekali gus menyebabkan mukanya, rambut, lengan peha, dada terbakar. Lebih menyedihkan hanya tiga jari mampu ‘beroperasi’ dengan sempurna, manakala tujuh lagi tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian itu dia terus dikejarkan ke hospital dan koma selama dua bulan. Remaja malang ini juga menerima rawatan di Hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya.
Namun, semangat untuk terus berjaya walaupun kini mengalami kecacatan kekal. ALEEMA Ali bangkit meneruskan kehidupan dan semakin tampil berani di khalayak ramai termasuk melakukan tutorial solekan di media sosial.
.
Terbaru, Aleema tampil dalam aplikasi TikTok untuk melakukan tutorial solekan.
Kongsinya yang kini melanjutkan pengajian peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire, sepanjang berada di hospital dia menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui.
Kuat betul semangat remaja ini. kalau jadi dekat penulis tak tahu la…huhu…Semoga Aleema terus kuat dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam dalam kerjaya!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.